Pages

Monday, May 14, 2012

Fraser Hill

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Jawab sayang ! Tak jawab berdosa. Kalau tak sayang aku pon, jawablah sebab jawab salam ney wajib. Cheewaaahhh …

Last week, aku, adik aku dengan my cousin dari Pantai Dalam pergi jalan-jalan dekat Fraser Hill. Tak pergi pergi pon Fraser Hill ney. Biasa dengar orang cerita je. Member poli ade lah yang selalu pergi Fraser Hill. Gaya dorang cerita macam best je. Dekat tv pon macam best. So, sekarang turn aku pulak pergi then tawu best ke tak dekat sana.

Ktorang ikut jalan Kuala Kubu Bahru. Kalau google map 55.4km je dari Batang Kali. Macam dekat je kan. Haaa… Time on the way, ktorang lalu dekat Empangan Hulu Selangor. Wow O.o besar giler empangan dy. Dulu time aku driving school, adalah  sampai kat empangan tu. Tapi takde lah nampak semua, nampak sikit je.

:: google map ::

:: nampak tak air yg turun tu ?? cantik ::

:: macam pulau ::

Laluan nak ke Fraser Hill, tersangat-sangat lah mencabar. Sape yang pernah pergi Cameron Highlands ikut jalan Tapah, macam tulah jalan nak pergi Fraser Hill. Macam ular kena palu. Jalan dekat area empangan je two lane. Lepas dari tu, one lane je *macam belajar traffic pulak, berlane-lane :p Alhamdulillah, aku tak muntah sepanjang perjalanan ke Fraser Hill. Maybe sebab aku pernah lalu jalan ular kena palu selama 8 tahun. Aku tak muntah, tapi adik aku muntah. Dua orang pulak tu tapi bukan muntah serentaklah. Aku lah yang kena settlekan dorang. Korang dapat bayangkan tak, laluan dy macam mane ? Lu pikirlah sendiri.


Sampai dekat puncak Fraser Hill, aku sendiri pon tak tawu nak pergi mana. Bila Tanya orang yang dekat situ “ Apa yang best dekat Fraser Hill ?”. Jawapan dy “ Takde pape. Yang ade Clock Tower jela”. Mak aiii !!! Punyelah susah nak naik, sampai atas takde pape. Sabar jela. Ktorang pon pergi masjid nak solat Zohor. Lepas tu, lepak minum kejap. Ingat nak pergi Strawberry Park tapi dah tutup. Bukan tutup beroperasi, tutup sampai bila-bila. Tutup sebab jalan terbelah. Lastly, ktorang decide pergi Paddock.


:: Clock Tower ::

:: konvoi ::

:: lupe lah name dy ::


:: me with Clock Tower ::

:: ktorang solat dekat masjid ney ::

:: sepupu dengan anak buah ::



:: Paddock ::

:: kat bawah tu tempat memanah ::


Dah pergi Paddock, ktorang balik. Jalan dy macam menakutkan. Myabe sebab baru first time pergi. Ktorang ada sampai dekat satu jambatan ney. Ada signboard JANGAN BERHENTI DI SINI. Patutlah tak bagi berhenti, bawah jambatan tu gaung. Jambatan tu tinggi giler lah. Fraser Hill ney dulu tempat jajahan. Adalah sejarah yang dorang letak macam signboard dekat tepi jalan tapi aku ney tak minat sejarah. So, aku abaikan :D Perjalanan nak turun pon, adik aku muntah lagi. Aku pon pening jugaklah sebab kali kedua adik aku muntah. Aku pening kejap je.

Harapan selepas pergi Fraser Hill

Adik second last : Orang taknak pergi Frase Hill dah. Kalau pergi ramai-ramai,  
                          orang cakap dekat ayah, Fraser Hill takde pape.
Sepupu : Taknak pergi dah. Pergi ney pon just cari experience. Travel kali ney 
    unplanning. Lepas ney, planning kasi baik punya.

HAHAHA.. Harapan semua negative. “TAKNAK PERGI DAH” Harapan aku tak tawu nak cakap ape. Maybe lebih kurang je kot. That’s all about my travel to Fraser Hill. See you again !! Thanks for reading =) Assalamualaikum



:: bubye Fraser Hill ::

Saturday, May 12, 2012

 Destinasi : Behrang – Bangi - Balakong - Bangi - Batang Kali

Assalamualaikum ! Jawab  sayang, tak jawab berdosa. Haaa

Hye peeps ! Aku still cuti sem lagi. Ney story pasal destinasi aku baru-baru ney. Destinasi aku baru-baru ney pergi Balakong dengan Bangi. Aku ade appointment dekat Bangi pagi Jumaat. So, group aku bermalam dekat Balakong rumah makcik aku. Rumah sepupu yang twin tu !! Seriuosly aku excited yang teramat sangat. Tak pernah kot bermalam rumah makcik aku yang ney.

Aku gerak balik behrang dulu. Petang tu baru gerak pergi Balakong. Dah lah aku tak ingat jalan. Nak mintak tolong pakcik aku macam menyusahkan. So,aku amek keputusan cari jalan sendiri. Google map tolong aku. Kononnya, macam senang sangat bila dah ada google map. Tapi hampeh !! Makcik aku sibuk mcj aku tanye dekat mane. Aku cakap nak jalan-jalan dulu. Padahal ktorang sesat kot. Aku taknak bagitawu yang ktorang sesat. Kononnya aku dah ingatlah jalan nak pergi rumah makcik aku. Adoiiii , asal nak pergi 
Balakong+Bangi mesti sesat. Sesat tempat yang same pulak tu. Aisayman *tak tawulah spelling macam mane. Aku hentam je.




Ntah bape kali ktorg buat u-turn dekat kawasan same. Lastly, member yang drive decide pergi Bangi dulu baru gerak pergi Balakong. Sebab dari Bangi nak ke Balakong senang je. So, ktorang gerak ke Bangi terus. Tawu jalan punye pasal, kejap je dah sampai. Dekat Bangi, ktorang pergi makan+jalan-jalan dulu, baru gerak g Balakong. Dari Bangi nak ke Balakong, masuk Plaza Tol Bangi then exit Plaza Tol Serdang/UPM/Seri Kembangan. Tol rm1.30 je. Tak banyak pon :p Kejap je aku dah jumpa Wisma Minlon, terus ingat jalan nak pergi rumah twin :)

Sampai perumahan, ade pak guard pulak. Dah member aku kena bagi lesen dy. Takut sangat ktorang ney mencuri. Sampai depan rumah, si twin yang comel+tembam terkedek-kedek berjalan keluar rumah. Alahai, geramnya dengan korang ney. Malam tu aku main dengan si twin & abg ajim puas-puas. Nanti rindu. Haaa. Mak si twin ney tengah sarat. Menghitung hari nak masuk hospital sebab dy kena operate. Si twin sangatlah comel gelagat dorang. Bile balik kampung tak nampak sangat gelagat dorang. Nampak baik je kat kampung. Bile dekat rumah dorang, habis rumah tunggang terbalik. HAHAHAHA.





 Pagi esok tu, bangun punye lah awal. Takut lambat sampai kan. Pakcik aku cakap kalau dalam 7 lebih, jalan tak jammed. Dalam 7 suku, ktorang pon kemas lah barang. Aku amek phone no celcom. Tengok-tengok ade mcj. Sekali bace mcj, appointment pukul 10am. Makkk aiii !!!! Lambat lagi. Erm, dah lambat ape lagi sambung tidur laaaa . kruihhhhhh . Teruk kan tido berdengkur. Sebelum tido, aku turun tingkat bawah tengok makcik aku buat ape. Tak lame lepas tu, pakcik aku sampai rumah belikan breakfast. Okay, aku taknak makan lagi. Sambung tido dulu. Makcik aku pon tawu, aku ney kaki tido. Dah puas tido, bangun teru sturun bawah. Buat air sendiri sebab maa pesan “kau jangan menyusahkan maklong.dy tu tengah sarat.puase lak tu” .Tengah breakfast si kembar[adik] bangun. Geramnye aku tengok dy. Lepas breakfast, terus kemas barang-barang. Lepas siap keje dekat Bangi, teru s balik. Tengah kemas si kembar[abang] bangun. Bile dua-dua dah bangun, mula lah mengekor aku je. Kihkihkih *tu yang aku suke. Nak keluar rumah si adik nak ikut aku. Siap tye abng lagi nak ikut ke tak . So sweet la twin. Ajim dah pergi school. Tak sempat nak jumpe dy before pergi school. Aku dengan member dah lambat nak pergi appointment. Cepat-cepat mcj orang tu cakap ktorang lambat. Nasib baik orang tu kate okay.

On the way nak masuk highway, ade accident pulak tengah-tengah jalan. Dah jammed. Bila dah masuk highway, jalan smooth je. Okay destinasi appointment 10.30am. Nak buat keje dekat situ tak lame pon. Dalam sejam je. Lepas tu settle :) Dah settle sempat bergambar dekat pintu masuk MPOB. Next destination Giant Bangi. Window shopping dulu then lunch lastly go back . Member aku drop aku dekat Batang Kali lah. Lepas tu, dorang singgah  Behrang then straight to Bagan Serai and Penang. Sampai rumah aku tido lagi. Serius kepenatan zZzZzZ.






I think that’s all about may travel for two days :) See you later

                                                                                                               


My Wishlist

Assalamualaikum peeps.

Haa, curi mase lagi nak meng-update blog aku yang semakin usang :’( sobsob. Sorry sayangku encik blog. Okay teruskan story mory aku . Entry ney memang dah lame aku buat tapi tak publish sebab tak abis story. Biasalah mase tak bagi peluang aku nak habiskan story2 aku ney. So, terpakse lah tangguh dulu. Let’s started my story :D

Semua orang mesti ade wishlist. Tipu lah kalau takde. Aku nak story pasal wishlist aku.

Canon 220hs


Camera ? Yeah !! I want it :D Kalau ‘dapat’ pon okay jugak. Tapi sape lah yang baik hati sangat nak bagi orang gadjet macam ney. Confrim2 takde. Ade orang volunteer nak hadiahkan camera ney ke ?? HAHAHA . Sebelum ney aku pakai camera Sony ape ntah. Tapi sekarang camera tu ade problem. Gambar jadi rosak -___- Serius aku nak SANGAT camera ney. Gambar MESTI cantik guna camera ney sebab 12 megapixel. Tolong lah paham. Tak dapat DSLR, dapat camera ney pon jadilah.

Blackberry

Blackberry okay . Not blueberry. Hihihihi. Actually dah ramai sangat pakai BB, tapi aku tak pakai2 lagi. Takpe2. Jealous tu memanglah ada, lagi2 member aku yang dapat BB FOC sebab orang bagi. Belum rezeki lagi aku. Rasenye ada masa lagi aku nak dapatkan BB. Ceewahh, macam banyak duit je aku ney. So, BB also my wishlist.

Gen 2

Third thing aku nak kereta. K E R E T A !! Ade paham ? Aku nak Gen 2 sebab dy macam WOW 0.O *tak tawu nak bagi reason ape. Tapi aku suka. Taknak lah berangan kereta mahal2 belum tentu dapat. Aku tak suka jadi ‘angan2 mat jenin’. Tapi kalau ade rezeki nak jugak lah kereta mahal2. At least dapat BMW pon okay what. Perghhh !! Demand siot . Dulu aku suka Myvi. Lepas aku accident dengan Myvi, suka dekat Myvi tu dah berkurang. HAHAHA

Rainbow al-Quran

To my future fiancee à Awak, bole tak bagi saya hantaran rainbow al-Quran. Sukelah al-Quran tu. Nak yang ade terjemahan sekali. Kalau taknak bagi hantaran, bagi time birthday pon boleh . Can lah , can lah . kihkihkihkih . Sape lah my future fiancée aku . Nasiblah dapat aku yang demand.      

Buat mase ney, ney je wishlist aku. Maybe mase akan datang wishlist aku bertambah. HAHAHA. Thanks for reading :D

Assalamualaikum !

Cuti Bermula

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Alhamdulillah aku dah start cuti sem+settle final exam. Sekarang aku tawakal jela. Menghitung hari result nak keluar.Aku malas nak menaip mukadimah panjang-panjang. Let’s started my story.

Actually, takde ape pon nak cerite lagi. Just nak buat entry permulaan cuti. Lepas tu nak kasi clean encik blog aku ney. Kesian dy kurang kasih sayang. Kihkihkih . Lepas ney nak update macam-macam story. Insyaallah, t upon kalau ade masa yang mengizinkan. Baru bape hari dekat rumah, dah boring. Kerja aku makan+tido+facebooking+tweeting. Mahu mak aku tak bising. Tapi aku buat dek je. Aku pon asyik mengantok je. Sikit-sikit menguap. Adoiii !! Tak tawu lah nak control tido macam mane. Time exam sampai tak cukup tido. Dah start cuti, terlebih tido pulakkk. Insyaallah, nanti bole control.

Okaylah reader, see you another entry.

#sorry entry kali ney membosankan =.=    
Assalamualaikum :D                                                                         
                                                                                                             

Thursday, April 19, 2012

Farewell En.Mior & Pn.Ronina

Assalamualaikum !
Sekian lama blog aku menyepi, kini kembali .*saja nak bermadah-madah. Rindunya dekat En.Blog. IMISSYOUINFINITY sayang. Okay, aku tawu Mr.N sikit pon tak jealous :p Setelah selesai semua tugas2 sebagai student, kini bermula blogging tapi final belum lagi. HAHAHA. Ayat macam ape je. Aku ade banyak sangatsangat story, tapi tak berkesempatan nak update dekat blog. Simpan je dulu semua story tu, lepas final aku nak meng-update blog sampai lebam.

:: 1st entry selepas sekian lama menyepi ::

Farewell En.Mior & Pn.Ronina? Sapee follow blog aku, maybe korang tawu. Yang tak tawu, meh aku nak story ney :D En.Mior & Pn.Ronina ney lecturer aku sem ney [sem 4]. En.Mior lecturer Geotechnic dari sem 3. Pn.Ronina lecturer Hydraulic 2 untuk sem ney. Dorang ney hubby and wifey :) Dua orang lecturer ney ditukarkan ke Politeknik Kuching, Sarawak. Jauhkan ?

En.Mior & Pn.Ronina baik sangat dengan kelas aku. Kelas lain aku tak tawu. Aku rase baik jugak sebab dua orang lecturer ney memang baik orangnya. Dulu aku tak suka Geotechnic dengan Hydraulic. Lama2 jadi suka sebab En.Mior & Pn.Ronina ajar paham dan best :) Hebatkan dorang ? En.Mior ney jenis pendiam. Kalau cakap pon, slow je suara cik. Suara aku lagi kuat. Lain pulak dengan Pn.Ronina. Suara puan lagi kuat dari En.Mior. Hihihihi. Ape yang puan cakap, student ikut . Puan ney jenis mesra dengan student. Puan suka share story dekat kelas aku. Dulu puan ade story pasal mak puan sakit. Puan mintak budak kelas aku doakan mak puan takde pape. Alhamdulillah mak puan takde pape. Puan ade story pasal anak puan. Gelagat anak puan time puan sakit. Last puan share story yang puan dengan En.Mior ditukarkan ke Kuching. Puan sedih. Nangis-nangis lagi. Serius time tu aku pon sedih. Dalam kepale dah pikir “sape lah yang ganti nanti. Okay ke tak” hmmm. Time tu aku dah suka Hydraulic, bila puan pindah suka tu makin pudar. Rase hydraulic tu susah sangat nak skor. Macam geotechnic jugak :’(

Before En.Mior & Pn.Ronina berangkat ke Kuching, kelas aku planning nak bagi hadiah dengan makan2 sikit. Rumah encik & puan dekat area Behrang 2020. So, takdelah jauh mane nak buat surprise. Ktorg planning nak bagi hadiah yang boleh buat kenangan sampai bile-bile. So, bahagian hadiah aku handle. Selalunya classmate aku susah nak bagi kerjasama. Tiba2 kali ney senang pulak. Maybe dorang sayangkan encik & puan. Aku mintak tolong Cik Udy merangkap photographer PSAS ambil gambar kelas aku. Cik Udy tolong edit gambar dengan bagi suggestion nak beli frame macam mane.







Habis sesi photografi, aku dengan housemate pergi Tanjung Malim sebab nak beli frame , kek sume bagai yang tak complete lagi. Ktorang memang dah planning nak buat surprise. Ketua kelas sibuk text puan cakap nak jumpa lah. Puan bole tanye bape orang nak datang rumah. Uish, puan macam tawu2 je planning ktorang. Tapi Alhamdulillah ktorang pandai cover . So, tak kantoi lah :D Pukul 6pm, ketua kelas dengan sorang member pergi rumah En.Mior dengan Pn.Ronina. Tengah sibuk bagi kad, ktorang terjah rumah tu. Anak puan cakap “Umi, ramainya orang.” En.Mior & Pn.Ronina terkejut sebab ktorang datang tak bagi tawu. Kalau bagi  tawu tak surprise lah :D Time dalam rumah, muka puan sayup je. Nak nangis aku tengok. Tapi aku cool sebab boleh control lagi sebak tu. En.Mior sampai tak tawu nak cakap ape.




En.Mior & Pn.Ronina cakap kelas DKA4B bagus +baik. Best ajar ktorang sebab ajar budak2 baik. HAHAHA. Baiklah sangat. Terharunya bile encik & puan cakap macam tu. Tak semua lecturer suka kelas ktorang ney. En.Mior cakap kelas ktorang 1st kelas yang buat surprise untuk encik & puan selama dy mengajar. Waaaa ~~~ terharu lagiiii . Ktorg mintak En.Mior & Pn.Ronina baca kad, potong kek dengan bukak hadiah. Taraaaa ~~






Ney lah hadiah yang ktorang bagi. Saja bagi gambar siap frame nanti Encik & puan bole terus gantung je frame tu . hihihihi. En.Mior & Pn.Ronina suka hadiah yang ktorang bagi :D Dalam pukul 7, majlis bersurai. Time tu hujan renyai, ktorang buat sesi photografi sendiri bersama2 En.Mior & Pn.Ronina.






#Kami sayangkan En.Mior & Pn.Ronina. Serius, rindu gelak ketawa encik & puan. Doakan kami final exam tak lame lagi ney especially paper hydraulic 2 dengan geotechnic 2. Salam rindu daripada DKA4B ♥  Kalau bole nak jerit macam ney “ En.Mior & Pn.Ronina, kami rindu encik & puan. Nak encik & puan ajar kelas kami !!!” Student Politeknik Kuching tolong jaga En.Mior & Pn.Ronina kami taw :D

p/s : Sorry entry kali ney panjang giler sebab excited nak update blog yang dah lame ditinggalkan.
Okay see you next entry. Assalamualaikum !







Saturday, March 24, 2012

I Got a Fever

Assalamualaikum & Salam Sejahtera peeps

Actually tak hari ney aku tak sihat, tapi still nak update blog kejap. Kejap je tak lame. F E V E R ?? sobs :’( Serius tak larat. Tapi pakse diri jugak bagi larat. Semalam aku sakit tekak. Bangun pagi tadi nak g class Communicative English 3, tibe2 rase tak bole cakap. Perghhh !! Sakit giler tekak. Kelas sampai pukul 11. Balik kelas pergi beli makanan semua bagai. Sampai rumah, masuk bilik terus baring. Beratnye kepale ney. Tup tup terus terlelap kejap. Bile bangun rase toto panas. Eh, aku demam ke? Macam tak caye lak. Bukan senang nak demam . HAHAHA.



Malam, maa singgah  rumah sebab hantar ubat demam + barang yang aku kirim :) Siap dapat kek coklat kukus lagi tu. Made by Cik Nora(adik ipar maa). Maa bagi aku nasi dengan tomyam . Kalau aku sihat, dah lame aku makan. Disebabkan tak sihat, aku makan esok jela.

:: kek coklat kukus ::


:: ney lah ubat kalau demam + sakit tekak ::

Aku nak share sikit story lain. Semalam aku pergi rumah tablemate. Dy mintak tolong masakkan bubur nasi. *pandai sangat ke aku ney masak ? tetttt -__- Semalam makan makanan orang sakit. Hari ney aku lak yang sakit.

::bubur made by aku, Ikan bilis made by tablemate::

 Okay badan aku makin panas . I need rest. 

p/s : thanx dekat member yang care pasal aku. Especially my Mr. N :) Thanx dear. Sape yg care pasal aku bole tekan 'LIKE' + 'SHARE' :D



Sunday, March 11, 2012

Sorry !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hye peeps , korang sihat tak ? Hope sihat2 semuanya . Dah lame kan aku tak update Encik blog aku ney . Kesian dy. Aku rase kalau tak update blog pon takpe sebab belum tentu aku orang nak terjah blog aku. Ah, itu semua tak penting bagi aku . Tengah hari tadi aku ade tweet dengan old school-mate @ sahabat blogger jugak . Dy tanye aku pasal blog.



Waaa .. awak selalu terjah blog saya eh ? kihkihkih . Sorry sangat sangat. Sejak dua menjak ney aku busy dengan report, assignment, test semua bagai lah . Ikutkan hati ney, nak je meng-update blog. Dalam kepale ney macam2 nak story morry . Tapi mase tak mengizinkan . Aku kalau dapat menghadap blog , memang tak jadi lah keje lain. Ney pon aku curi2 mase .
Okaylah see you next time . *tapi tak tak tawu lah bile u_u


 

Template by BloggerCandy.com