Pages

Thursday, December 21, 2017

S T U D Y

Assalamualaikum everyone.

Let’s continue my story. Entry sebelum ni pasal K E R J A. So, entry ni pasal S T U D Y pulak. Mood nak menaip tengah ada, tu pasal boleh update second entry. Mata pon tak boleh tidur lagi. Mana taknya, tadi sambil tengok cerita Coffee Prince pekena secawan LA coffee. Ntah pukul bape lah aku tidur kejap lagi. Esok kerja pulak tu. Jangan ke laut sudah. Sorry terlari topik pulak.

Tahniah untuk kengkawan yang dapat sambung study full time. Sekarang ni pon, yang full time majoriti dah grad dah pon. Tahniah lagi sekali. So, untuk yang takde rezeki sambung full time, mungkin ada rezeki lain. Salah sorang yang tak dapat study full time tu aku lah. Nak buat macam mane, rezeki masing masing. Sedih jugak lah sebenarnya bila tak dapat study full time. Altenatif lain buat pjj [Pengajian Jarak Jauh]. Masa tu sorang housemate aku dah start buat pjj. Time tu belum setahun lagi kerja dekat Perodua. Dalam pertengahan 2014, aku dah start survey tempat yang buat pjj dengan course dia. Ayah aku pon selalu tanya, jadi ke tak nak buat pjj. Lama jugak aku nak buat keputusan. Mana taknya, aku fikir mampu ke nak buat assignment. Balik kerja dah la penat. Bukan penat buat kerja dekat office. Tapi penat menghadap traffic jammed. Pergi kerja, balik kerja, traffic jammed tak dapat dipisahkan. Dah fikir pasal pjj, nak amek course apa nak amek. Yang paling penting kena fikir kewangan. Kena buat kira-kira jugak tu, kang tengah tengah buat pjj tiba tiba tak boleh bayar. Tak kan nak berhenti, mesti sayang.

Aku nak bagitahu apa yang aku survey masa nak pilih tempat buat pjj. Firstly, aku tengok course apa yang ditawarkan. Bila dah ada list, boleh lah tengok course apa yang kita nak. Masa tu boleh lah fikir arah tuju korang ke mana. Second things, aku tengok fees dia. Satu sem bape ringgit. Dengan total fees untuk complete kan study. Yang aku survey Uitm, UTM Space dengan Open University. Aku ada lah ipta yang boleh buat pjj. Dulu ada beberapa ipta yang buat pjj untuk Degree, tapi sekarang majoriti dorang buat untuk Master je. Ni based on apa yang aku survey lah. Third, aku tengok jadual kelas. Macam Uitm ada dua kategori pjj. Aku tak ingat nama spesifik dia. First kategori, kelas Sabtu dan Ahad. Lagi satu, kelas Isnin sampai Jumaat waktu malam. Untuk kelas Sabtu Ahad ni, banyak untuk course business administration. Kelas Isnin sampai Jumaat tu, untuk course engineering. Contoh project management, contruction management. Course yang lain tak ingat. UTM Space pulak kelas dia Sabtu dan Ahad. Sabtu kelas start pukul 2 petang sampai malam. Ahad pulak kelas dari pagi sampai malam. Pastu kalau ada subjek yang kena buat amali, kena pergi UTM Skudai. Last one, Open University Malaysia (OUM). Oum ni flexible. Untuk semester pertama, oum akan tetapkan kelas dan kelas hari Sabtu. Next semester dan seterusnya, kelas hari Ahad, jadual kelas student yang tetapkan.

Setelah beberapa bulan aku buat survey dan fikir fikir dan terus berfikir, aku buat keputusan aku pilih Oum. Sebab apa ? Sebab utama pilih Oum jadual dia flexible. Macam aku kerja Isnin sampai Sabtu. Kalau Sabtu aku pergi kelas, confirm la kena tolak annual leave. Aku masa tu baru lagi kerja. Nak guna annual leave sepanjang pjj memang tak cukup. Lain la kalau dah kerja lama, annual leave pon banyak. Untuk semester pertama boleh lagi lah nak cover dengan annual leave. Next semester, kelas hari Ahad. Ahad aku memang cuti. Boleh aku kumpul annual leave pastu guna untuk pergi exam, siap assignment.

Masa aku nak buat pjj, hampir tiap tiap hari google tips pengajian jarak jauh. Bukan apa, masa tu level confident tak berapa tinggi sangat. Takut pon ada. Takut tak mampu nak balancekan kerja dengan study. Bukan setakat google, aku mintak pendapat orang lain. Macam macam lah aku baca. Benda yang banyak kali mention, mental dengan pengurusan masa. Dua benda ni penting sangat sangat. Walaupun aku dah beberapa tahun, pengurusan masa aku bukan lah tahap baik tapi tahap “boleh lah”. Mental kena kuat. Serius tak tipu. Mental ibarat menguasai semua benda. Kadang kadang mental aku tak stabil jugak. Tapi cuba untuk kuat. Dan fikir balik kenapa buat pjj. Apa matlamat buat pjj. Sebab pjj ni kita sendiri yang pilih. Macam aku, aku yang pilih. Bukan atas dasar paksaan atau tawaran. Mental ni kena tegas, kuat. Kalau ada anasir anasir jahat yang berfikiran negatif pasal pjj ni, abaikan je.  Saja je nak share pasal pjj ni. Pengalaman pjj next entry pulak ye.

Bye.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com