Pages

Saturday, November 30, 2013

Konvo Part V : Officially Graduated


Alhamdulillah, 19 Sept 2013 I’m officially graduated holder Diploma Civil Engineering. Perghh !! Penat fikir aya ntak starting. Bape kali tukar. Ayat formal macam nak buat essay SPM pulak. Tiga tahun berjuang, perah otak dapat jugak diploma.
Nervous tu ada la jugak nak konvo ni. Tapi excited tu lebih sikit. Student kena berkumpul pukul 8.00 pagi. 7 lebih, ktorang dah pergi poli cari parking. Datang awal, parking takde lah full sangat. Masa berkumpul, apa lagi. Bergambar WAJIB. Sekali seumur hidup. Konvo diploma feeling dia lain. Kalau ada rezeki konvo degree lain pulak feeling dia.


::Classmate vs car-mate vs housemate. Daripada berenam, tinggal lima je. Nadia pindah poli Kulim.::
Dari belakang kanan : Fatihah, aku , Sakinah
Dari depan kanan : Anim, Ena

         
Ktorang beratur ikut abjad. Memang tak best. Kalau ikut no pendaftaran best sikit. Eh, bukan best sikit tapi best banyak. Sebab no pendaftaran dekat dekat je dengan housemate. Nak amek gambar pon senang. Tapi apakan daya. Lecturer yang tetapkan.
Student berjalan masuk dewan dengan bunyi muzik ape mende ntah name dia. Aku pon dah tak ingat. Dah nak masuk setahun konvo, aku baru nak update. Parents dah masuk dalam dewan. Dalam dewan macam biasalah, bacaan doa, ucapan bagai pastu baru la ktorg naik pentas. Kalau tak silap, ada selingan dengan persembahan.
Habis dalam dewan, dekat luar masing masing cari mak ayah nak amek gambar. Aku amek gambar dengan ayah and adik aku je. Mak aku takde. Adoi, rase menyesal pulak. Tapi nasib baik ada amek gambar dalam studio. At least, ada la jugak gambarnya.





Sepatutnya aku balik ikut ma dengan ayah, last minute punya planning nak stay dekat rest house. Jumaat pagi baru balik. Mak ayah aku okay je. Ingatkan lepas amek gambar dengan family, aku nak jumpa dengan Mr.N. Sekali call, dia tido lagi. Geram je rase. Tapi sebab sayang, aku takde lah rase nak marah. Poyo je aku ni kan ?
Masa jumpa Mr.N, Mr.N bagi aku bear hadiah konvo. Thanks sayang Lepas tu, ktorang jumpa dengan akak kesayangan. Hehehe . Hebat akak ni, dapat bape banyak anugerah. Giler pandai. Lepas tu, classmate nak photoshoot dekat Proton City. Aku on je. Mr.N jadi driver kan. Hahahaha. Takpe, nanti saya jadi driver awak pulak masa awak konvo eh sayang :)




Dekat Proton City, sape lagi jadi photographer kalau bukan Mr.N aku. Classmate laki aku bedal je panggil name Mr.N aku. Macam macam name keluar. Takpe classmate saya suka communicate dengan awak. Classmate sume giler bergambar. Bukan setakat perempuan je. Laki pon. Mula mula guna camera Seha. Sampai habis battery. Nasib baik aku ada bawak camera. Sambung pulak dekat camera aku.

















Ni lah sangat bahagia dengan classmate. Bukan senang nak photoshoot semua bagai. Walaupun gambar takde la perfect mane. Tapi yang penting moments dia. Setiap gambar bermakne taw. Sebelum ni ada amek gambar kelas untuk hadiah Pn. Ronina dengan En. Mior. Last but not least, I will miss this moments with you guys.

Konvo Part I : Check In

Assalamualaikum peeps !

Nak masuk sebulan dah aku postpone entry ni. Sejak jadi pengganggur tegar ni, malas makin membuak-buak. Let’s start my story.

Aku tak ingat bape hari bulan ntah dapat surat konvo. Sebelum tu dah tawu bile konvo sebab senior suruh check name. Dekat facebook, twitter, instagram sume student PSAS sibuk upload gambar surat konvo. Excited wey ! Tiga tahun perah otak nak dapatkan diploma. Dah dapat kad jemputan konvo, kena isi form soal selidik GEMS.






Ni jadual konvo.




Raptai hari selasa, konvo jabatan aku hari khamis pagi. Alhamdulillah housemates dapat konvo sekali. So, kiteorg decide nak datang Behrang awal sehari. Kiteorg booked resthouse awal sebulan kot. Takut homestay penuh. Selain housemates aku duduk homestay, bff aku pon join sekali. Sume gerak 16hb just mase lain lain. Aku orang paling lambat gerak. Aku ni dari sem 1 sampai dah habis belajar nak pergi poli kalau ada pape event, memang aku paling last. Bole dikatakan jugak lah dekat dengan rumah. Kalau naik kete dalam 45 minit. Kalau naik tren dalam 20 minit je kalau tak silap.

Sakinah dengan Seha gerak sekali naik kete. Sakinah dari Manjung, Seha dari Lumut. Ena dengan Teha gerak sekali naik tren. Ena dari Shah Alam, Teha dari Klang Lama. Tren Ena dengan Teha sampai dulu. Aku naik tren dari Batang Kali jam 6.30 petang. Aku baru naik tren, Teha dengan Ena dah sampai Tanjung Malim. Aku gerak lambat sebab sampai Tanjung Malim nanti Cik Abang a.ka Mr.N cakap nak amek. Teha dengan Ena, Sakinah amek.

Bila aku dah sampai Tanjung Malim, call lah Cik Abang ni gtaw dah sampai. Sekali dia cakap dia tak sampai lagi. Cik Abang ni gerak dari Taiping. Dia jammed dekat mane ntah. Yang pasti tak sampai Ipoh lagi. Geram betul aku ! Kalau tawu, aku gerak dengan Teha & Ena. Mase tu hangin aku memang tak terkate lah kan. Terus call Seha. Nasib baik dorang makan dekat area Tanjung Malim. Kalau dorang dah sampai Slim River, tak ke menyusahkan orang.

Lepas makan baru pergi check in bilik dekat resthouse Slim River. Sepatutnya ktorg ade 6 orang tapi yang pergi check in 5 orang je. Anim takde sebab dia kena daftar dekat UTHM. Btw congrats ! 

Resthouse Slim River
by google image





Okaylah bilik dia. Settle keluarkan beg dari kete. Rehat jap + solat maghrib. Lepas maghrib baru keluar. Nak pergi print pengesahan graduan KPT. Ena tak buat lagi, aku tak print lagi. Yang lain dah siap print. Sementara tunggu Ena, aku call lah Cik Abang tnye dah sampai ke belum. Tak lame tu Cik Abang amek aku dekat cc.


:: Sempat snap gambar before keluar bilik ^_^ ::

:: Separuh je muka aku ? Jadi lah dari takde :p ::

:: Pantang free, amek gambar je ::

Dah keluar dengan Cik Abang, malam tu tak boleh tido pulak. Biasalah beralih tempat tido kan. Bole pulak aku dengan Sakinah layan movie The Conjuring dalam gelap gelita. Seramm lah jugakkk. Dalam pukul 4 kalau tak silap, baru lah ktorang tido.


p/s : Dah lame sangat draft entry ni. Akhirnya publish jugak :)

To be continue Konvo Part II

Friday, November 22, 2013

Muncul Kembali

Assalamualaikum.

Hye, peeps !

Setelah kian lama aku menyepi. Blog ni kalau hidup, ntah ntah dah mati. Lama sangat tak update. Macam biasa alas an aku “MALAS”. Malas aku ni susah nak dibendung. Entry ni aku terpaksa draft dulu sebab internet problem dekat rumah. Biasalah cuaca tak okay, internet pon problem la. Ni pon buat keje 3 in 1. Mesej, update blog dengan layan cite Hindustan ‘Hum Saath Saath Hain’. Gigih kan jugak diri ni nak update blog.

Dah banyak sangat sangat aku postpone entry blog. Lagi lagi entry pasal konvo. Malasnya nak menaip. Dulu bukan main lagi rajin. Sekarang ntah ke mana rajin tu pergi. Sekarang ni, masa amat mencemburui aku. Ceewah, ayat aku macam apa je. Sekarang aku dah keje tapi not related with my study.

Dulu aku part time dekat kedai makan. Sapa yang memang follow blog aku, dia tawu la kisah kisah aku dekat kedai makan. Sekarang aku dah tukar citarasa pulak. Aku keje dekat Happy Home Superstore. Alhamdulillah dah nak sebulan aku keje. Sejak aku keje, rasa macam takde life sangat lah. Maybe sebab masa aku keje kot. Kalau Isnin sampai Jumaat, 11 pagi – 10 malam. Sabtu ahad, 10 pagi – 10 malam. Tapi kira okay jugak lah ada keje. Dari duduk rumah tak buat pape, duit pon takde. Takde life pon, at least ada duit poket.

:: Sorry gambar tak clear sangat sebab google image je ::


Tempat keje baru, so far alhamdulillah everything okay :D Masa mula mula masuk keje, ramai jugak lah. Mula mula keje aku jadi silent worker kot. Diam je aku. Mana taknya, masuk keje memang lah ade kawan. Tapi  nak borak pon, nak cakap pasal apa kan. After one week aku training, sume okay. Aku pon takde lah jadi silent worker sangat. Biasa biasa je. Sekarang dah ramai berhenti, sambung belajar. Alhamdulillah sempat kenal dengan Kak Ila yang happy go lucky, Jue yang baik hati, Azi yang friendly, Am yang rajin tolong orang dengan Din yang caring :) Even baru kenal tapi terasa kot bila dorang takde. Rasa sunyi je. Sekarang ada budak part time. Sorang Zarul, sorang lagi Shahir. Ada ke patut Shahir cakap muka aku, muka budak nerd. Haish ! Tak bole bla betul.

Aku pon tak tawu nak taip ape dah. Saje nak muncul dekat blog balik sambil vaccum blog ni. Renovate mane yang patut. Eh, lebih lebih pulak aku ni. Okay, see you later :)

Sunday, October 13, 2013

No title

Assalamualaikum :D

Hari Ahad yang kejap mendung, kejap cerah aku nak feeling feeling dekat blog aku ni. Dah lame dah tak feeling feeling sedih. Biasa update blog sume yang happy je. Dulu pernah lah feeling sedih dekat blog. Selalu aku membebel dekat tweet kalau sedih ke, marah ke, sakit hati ke, macam macam lah. Tapi dekat tweet ni susah jugak, takut ada yang terasa. Tuju dekat orang lain, orang lain yang terasa. Pastu dah tak bertegur sapa. Alahaiiiiii.

Aku pon tak tawu kenapa mood hari ahad ni macam tak best satu hal. Pastu rasa nak nangis je. Banyak sangat berfikir kot. Hurmmm.. Dah lah malam tadi nightmare. Bagi aku nightmare lah. Banyak kali jugak aku nightmare mende yang sama. Adakah penanda ? :’( Bangun je dari tido, rasa nak nangis ingat nightmare tu. Aku sekarang ni cepat sentap. Lambat reply whatsapp, aku terus sentap. Dengan someone ni lah. Dengan orang lain aku tak kesah sangat kalau reply lambat. Lantak lah orang nak cakap aku menggedik ke, mengade ke, nak buat macam mane. Aku dah try nak control diri tu taknak cepat sentap. Tapi bila aku control sampai satu tahap aku akan menangis. Tension gak bila jadi macam tu.

Bangun tido tengok phone. Ada email jobstreet. Sedia maklum aku ni penganggur tegar. Majority vacancy dekat area Johor. Aku ni dah la baru nak masuk alam pekerjaan. Scroll email tu ada vacancy dekat genting. Dari lepas SPM lagi mak aku tak bagi keje genting. Vacancy dekat genting tu position engineering officer. Aku bagi tawu dekat mak aku pasal vacancy tu, tapi respon tak memuaskan. Sedih jugak lah. Orang cakap jangan memilih sangat nak keje ni. Aku tak memilih, tapi mak aku yang pilih. Dah banyak sangat keje aku apply, tapi takde satu pon yang bagi feedback. Berharap jugak lah dapat feedback yang menggembirakan.

Bila dah jadi holder diploma ni, macam macam nak pikir. Nak sambung degree, nak keje. Semua susah nak dapat. Upu hari tu apply tak dapat. Rayuan pon still tak dapat. Mana taknya, yang nak sambung belajar bukan sikit ramai. Pointer aku pon biasa biasa je. Degree under politeknik pon aku apply tapi tak dapat. Paling latest, aku apply directly under uitm. Dapat ke tak, wallahualam. Berdoa + tawakal jela. Itu je mampu.

Tension jugak bila jadi macam ni. Sampai bila aku nak jadi penganggur ? Kawan kawan lain, macam senang je dapat keje. Aku ? Maybe belum rezeki aku lagi kot. Arghhh !!!! Rasa nak nangis dah ni. Tapi kena kuat semangat :)

Okay lah see you later.

Wednesday, October 9, 2013

Interview

Assalamualaikum

Hye, readers ! Aku ni sekarang penganggur tegar. Duduk rumah, makan, online, mandi, tidur. Tu je keje aku. Serius rasa bosan dengan life ni. Haish ! tapi nak buat macam mana, apply degree tak dapat. Tunggu yang rayuan pulak. Kalau ada rezeki, Insya Allah. Bole dikatakan 24/7 aku online. Masa online, aku cuba cari sifat rajin untuk update blog. Rasa macam dah tak sanggup nak postpone cerita cerita ku. Let’s start :)

Cerita ni keluaran Ogos tapi Oktober baru keluar promote. Ceewahh. Dalam cerita aku ni ada tiga pelakon. Pelakon tu termasuk aku sendiri, Koko dengan Teha. Malas nak amek ramai-ramai, nanti nak kena bayar banyak. *berangan macam pengarah pulak aku ni* Ktorang classmate + housemate + car-mate. Ni cerita reality taw, BUKAN rekaan semata-mata. Masih dalam bulan Syawal lagi, kalau tak silap aku 17hb Ogos. Masa tu aku dekat kampung Perak. Teha call aku gtaw pasal interview keje. Biasalah, kami ni senasib *penganggur tegar* . Masa tu aku buat relaks je. Tak tawu nak pergi ke tak.

Dah balik Batang Kali, baru lah decide nak pergi. Interview ni walk-in je, 21hb Ogos dekat Stesen LRT Dang Wangi. Contact dengan Teha tanya lah pape yang patut, then Koko dari Manjung pon follow. Ena tak dapat nak follow sebab dia keje. Aku gerak 20hb macam biasa naik tren. Koko naik bas. Teha amek ktorang dekat KL Sentral. Sebelum balik rumah, jenjalan cari barang sikit. Sampai rumah Teha, rasa nak masak pulak. Parents Teha keje. Planning nak masak spaghetti. Eh, bukan spaghetti. Shell shell la name dia. Aku pon tak ingat. Aku pon takde la reti sangat nak masak. Dekat rumah Teha tetiba aku reti pulak kan.


:: Semua putih je. Hahaha ::


Malam ktorang tak pergi mane mane pon just prepare untuk interview. Maklumlah first nak pergi interview. Malam tu dah macam study untuk final pulak. Dengan mengantuk tak terkatanya. HAHAHA




:: Buku ni dah lame beli ::





Interview time !!! Hambek kau !! dapat turn 94, 95, 96. Datang lagi lambat. Ramai giler pergi interview. Majoriti lelaki yang datang interview. Terkejut beruk jugak lah. Tapi apa salahnye kita mencuba nasib. Ktorang dapat interview sesi petang. Keje time tunggu turn interview, ktorang naik lrt je. Ktorg lunch dekat Central Market.












Mengantuk weh tunggu turn. Sampai nebes nak interview tu pon hilang. Bila tiba masenye. Jeng jeng jeng. Turn aku dulu, pastu koko last teha. Masa turn aku interview, aku sempat cakap introduce pendidikan aku je. Yang selebihnya, orang yang interview aku cakap. Apa yang sampai dekat ktorang bertiga, lebih kurang je. Company tu memang nak cari kelulusan civil, dah seboleh-bolehnya lelaki. Tapi civil yang datang, ktorg lah, perempuan. Maybe lelaki yang ramai giler tu, mekanikal dengan elektrik kot. Aku pon tak sure. Ni lah pengalaman untuk first interview. Boleh lah dari takde pengalaman.





Dah habis interview, pergi makan McD dekat KL Sentral. Dalam pukul 6ptg, aku balik Batang Kali. Koko balik rumah Teha.

Okay, see you next entry ^_^


 

Template by BloggerCandy.com