Pages

Sunday, April 14, 2013

T A H N I A H


Assalaamualaikum readers.

Beria nak reader[S]-2. Bukan ramai mane pon follower. Adalah ciput je. Tak kesah lah ramai ke sikit. Yang pasti, aku nak update diari terbuka aku ni. Aku sendiri pon tak tawu lah kenapa aku buat diari terbuka. Diari personal tak pernah ada pon. Aneh-2 !! 

Okay-2 back to title. Kalau dibiarkan nanti, aku lagi merapu. T A H N I A H ? C O N G R A S ? For what ? Khas untuk Mr.N aku ler. Tahniah sebab dia menang Final Project antara jabatan. Walaupun dapat no 3. Kira okaylah tu dari tak menang kan ? kan ? At least dah merasa no 1 dalam Diploma Pembuatan Teknologi. Syabas ! Syabas !

Jap jap nak tukar watak. Ehem ehem. Sorry Mr.N, saya tak dapat nak datang, nak tengok awak present. Kalau saya still ada dekat poli, sedaya upaya saya datang booth awak. Tak banyak pon saya tolong awak. Saya tolong mana yang mampu je. Saya boleh lah nak share serba sedikit pengalaman saya masa saya present Final Project last sem. Maybe tak sama. Sebab saya Kejuruteraan Awam, awak Kejuruteraan Mekanikal. Saya nak buat wish sikitlah mewakili sebahagian Mr.N. Thanks a lot to our sister @ our senior @ kawan gaduh Mr.N. Terima kasih sangat-2 to kak Zana [Nurul Farzana]. Akak banyak tolong Mr.N saya. Saya tolong pon tak sebanyak akak. Akak pon ada bagi Mr.N nasihat pasal projek dia. Thanks again! *tak tawu nak taip apa lagi

Saje je aku buat entry ni. Tengah rajin nak update Encik Blog memang macam ni. Kalau takde masa, bersawang la Encik Blog ni dengan cerita yang dah berzaman-zaman. That’s all for this entry. Thanks for reading ^_^

Assalamualaikum.




Good News & Bad News


Assalamualaikum. Tak jawab berdosa, jawab sayang. :D

Dah lama tak guna ayat tu. Kalau selalu sangat guna, nanti kata kita curi ayat orang pulak kan. Eh, apahal tiba-2 nak emosi pulak ni. Ish ish ish. Alhamdulillah. Selesai lunch. Aku dekat office ni. Masuk office kalau lepas makan je, confirm-2 mengantuk. Nak kurangkan mengantuk, aku pon draft entry dekat word sambil minum air mineral yang sejuk macam baru keluar dari refgirator. Balik rumah malam nanti baru publish. Idea aku nak update blog ni takde lah selalu sangat ada. Bila ada mood + idea aku draft then barulah publish.

Title entry Good News & Bad News. News ni semua ada kaitan dengan Wishlist 2013. Two in one lah cite dia. Nak Good News dulu ke Bad News dulu ? Erm *thinking* Good News dulu lah. The good news is I already had Rainbow al-Quran :) Thanks to Allah meet me with Rainbow al-Quran. May I get path truth.
Sape yang rajin follow entry-2 aku dalam blog ni, maybe dah tawu macam mane aku bole beli al-Quran Pelangi ni. Aku cita lah sikit macam mana aku bole beli al-Quran Pelangi ni. Dah ditakdirkan aku keluar survey phone adik aku dekat Econsave. Memang aku ada update blog pasal al-Quran ni salah satu wishlist aku. Tak sangka pulak bole jumpa al- Quran ni. Dah lah tinggal dua je. Macam peribahasa “ Orang mengantuk disorongkan bantal”. Seronok sangat !! Cerita selebihnya tengok lah dekat Baucer Part II.
Now, aku aku cite Bad News. Still pasal wishlist. Waaaa :’( Nak nangis dulu sebelum cite. Dalam wishlist aku ada nak grab phone Xperia E. Aku admirer pulak dekat Xperia U, P dengan S. Tapi apakan daya. Semua tinggal kenangan. Tapi ada advantages jugak. Al-kisah, aku survey phone adik aku. Dia pon ada jugak nak beli Xperia U. Tak pon Xperia P. Kononnya nak try pegang je. Alang-2 dah pegang terus jela tanya specification phone tu.

Taukeh kedai pon cita lah pasal Xperia E, U, P dengan S. Xperia U,P dengan S battery dia tak bole tukar, tak boleh bukak. Kalau rosak, terus kena hantar ke kilang. Xperia E pulak boleh pakai dua simcard. Lagiiiii la cepat jahanam. Xperia E belum sampai kedai dia lagi, ramai orang datang complain xperia E. Konklusi taukeh tu cakap better jangan beli Xperia E, U, P dengan S.

Lepas dengar taukeh tu cakap macam tu. Terus terkabus wishlist aku. Dua-2 phone pulak tu. Lastly, aku beli phone murah murah je. Nak beli dekat Tanjung minggu ni. Lepas ni takyah beli phone canggih-2. Beli phone untuk mcj + mcj + dengar radio. Camera pon dah beli. Lagi cantik gambar. Nak dengar lagu sendiri beli mp3 mp4 sume bagai tu lah. Confrim phone tu tahan lama. Takde nak hang hang.
Okaylah peeps, see you again !

Assalamualaikum :)

Baucer Part II


Assalamualaikum readers, blogger, stalker, follower sume bagai lah. Okay, okay, excited nak update blog ni. HAHAHA. S E N G A L je aku ni. Macam aku sorang je ada blog, gelabah giler. Okay, okay, cooolll !!! *fuhhh*

Entry kali ni aku rasa tak panjang kot. Rasanya lah. Sabtu baru-2 ni aku pergi amek adik aku yang second last dekat Sekolah Kebangsaan Agama Serendah sebab dia ada pertandingan apa ntah. Balik tu maa hantar aku dengan adik second aku pergi Econsave. Adik aku tu nak survey phone. Phone dia hilang. Sekarang ni pakai nokia 3100 macam aku je. Adik aku tu tengah simpan duit nak grab phone baru.Time tu survey phone Samsung S III. Majoriti dekat situ RM1499.

Jalan-2 survey phone, tiba-2 adik aku cakap “Bukan tu ke al-Quran yang kau nak?” Sekali aku pandang. Masya Allah. Rainbow al-Quran ! Tanya harga dengan warna. Okaylah harga dia. Stock tinggal dua je. Warna hijau dengan pink. Kat situ bole guna Baucer Buku 1 Malaysia. Apa lagi, terus call maa suruh hantar baucer. Punya lah takut orang amek al-Quran tu, aku suruh akak yang jaga kedai tu simpan. Lepas tu aku bagi RM10, kiranya aku confirm nak beli.

Harga al-Quran tu RM95, so ada lagi balance RM5. Aku pon beli lah buku SMILE by IrmaHasmie. Kiranya, aku tambahlah duit sikit. Better tambah dari burn je. Kan rugi. Part I aku dah guna RM50, Part II RM100. Tinggal lagi RM100 lagi baucer buku. See you next entry voucher.
*Entry takde lah best sangat tapi nak buat macam mane. Aku jadikan blog ni sebagai diari secara terbuka.*

Petikan buku S M I L E by IrmaHasmie

Tentukan sama ada mahu menulis secara tradisional mahupun secara digital. Diari muhasabah boleh dilakukan dalam dua keadaan. Ia dapat menjadi personal ataupun secara terbuka.


Tuesday, April 9, 2013

Seharian Tanpa Matahari


Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal seharian tanpa matahari. Sedia maklum aku tengah praktikal. So, life praktikal lebih kurang macam orang bekerja juga. Punca aku tak dapat jumpa matahari adalah kerana  kerja last minit. Bukan student je suke buat keje last minit. Orang yang dah bekerja pon suka buat keje last minit. Tapi keje ni memang menyakitkan hati aku. Company aku ni tengah ada projek jalan . Lame jugak lah projek ni.

Due date nak submit report 29th Mac 2013. Bos aku ni boleh bagi aku keje last minit. Dia suruh aku buat list drawing. Kalau sikit, maybe lah aku bole siapkan cepat. Masalahnye, beratus-ratus drawing. Mencecah lah jugak seribu. Bos aku bagi keje before lunch. Time dia bagi, dah warning aku awak-awal suruh aku stayback. Mak aiiii ! Kalau aku stayback berbayar takpe jugak. Kau dah guna tenaga orang, lepas tu taknak bayar.

Hampir satu department aku semua stayback. Dahsyat giler malam tu. Bos aku ni kononnya belanja makan malam kirenya upah la tu. Tapi tak berbaloi kot dengan keje dia. Tak pernah pernah aku bawak keje office balik rumah taw. Aku balik pukul 8.30p.m , sampai rumah 10.00p.m. First time kot, aku tak jumpe matahari. Keluar rumah matahari tak terbit lagi. Balik rumah matahari dah terbenam. Baru praktikal, belum keje lagi. Andai kata aku dapat offer dekat tempat praktikal aku ni, ntah lah. Aku pon tak tawu nak terima atau tak. Akak akak dekat sini tak bagi aku keje dekat sini. Dorang suruh aku cari keje lain.

Esok tu [29th Mac 2013], pagi pagi lagi semua orang dah busy. Busy ape ? busy siapkan report nak submit dekat JKR. Nak submit pukul 4p.m. Tapi aku pelik sangat sangat, bos aku tu macam tak reti langsung nak buat itu, nak buat ini. Dia project manager tapi macam tak managent je projek dia sendiri. Everything orang lain yang terpaksa involved. Bos aku tawu report siap. Pukul 4p.m dia nak pergi hantar dekat JKR.

Bertungkus lumus la ladies department aku arrange report by title. Bos aku buat ape ? Dia tunggu je report siap. Tak habis habis bila jumpe ktorang, “how ?”. Ingat ktorang ni ape nak menghadap je report. Bila dah siap, Alhamdulillah. Lega sikit. Petang tu ape lagi, balik awal lah. Semua bos takde. Dua orang bos cuti. Sorang pergi hantar report. Tiga-tiga bos aku India. Hahahaha.

::Suasana balik keje malam::




 *First time bawak keje balik rumah -__-' *


:: Suasana last day siapkan report sebelum pukul 4p.m ::













# Sorry akak-2 office, saya masukkan gambar akak.
# Gambar malam tu tak berkualiti sangat sebab guna camera phone je


Okaylah. Nanti kalau ada story lagi aku update. Insya Allah.
Assalamualaikum  (^_^) 

Baucer Buku 1 Malaysia PART I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebenarnya dah lame aku nak update cite pasal baucer. Sepatutnye entry ni sebelum ‘Kami Takkan Terpisah’. Aku pon tak terperasan tertinggal ke belakang cite pasal baucer ni. Disebabkan tertinggal, aku nak update jugak !!

Semua orang tawu kan pasal Baucer Buku 1 Malaysia. Student dapat rm250 termasuk lah aku. Aku baru jugak guna baucer tu. First thing aku nak cari kamus engineering. Orang cakap kamus tu mahal. Susah nak jumpe. Kedai pon banyak tak amek sebab mahal.

Hari Sabtu [** Mac 2013], aku buat appointment dengan Teha. Hari Sabtu, Teha keja half day. Lepas teha habis keja, ktorang pergi cari kamus engineering. Aku gerak dari Bandar Tasik Selatan. Teha gerak dari Gombak. So, ktorang jumpe dekat Masjid Jamek. Pergi jalan-jalan dekat Masjid India. Pergh !! Memang ramai la kan dekat situ. Dengan cuaca panas lagi. Sepupu aku ada lah kirim tudung plain brand kangaroo. Tudung tu memang elok lah. Murah gile. Sehelai rm5 je. Kalau banyak duit, dah lame habis. Nasib baik tak banyak.

Tengah jalan-jalan nak cari kedai buku dekat situ, tersinggah kedai baju. Bagi aku baju tu dah cantik. Tengok sane tengok sini, dah teramek 2 helai. Lepas tu dah taknak tengok baju dah. Kedai buku tak jumpe-jumpe lagi. Cari punye cari, baru jumpe. Terus cari kamus engineering yang ‘mahal’ tu. Susah sangat nak cari kamus tu. Bile dah nampak terus grab. Tanye akak cashier harga kamus tu. Bile akak tu cakap rm18, serius aku terkejut. Teha gelak bile aku terkejut. Dia siap cakap dekat aku, “Kau jangan kate kamus ni murah.” Tapi hakikatnya memang murah. Dah kot cari kamus tu.

Aku guna baucer rm50 je. Aku beli kamus engineering, 2 buah novel dengan panduan solat istikharah. Aku ada lagi rm200. So, lagi rm200 tu aku update next entry. Tengok lah aku beli ape pulak lepas ni. Sekarang aku tengah buat list nak beli ape gune baucer buku ni. Harap harap aku dapat manfaatkan baucer sebaik mungkin, insya Allah. Ish, poyo je aku ni.
Okaylah , see you another entry.



Assalamualaikum :)

Saturday, April 6, 2013

Wishlist 2013


Assalamualaikum  & Salam sejahtera

Hye peeps ! Tibe-2 aku rasa rajin nak update En Blog + free *padahal report praktikal tak buat* Kalau pasal update blog, aku rajin je. Tapi kalau suruh buat report, Masya Allah. Malasnye aku !
Wishlist 2013. Sebelum ni aku ada buat wishlist jugak tapi ntah bile ntah. Tapi ada lah. Saje nak buat wishlist lagi. Mana tawu boleh dapat semua wishlist aku. Kan ? Sapa tawu. Erm, tak banyak pon wishlist aku. Wishlist aku ni semuanya kehendak tapi ade jugak keperluan. Sapa yang amek Kemahiran Hidup bahagian perdagangan tawu lah apa beza kehendak dengan keperluan. Tak silap aku Kemahiran Hidup bahagian apa-2 pon ada belajar kot. Sebab aku yang amek Ekonomi Rumah Tangga pon bole tawu. Eh, dah melencong pulak cite aku ni. Okay-2 back to title.

1st wishlist

Handphone dual sim

I need it !! Ini keperluan aku. Sebab phone aku yang sedia ada ni, nyawa-2 ikan je aku tengok. Ada masa hilang sabar pon ada aku guna phone sedia ada. Tapi apakan daya, S A B A R itu separuh daripada iman. Baru-2 aku survey phone dekat internet je. Hati aku terpikat dekat XPERIA E. Xperia lagi ? Nak buat macam mane, dah itu je yang berkenan. Aku makesure aku bole grab phone ni. Tapi sebelum tu aku kena survey dekat kedai pulak. Nak berangan pegang phone tu. Poyo je aku ni.

2nd wishlist

Handphone admirer

Haa.. Jangan ingat orang je ada admire. Phone pon ada taw. Dah lama la jugak aku tengok phone ni. Takde lah lame sangat. Hujung tahun 2012. Memang nak sangat phone ni. Time aku ada duit nak beli phone ni, my mum tak bagi. Sebab ? Sebab ni kehendak aku. Time tu phone aku yang sedia ada elok lagi. Sihat wal’afiat. Maybe sebab tu my mum tak bagi. Tapi sekarang my mum tak tawu phone sedia ada tengah nazak. Phone yang aku admire ni, bagi aku smart giler. Sebab aku suka giler-2. Maybe phone ikut citarasa aku. Citarasa semua orang tak same kan ? Rambut sama hitam tapi hati lain-2. Wah, dah macam buat karangan time sekolah pulak siap ada peribahasa. *ni semua gara-gara cikgu haliza jais. heee. I’m sorry cikgu* Nak tawu phone yang aku admire tu phone apa ? Haa.. Ada dua taw. Kalau bole nak yang besar sikit. *Macam banyak duit je aku ni. Demand bukan main.* Kalau tak dapat besar, kecik pon jadi la. Ni phone admire aku :D

3rd wishlist
Rainbow Al-Quran

Rainbow al-Quran ni dah memang jadi wishlist tetap aku. Selagi aku tak dapat, selagi tu aku buat wishlist. Bole tak ? Asal lak tak bole ? Wishlist aku, suka hati aku la. Dulu aku request dekat my future fiancée. Nak tunggu future fiancée, macam take time je. HAHAHAHA. Opsss !! Bukan apa, aku macam excited sangat nak Rainbow al-Quran ni. Sebab tu bole jadi wishlist tetap aku. Selalu jugak lah aku survey dekat internet. Dekat kedai dah cari tapi tak jumpe lagi. Kalau dekat kedai ada senang sikit, bole guna baucer buku. Kalau online banyak je. Kena pandai pilih je. Aku nak yang siap ada terjemahan sekali. Ada setengah takde terjemahan. Insya Allah, I hope I will get Rainbow Al-Quran as soon as possible.

4th wishlist


Loss weight


Anoun : Loss weight ? Itu pon nak jadi wishlist ?
 Me : Hey, excuse me. My blog right ? It’s up to me nak letak pape je jadi wishlist.

Nak turunkan berat pon salah satu impian aku taw taw. Sedia maklum ramai yang cakap aku dah gemuk. Gemuk ? tak boleh tak boleh. Perkataan lain. Erm.. Berisi ? Pon tak bole. Semua tak bole lah.
Hujung bulan Januari, aku ada try tak makan nasi. Just makan sayur, tauhu, ikan dan ayam. Daging aku tak makan sebab susah nak hadam. Okay lah. Berkesan dengan cara tu. Tapi bile dah pergi praktikal, kalau tak makan nasi, tak larat giler. Maybe sebab banyak guna tenaga nak berjalan yang agak lame. Lagi lagi time pergi office. Kena jalan dalam 20 minit.
Macam macam aku makan + pakai sebab nak kurus. Tapi tak nampak lagi hasil dia. Mohon sangat sangat, nanti boleh kurus macam dulu.

5th wishlist
Collection Wedge shoes *google image*

Wedge ? bukan cheesy wedge taw. Korang ni tawu makan je. Ni kasut la. Haa, wedge shoes my dreammmm. Kalau ikut nafsu shopping aku, memang pokai la jawabnye. Nasib baiklah bole control. Tapi kalau dapat tengok time tengah sale, masya Allah. Rambang mata dibuatnya. Lagi satu, nasib aku ni student je. Kalau dah keje, rasenye sakan aku shopping.
Wishlist aku nak buat collection wedge shoes. Bestnye kalau dapat buat collection. I will. Aamin ^_^

Okaylah, see you later :D
Assalamualaikum..

Monday, April 1, 2013

Peristiwa April 1, 2013


Assalamualaikum peeps.

Dah masuk bulan April. Selalu aku cakap, pejam celik, pejam celik, dah bulan April. Sekarang aku nak cakap, LAMBATNYE BULAN JUN !!! Seriously aku tak sabar nak tunggu bulan Jun.
1 April 2013 . Sedia maklum, Mr N dengan group dia  present untuk final project. Dorang buat kerusi apa ntah. Tapi ada kaitan dengan phisiotraphy . Aku tak tawu sangat macam mane dia punye program present projek dekat poli. By the way, congrates sebab selesai present projek. Even ada group mate yang injured.

His group is winner for DTP


Tanpa disangka dan diduga, aku yang tengah praktikal ni kena observed. Sepatutnya lecturer call aku SEMINGGU awal untuk inform pasal observed. Tapi tak. Aku yang call lect awal beberapa jam. Terus dia gtaw nak datang. Aku tawakal jela. Feedback dari observed tu ada positive ( + ) ada negative ( - ). Bila aku dengar feedback yang negative, automatic aku terus lemah tak bermaya. Otak tak dapat nak fikir panjang.

Lepas lect balik observed aku, aku lagi tertekan. Mane taknye. Aku dah lah praktikal dekat consultant. Mane ade nak pegi site semua bagai. Keje aku dekat office je. Waaaa ~ ~ ~ tension bai ! -__- ’ Sampaikan aku nak berhenti pon ada. Punye lah malas nak fikir dah.




Dah la tension dengan sesi observed. Aku sakit tengkok + bahu lagi. Tekak pon sakit. Adoiii, dugaan betul ! Member yang lain semua dah nak habis. Dorang lagi 2 minggu nak habis. Aku ? Lagi 12 minggu nak habis. About 3 months ? Ya Allah, lame dia tahap dewa.  Tolong lah wahai mase. Cepatkan lame ni. Aku dah tak tahan praktikal lame-lame. Aku tak sanggup nak praktikal lame-lame. Maybe sebab tempat praktikal aku tak best. Lepas tu aku sorang – sorang pulak.
Kawan –kawan dekat luar sane, doakan aku okay eh dekat sini. Waaa ~_~  rase nak nangis kuat-kuat je. Haish. Saya dah besar lah *iklan kalsi-yum*

*Tak bole tengok muka sebab tension*

Bubye -.-'
 

Template by BloggerCandy.com