Pages

Wednesday, July 18, 2012

GEMUK !!

Assalamualaikum !!

Hye korang. Sihat ? hope korang sihat. Aku ney baru baik dari virus selsema. Aku baru lepas makan. Kat sini ada pasar malam. Dah2 mukadimah takyah panjang2. Story panjang takpe.

Isu hari ney, *isu lah sangat*. Pasal GEMUK. GEMUK ? Aku GEMUK ke ? Perkataan GEMUK ney bagi aku sensitive sikit. Naik sem 3 lepas cuti dua bulan, member ada tegur aku dah GEMUK. Time tu tak kesah sangat sebab aku selalu lah jugak pergi jogging. Naik sem 4, aku stop jogging, stop join olahraga. Bukan sebab orang yang teman aku tu pergi praktikal. Aku stop sebab dah start busy dengan final project. Kalau aku join, malam nanti aku letih nak buat assignment pon tak larat.

Nak masuk sem 5, dah makin ramai cakap aku GEMUK. Aku dah mula sensitive dengan perkataan GEMUK. Bila cakap je GEMUK, dalam kepala otak dah fikir macam mana nak diet +.+ Bukan setakat member cakap aku GEMUK, sedara mara, cikgu aku pon sama. Siap bagi advise suruh jaga badan. Adoiii, lagi runsing aku dibuatnya. Selain perkataan GEMUK, dorang cakap aku BERISI, TEMBAM, BULAT. Macam sopan lah sikit. Tadi pergi pasar malam pon ada member yang baru balik praktikal tegur aku cakap dah TEMBAM. Serius weh, tak boleh terima. Tak tawu kenapa. Pipi aku pon makin BULAT. Dah lah part time dekat restoran, memang GEMUK lah jawabnya kalau makan je kejenya.

Bila aku Tanya Mr.N aku, dy akan cakap “ BERISI sikit je ” “GEMUK sikit je ”. Huh.. semua ayat nak jaga hati. Sabar jela. baru-baru ney aku ada tweet dengan sorang senior aku. Tak lama lagi dy nak pergi Tanah Suci Makkah. Aku suruh dy doakan aku. First things, abang nak doakan aku kawen. Second things, abang tu nak doakan aku SLIM balik. Cayalah abang. Macam tawu-tawu je aku nak KURUS. HAHAHA. Selain doa, aku pon kena ada usaha nak KURUS. So, sekarang proses diet. Harap2 berbaloi usaha aku. HAHAHAHA. Wish me luck :)







FAREWELL

Hye peeps.

Update ! Update ! Update blog sementara tengah rajin. Let’s started.
Hari-hari menghitung hari. Saat-saat yang dinanti-nantikan telah tiba :) Last day keje 30 JUNE 2012. Hari paling bahagia buat aku. Serius tak tipu. Bagi aku happy tapi member tempat keje sedih. Dorang risau aku tak datang dah lepas ney. Haiyaaa…

Tapi time last day keje, aku takut gak sebab….. dorang planning nak baling telur dengan tepung. Last day, aku pergi keje awal sebab ada orang nak belanja KFC. Apa lagi, go on jela. Balik KFC dapat hadiah.
Taraaaaaaa ….


:: Ney adiah yang ada dalam paper bag ::

Malam tu dorang kemas kedai awal gila. Aku pon terkejut + takut. Dorang kemas, aku pon closing lah for last day jadi cashier. Time tu ayah dah tunggu nak amek aku. Aku suruh ayah hantar kereta nanti aku drive. Takut ayah kena tunggu lama.


Tak lama lepas tu, dorang prepare makanan. KFC lagi ? Ya Allah, banyak tu takyah cakap lah. Padahal, sebelum tu dah makan nasi. Malam tu dengan KFC lagi, kek coklat. Aku pelik jugak, bila masa dorang pergi beli semua ney. Rupa2nya time aku bising dorang hilang, time tu lah dorang pergi beli. Dah lah time tu customer ramai, mane aku tak bising. Kek coklat tu sponser by Tokwan. Hahahaha .. Dy ney macam admire aku tapi aku anggap dy abang. Budak-budak bujang selalu kenakan aku dengan Tokwan. Jangan risaulah, I’m already taken. Kan Mr.N ?




:: Penaja kek Tokwan ::

:: With workmate >.< ::

 
:: D’nie & Dani ::

Farewell habis dalam pukul 2 pagi. Best sangat-sangat even ada masalah dengan tukang masak yang aku ade story dalam older post. Tukang masak t upon tak join farewell aku.
Okaylah dah tak larat nak menaip. Jom rehat seketika bersama Kitkat.


Assalamualaikum >.< Bubye !!







Tuesday, July 17, 2012

Cuti Dua Bulan

Assalamualaikum guys :D

Sorry sangatsangat dah lame tak update Encik Blog sayang aku ney. Eh, ada ke orang nak tengok blog aku ney ? Perasan je lebih. Aku ney bukanlah macam kak Fatin Liyana, kak Maria, kak Yana, Dena & Irinenadia follower ada je yang tak sabar tunggu entry dorang. Takpe2, aku buat blog ney pon untuk diri aku bukan nak famous. Jangan salah faham okay.
Let’s started my story. Ha..Ha.. Okay aku dah habis cuti. Dah daftar sem 5 pon tapi baru nak update Encik Blog ney. Nak cerita cepat sebab banyak mende nak cerita. Cuti sem dua bulan, aku part time dekat restoran yang aku pernah keje dulu. CINTA RASA 17. Part time aku jadi cashier. Memang tak boleh tukar.

Actually, aku nak share sikit pengalaman aku kerja tempat lama. First month tu kerja memang sakit la. Macam2 benda jadi. Budak bujang selalu lepak dekat restoran yang aku keje tu. Dorang jenis makan minum tak bayar. Tak tawu lah apa nak jadi. Bos ada mintak tolong aku. Aku serba salah, pastu kantoi dengan workmate yang aku jadi ‘mata2 bos’. Buat donno jela.

Nama pon keje restoran, kena sound dengan customer tu perkara biasa. Biasa, biasa jugak. Tapi aku ney ada tahap sabar. Suati hari tu, aku kena marah dari aku masuk shift sampai ke malam. Padahal, bukan salah aku. Tukang masak dengan budak yang amek order yang salah tapi aku yang kena marah. Bila bagitaw orang yang salah, aku kena marah balik. Susah gak kalau orang yang tak bole terima kritikan. Mulamula aku sabar. Dah tak tahan sangat, aku menangis weh. Siot betul !! Aku tak pernah nangis pon sebelum ney. Yang pernah keje dengan aku dulu pon terkejut tengok aku nangis. HAHAHA. Lawak2.


Bila dapat gaji…. Haaa, ini lagi satu masalah. Dekat tempat keje aku ney bole ADVANCE. Kata lain LOAN, BORROW. Kiranya pinjam duit sebelum gaji. Pastu tolak gaji. Benda ney dah dua kali jadi. First month aku keje dengan bulan last. Paling teruk time last month aku keje. Aku nangis lagi. DAMN betul !! Tukang masak sorang ney, dy ada advance lepas tu bila gaji dia sikit, dia cakap aku amek duit dy.

HELLO, WAA PON KEJE JUGAK. BOS KASI WAA GAJI. LAIN KALI JANGAN BIASAKAN ADVANCE. NEY LAH PADAHNYA.


Tukang masak ney tak puas hati dengan aku. Dy follow je aku. Nak tawu mane duit dy hilang. Hilang sabar, aku menangis. Nak lawan cakap takut kasar sangat nanti. Sorang akak ney pergi call bos. Time tu aku tak nangis dah. Dengar suara bos, aku terus nangis balik. Tukang masak tu jumpe aku sebab budak-budak suruh mintak maaf. Dy taknak mintak maaf sebab ada orang bagitaw dy yang aku cakap dy masak tak sedap. Bukan aku sorang je yang cakap. Pekerja, customer, budak bujang. Kitaorang tak pernah suruh dy masak. Aku ingat ayat yang dy bagi aku.

Harap muka je cantik tapi hati busuk. Menyesal puji sebelum ney.

Hello, sape suruh kau puji aku. Aku tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Kalau ikutkan emosi time tu, memang nak lawan dah. Nasib baik lah bole fikir ikut waras. Takut masalah ney makin berpanjangan. So, silent is BETTER than to speak.

Fuh !! Penat menaip. Ney lah dy experience aku dua bulan berkhidmat sebagai cashier dekat Cinta Rasa 17.



See you later :)
                                                                                                           



 

Template by BloggerCandy.com