Pages

Saturday, October 13, 2012

Taklimat CIDB


Assalamualaikum ^_^

Cepat update sementara masa masih ada. Memandang aku dah sem 5, dan sem 6 nanti aku praktikal. Course pulak civil engineering. Confrim2 lah aku akan pergi site. Risiko dekat site macam2 bole jadi kan ? Takutnye. So, kalau kita dah tawu ada risiko dekat site, kenalah buat insurans. Sabtu baru2 ney aku pergi taklimat CIDB. CIDB ney kad hijau untuk jaminan kita bila kita jadi apa-apa dekat tempat kerja, especially dekat site construction, kilang and etc.

Name pon taklimat. Confirm2 mengantuk. Standard la tu kalau pergi taklimat. Hari sabtu dah kena bangun awal macam pergi kelas. Terganggu cuti aku. Huh ! Takpelah sanggup korban demi CIDB. Kalau takde kad CIDB,tak bole pergi praktikal. Sampai poli awal kot. Taklimat start 8.30a.m. Cakap pukul 8.00 a.m. Ney lah dy janji-janji Melayu. Dahl ah takde breakfast. Bukan nak bagitaw awal-awal takde breakfast. Kalau tawu, pergi breakfast dulu. Taklimat dah dari pagi sampai petang.

Kelas yang join, DKA 5A, 5B, 5C. DKA 5C yang join empat orang je. Yang selebihnya hari ahad. Penceramah tu baru cakap aku dah menguap. Nampak tak mengantuk datang taklimat. Mula-mula boleh control lagi. Air mineral aku dah bawak, konon boleh elakkan mengantuk. Tapi tak jalan. Sesi mengeluarkan bakat bermula :D Masing-masing nak tunjuk kreatif. Ada yang tulis nama sendiri dengan pelbagai bentuk, buat komik, main pas-pas surat. So, bukan aku sorang je yang mengantuk.

Penceramah tu suka berjalan-jalan. Adoi ! Satu hal nak kena cover bakat masing-masing. Pukul 10.20a.m , break. Breakfast time. Satu hal lagi nak pergi cari tempat makan. Kantin dah lah tutup. Okay makan dekat Sungai Behrang. Lepas break, masuk dewan lambat. Sape suruh tak bagi makan. Nasib ler. Lepas break takde lah rase lame sangat nak tunggu sampai pukul 1p.m. Sesi pagi sampai pukul 1p.m. Sesi petang start pukul 2p.m. Break satu jam, tapi tak pergi makan pon. Just solat dekat surau Jabatan Perdagangan[JP]. Bila sesi petang bermula, maka bermula lah, sesi mencungkil bakat masing-masing. Aku pergi taklimat tu dy banyak cakap pasal incident yang berlaku dekat tempat keje. Tangan masuk mesin lah. Besi cucuk badan lah. Arghh !! Taknak cakap pasal tu. Semua tu sem 2 dah tawu sebab pernah pergi CIDB dekat Cheras. *ceh, berlagak pulak aku ney.

Bila nak habis tu takyah tanye lah. Time-time nak habis taklimat, ada tiga muka yang student suka tengok. First, muka jam. Second, muka penceramah. And the last one, muka pintu. HAHAHA. Dah biase dah semua tu. Dalam masa yang same, bakat masing-masing ade je. Sampaikan penceramah tu tegur, “student poli ney semua kreatif-kreatif”. Sebelum bersurai, penceramah tu bagi tengok video kartun dekat site. Rasenye macam dah habis cite. Last but not least, let’s enjoy with this pictures :D

# Selamat Pagi Malaysia #

# Hasil nukiran pada sesi pagi #

# Siapakah jejaka idaman malaya ? Hasil kerja koko #

# Komik karya yaNnaSamad #

# Model yaNnaSamad dengan pelbagai gaya hijab #
# Dari kiri : Soleha, aku, Fatihah, Nurikhna & Sakinah@koko #

# Jabatan Perdagangan #

# Posing ikut arahan director : yaNnaSamad #

# Posing bersama-sama pereka gaya hijab. Dua dari kanan. #

# Sebelum masuk ke dewan kuliah sesi petang. #

# Sesi petang bermula #

# Kreatif tak ? Guy tu nama dy Izham #

# Hasil karya Soleha #

# Karya aku sepanjang kuliah #

# Hasil kerja Soleha & yaNnaSamad #
Nazirul : pengarang jantung saya ♥ 
Nadhir : my bff
Izham, Wan, Haidar : classmate

# Jom balik ! #

Thanks for reading my blog. See you later.
Assalamualaikum.

Monday, October 8, 2012

First Date


ASSALAMUALAIKUM

Hye you guys, Tengah syok meng-update blog. Kalau boleh nak je buat banyak2 entri. Tapi tak larat. Hihihi. Nak cite apa lagi erk ? Tibe2 jadi blur pulak. Haa, aku dah tawu nak cite dari mana. Story aku ney time September, sekarang dah Oktober. Alah baru seminggu bulan Oktober, bukan lambat sangat pon. Peduli ape aku, blog aku, cerita aku, suka hati aku lah:D Let’s start story.

Dalam hati ney, excited giler tapi tak tawu nak story dari mana. Aku cite dari mula lah . 28hb Sept , my first anniversary with Mr.N >,< So, ktorang decide 29hb Sept pergi kL. Takut tu ade jugak. Firstly takut sebab aku buat jahat lagi. Time sem 2 pergi kL dengan member kantoi. Sape2 yang rajin terjah blog aku ney, aku pernah letak entri aku kantoi tu. Enough ! Malas nak ingat balik. Continue our story.

Dah decide nak pergi kL, decide pakai baju warna ape pulak. Aku pilih MERAH ! I love red. Ktorang keluar awal jugak lah. Ktorang pergi kL by train. Naik train senang sikit. Keluar kali ney, FIRST DATE ktorang. Even couple dah setahun, biase keluar mesti berteman. Kalau takde teman, tak keluar lah. Dah sampai Rawang, tak decide lagi nak pergi mana. On the way pergi kL Sentral, baru decide nak pergi Times Square.

:: Sayang awak ::

Sampai sana jalan2, then cari lah ape yang patut. Baru sampai energy full lagi. So, boleh jalan puas2. Biasa perempuan yang cerewet. Bile lelaki cerewet, macam janggal sikit lah. Pengalaman aku shopping dengan Mr.N, sangat mencabar kesabaran aku. Pada mata aku dah cantik, tapi dy tak. Tapi yang PALING mencabar kesabaran aku time cari baju mr.N, aku dah berkenan dengan satu baju ney. Tapi takde saiz pulak. Next shop, aku pilih banyak baju prepare kalau2 takde saiz. Tengok2 sume baju tu takde saiz Mr.N. Time tu dah lah frust + penat + lapar pulak tu. Aku taknak pergi makan selagi tak jumpa baju Mr.N. Aku masuk satu kedai ney, mood nak cari baju tu dah takde sangat dah.Kepala still ingat design baju yang first aku berkenan. Baju tu bagi aku, simple+nice. Cantiklah di mata aku. Tengah2 car, nampak satu baju ney design ala-ala baju yang aku berkenan first tadi. Cepat-cepat grab, see.. Baju design same. Cepat-cepat tengok saiz. Then suruh Mr.N masuk fitting room. Alhamdulillah, ade jugak bajunye.Baju dah dapat, time refill energy. First date, refill energy dekat McD sebab tu yang paling senang.

:: Lunch kami ::

Energy dah full. Mr.N nak survey phone. Mr.N ney aku rase dy memang nak beli phone, tapi taknak mengaku. Bila aku suruh beli, alas an mesti nak beli same dengan aku. To Mr.N : Awak , kalau nak beli phone, awak belilah dulu. Nanti saya beli kemudian :*) Dah puas survey phone, cuci mata dengan window shopping, Mr.N ajak aku masuk kedai accessories. Dy suruh aku pilih nak accessories yang aku nak. Semua kedai accessories dy ajak masuk. Last kedai aku pilih lah jugak bracelet dengan necklace . Bracelet Mr.N yang pilihkan. Thanks dear ♥♥♥ Waa .. T_T Kaki dah cramp. Serius tak larat nak jalan. Mr.N ney tak puas nak shopping lagi. Dy bukan shopping barang dy. Tapi shopping barang aku. Barang dy, semua yang aku ajak cari semua tak berkenan. Mr.N nak belikan aku beg pulak. Aku suruh dy pilih sebab aku tengok semua daah tak cantik. Mane taknye, dah penat sangat. Finally, tak beli pon sebab aku dah letih. Bile beli je mane-mane bagg, nanti aku tak pakai pulak. Tu pon Mr.N tak puas shopping sebab beg dengan kasut aku tak beli. Okay time to back. On the way nak balik singgah beli crepe. Dulu first time aku beli crepe dekat Billion, Manjung. Nak makan crepe pon tak larat. Punya lah letih giler.

:: Kesian awak kena pilih beg untuk saya ::

:: Mr.N suka crepe 2U ::

Sampai rumah, hanya Tuhan je tawu. Beratnye mata ney. Malam tu, aku tido awal lah jugak dari hari biasa. Mr.N call pon aku tertido. Hee. Okaylah dah tak larat nak taip dah. That’s all my first date. See you later :D 

:: Thanks for maxi dress and bracelet ::

:: Baju pilihan saya ::

# Setiap hubungan ada suka & duka. Yang penting mesti ada keikhlasan, kejujuran, kesetiaan & kepercayaan. #



Anniversary With Mr.N


Assalamualaikum :D

Hye readers, lame tak update En. Blog *ayat klishe. Maklumlah student’s Civil memanjang ada assignment, kuiz,test, presentation. Tak macam student’s mechi, business, electric relax je dorang. Life dorang enjoy je tak macam student’s civil . Sebelum aku makin merapu lagi panjang, baik aku bagitawu PURPOSE entri aku ney. Purpose kau ! Biasalah baru lepas present pasal water & wastewater.

Back to normal :D Welcome October, bubye September. Even dah October , aku still nak story pasal SEPTEMBER. Caps lock lagi tu. Bile dah caps lock, that’s mean SEPTEMBER very important. Last week, 28 September 2012 [Jumaat] genap setahun aku dengan Mr.N.  Haa ? O_o  Baru setahun ? Aku rase macam dah lame. Hihihihi. Disebabkan first anniversary, aku pon bagilah hadiah. Hadiah aku takdelah branded tapi kreatif. Heee *masuk bakul angkat sendiri kan ? Sape lagi nak angkat kalau bukan aku sendiri. HAHAHA.



Okay ! okay ! Cerita pasal hadiah. Aku dah planning dari sem 4 lagi. Time tu Mr. N tengah praktikal. Persediaan awal kot aku buat. Sebab aku tawu sem ney confrim2 aku busy dengan final project, assignment, report sume bagai. Take time jugak lah nak buat something kreatif. Then, nak cari idea lagi. Korang nak tawu tak ape yang kreatif sangat hadiah tu ? Kalau taknak tawu takpe, tapi aku still nak gtaw sebab ney blog aku. Aku buat ORIGAMI BINTANG. Mesti  ada yang dah biasa dengan origami bintang ney. *Ape ? Tak kreatif ? Suka hati akulah nak cakap kreatif .


Serius, penat giler menghadap bintang2 ney. Tapi nak bagi orang yang kita sayang kan, sanggup buat ape je. Sampai gig aku pecah buat bintang ney. Pelik tak buat bintang sampai gigi pecah ? memanglah bintang tu buat dari kertas. Punca gigi pecah sebab aku gigit jarum yang ada benang. Jarum yang ade benang tu, aku cucuk dekat bintang, then tarik. Ade yang senang nak tarik. Ada yang susah. Sebab tu guna gigi.





:: Label untuk senangkan awak cari+baca nanti ::



Aku tak tawu bape biji bintang yang aku dah buat. Tapi nampat banyak sangat sebab nak muntah bile tengok bintang. Kalau bagi hadiah dekat perempuan okaylah. Ney bagi dekat lelaki macam pelik sikit. Hah, Peduli ape aku ! Aku sukakan kelainan. Bintang tu Mr. N ken abaca tulisan yang ada dekat bintang every 28hb. Awak, 28hb taw bukan 29hb. Lagi satu,saya dah labelkan dah untuk senangkan awak . Okaylah dah penat menaip.





p/s : Sorry gambar tak berkualiti sangat sebab guna camera phone je


Friday, September 7, 2012

4S


Assalamualaikum :D

Serius dah lame giler tak update En. Blog . Biasalah , dah semester 5 ney makin lama makin busy. Title entry ‘4S’ ? Ada cerita disebalik title tu. Tapi bukan nak cite pasal Iphone 4S taw. Bukan Iphone je ada 4S, aku pon ada :D  Kalau lah En. Blog ney hidup, aku nak nangis puas2 depan En. Blog.

 Aku nak bagitaw apa tu ‘4S’ . ‘4S’ tu maksud dy SURPRISE, SENTAP,SEDIH,SAKIT HATI. Hari ney 7 September hari Jumaat, Birthday Mr. N . Kononnya nak buat SURPRISE untuk birthday Mr.N maklumlah aku ney dah semester akhir dekat poli. Next semester tinggal nak pergi Latihan Industri je. Semester ne Tapi apa kan daya, kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. Dari SURPRISE tukar jadi SENTAP+SEDIH+SAKIT HATI.

Nak jadikan cerita semalam [3 Sept malam] , aku kena follow classmate aku pergi Hospital Slim River sebab nak bawak tablemate aku. Dy jatuh main roller blade. Ikut kan lepas Maghrib, aku dah janji dengan classmate [Seha] nak pergi beli kek. Time tu takde prepare pape langsung nak celebrate birthday Mr.N. Dah lah balik poli pukul 7p.m sebab ada taklimat Latihan Industri dengan aku puasa lagi. Semalam memang kelam kabut + letih. Balik dari hospital dah nak dekat pukul 10p.m. Lepas hantar tablemate balik rumah, baru lah aku gerak dengan Seha pergi kedai kek. Nasib baik kedai kek bukak lagi. Rupanya time sampai kedai kek tu, dorang tengah kemas nak closing.

 Sampai rumah dalam 11.15p.m. Aku ingatkan terus jela nak jumpa Mr. N, tapi dy lepak dengan housemate dy dekat kedai. Takpe la aku bagi lah dy lepak. Tengok2 Mr. N nak jumpa dalam 12.30a.m. Time tu nak marah pon ada. Tapi aku boleh sabar lagi. Janji pukul 12.30a.m , sampai depan rumah 1.00 a.m. Biasalah ‘janji melayu’ aku pon lebih kurang macam tu jugak :D Borak2 depan rumah, housemate bawak keluar kek yang aku beli tadi.  Aku nak bagi kek tu dekat Mr.N tapi dy makin jauh. Mybe takut kena baling dengan tepung. Dy cakap letak je kek tu atas moto dy. Seriously, time tu  aku automatic terus SENTAP. Kenapa nak letak atas motor ? Tak boleh ke aku nak pegang kek tu ? Aku letak kek tu atas boot kereta housemate. Masuk rumah memang tak boleh nak cakap pape dah. Air mata dengan hati je berfungsi time tu. Yang lain semua blur. Mr. N  nak jumpa tapi aku taknak. Bila jumpa nanti,  aku jugak yang SENTAP+SEDIH+SAKIT HATI. Aku pon tak tawu bila hati ney nak okay. Hurmm :'(


:: White Choc Macadamia :: 

:: Indulgence ::

See you later. Bye :’(


Wednesday, July 18, 2012

GEMUK !!

Assalamualaikum !!

Hye korang. Sihat ? hope korang sihat. Aku ney baru baik dari virus selsema. Aku baru lepas makan. Kat sini ada pasar malam. Dah2 mukadimah takyah panjang2. Story panjang takpe.

Isu hari ney, *isu lah sangat*. Pasal GEMUK. GEMUK ? Aku GEMUK ke ? Perkataan GEMUK ney bagi aku sensitive sikit. Naik sem 3 lepas cuti dua bulan, member ada tegur aku dah GEMUK. Time tu tak kesah sangat sebab aku selalu lah jugak pergi jogging. Naik sem 4, aku stop jogging, stop join olahraga. Bukan sebab orang yang teman aku tu pergi praktikal. Aku stop sebab dah start busy dengan final project. Kalau aku join, malam nanti aku letih nak buat assignment pon tak larat.

Nak masuk sem 5, dah makin ramai cakap aku GEMUK. Aku dah mula sensitive dengan perkataan GEMUK. Bila cakap je GEMUK, dalam kepala otak dah fikir macam mana nak diet +.+ Bukan setakat member cakap aku GEMUK, sedara mara, cikgu aku pon sama. Siap bagi advise suruh jaga badan. Adoiii, lagi runsing aku dibuatnya. Selain perkataan GEMUK, dorang cakap aku BERISI, TEMBAM, BULAT. Macam sopan lah sikit. Tadi pergi pasar malam pon ada member yang baru balik praktikal tegur aku cakap dah TEMBAM. Serius weh, tak boleh terima. Tak tawu kenapa. Pipi aku pon makin BULAT. Dah lah part time dekat restoran, memang GEMUK lah jawabnya kalau makan je kejenya.

Bila aku Tanya Mr.N aku, dy akan cakap “ BERISI sikit je ” “GEMUK sikit je ”. Huh.. semua ayat nak jaga hati. Sabar jela. baru-baru ney aku ada tweet dengan sorang senior aku. Tak lama lagi dy nak pergi Tanah Suci Makkah. Aku suruh dy doakan aku. First things, abang nak doakan aku kawen. Second things, abang tu nak doakan aku SLIM balik. Cayalah abang. Macam tawu-tawu je aku nak KURUS. HAHAHA. Selain doa, aku pon kena ada usaha nak KURUS. So, sekarang proses diet. Harap2 berbaloi usaha aku. HAHAHAHA. Wish me luck :)







FAREWELL

Hye peeps.

Update ! Update ! Update blog sementara tengah rajin. Let’s started.
Hari-hari menghitung hari. Saat-saat yang dinanti-nantikan telah tiba :) Last day keje 30 JUNE 2012. Hari paling bahagia buat aku. Serius tak tipu. Bagi aku happy tapi member tempat keje sedih. Dorang risau aku tak datang dah lepas ney. Haiyaaa…

Tapi time last day keje, aku takut gak sebab….. dorang planning nak baling telur dengan tepung. Last day, aku pergi keje awal sebab ada orang nak belanja KFC. Apa lagi, go on jela. Balik KFC dapat hadiah.
Taraaaaaaa ….


:: Ney adiah yang ada dalam paper bag ::

Malam tu dorang kemas kedai awal gila. Aku pon terkejut + takut. Dorang kemas, aku pon closing lah for last day jadi cashier. Time tu ayah dah tunggu nak amek aku. Aku suruh ayah hantar kereta nanti aku drive. Takut ayah kena tunggu lama.


Tak lama lepas tu, dorang prepare makanan. KFC lagi ? Ya Allah, banyak tu takyah cakap lah. Padahal, sebelum tu dah makan nasi. Malam tu dengan KFC lagi, kek coklat. Aku pelik jugak, bila masa dorang pergi beli semua ney. Rupa2nya time aku bising dorang hilang, time tu lah dorang pergi beli. Dah lah time tu customer ramai, mane aku tak bising. Kek coklat tu sponser by Tokwan. Hahahaha .. Dy ney macam admire aku tapi aku anggap dy abang. Budak-budak bujang selalu kenakan aku dengan Tokwan. Jangan risaulah, I’m already taken. Kan Mr.N ?




:: Penaja kek Tokwan ::

:: With workmate >.< ::

 
:: D’nie & Dani ::

Farewell habis dalam pukul 2 pagi. Best sangat-sangat even ada masalah dengan tukang masak yang aku ade story dalam older post. Tukang masak t upon tak join farewell aku.
Okaylah dah tak larat nak menaip. Jom rehat seketika bersama Kitkat.


Assalamualaikum >.< Bubye !!







Tuesday, July 17, 2012

Cuti Dua Bulan

Assalamualaikum guys :D

Sorry sangatsangat dah lame tak update Encik Blog sayang aku ney. Eh, ada ke orang nak tengok blog aku ney ? Perasan je lebih. Aku ney bukanlah macam kak Fatin Liyana, kak Maria, kak Yana, Dena & Irinenadia follower ada je yang tak sabar tunggu entry dorang. Takpe2, aku buat blog ney pon untuk diri aku bukan nak famous. Jangan salah faham okay.
Let’s started my story. Ha..Ha.. Okay aku dah habis cuti. Dah daftar sem 5 pon tapi baru nak update Encik Blog ney. Nak cerita cepat sebab banyak mende nak cerita. Cuti sem dua bulan, aku part time dekat restoran yang aku pernah keje dulu. CINTA RASA 17. Part time aku jadi cashier. Memang tak boleh tukar.

Actually, aku nak share sikit pengalaman aku kerja tempat lama. First month tu kerja memang sakit la. Macam2 benda jadi. Budak bujang selalu lepak dekat restoran yang aku keje tu. Dorang jenis makan minum tak bayar. Tak tawu lah apa nak jadi. Bos ada mintak tolong aku. Aku serba salah, pastu kantoi dengan workmate yang aku jadi ‘mata2 bos’. Buat donno jela.

Nama pon keje restoran, kena sound dengan customer tu perkara biasa. Biasa, biasa jugak. Tapi aku ney ada tahap sabar. Suati hari tu, aku kena marah dari aku masuk shift sampai ke malam. Padahal, bukan salah aku. Tukang masak dengan budak yang amek order yang salah tapi aku yang kena marah. Bila bagitaw orang yang salah, aku kena marah balik. Susah gak kalau orang yang tak bole terima kritikan. Mulamula aku sabar. Dah tak tahan sangat, aku menangis weh. Siot betul !! Aku tak pernah nangis pon sebelum ney. Yang pernah keje dengan aku dulu pon terkejut tengok aku nangis. HAHAHA. Lawak2.


Bila dapat gaji…. Haaa, ini lagi satu masalah. Dekat tempat keje aku ney bole ADVANCE. Kata lain LOAN, BORROW. Kiranya pinjam duit sebelum gaji. Pastu tolak gaji. Benda ney dah dua kali jadi. First month aku keje dengan bulan last. Paling teruk time last month aku keje. Aku nangis lagi. DAMN betul !! Tukang masak sorang ney, dy ada advance lepas tu bila gaji dia sikit, dia cakap aku amek duit dy.

HELLO, WAA PON KEJE JUGAK. BOS KASI WAA GAJI. LAIN KALI JANGAN BIASAKAN ADVANCE. NEY LAH PADAHNYA.


Tukang masak ney tak puas hati dengan aku. Dy follow je aku. Nak tawu mane duit dy hilang. Hilang sabar, aku menangis. Nak lawan cakap takut kasar sangat nanti. Sorang akak ney pergi call bos. Time tu aku tak nangis dah. Dengar suara bos, aku terus nangis balik. Tukang masak tu jumpe aku sebab budak-budak suruh mintak maaf. Dy taknak mintak maaf sebab ada orang bagitaw dy yang aku cakap dy masak tak sedap. Bukan aku sorang je yang cakap. Pekerja, customer, budak bujang. Kitaorang tak pernah suruh dy masak. Aku ingat ayat yang dy bagi aku.

Harap muka je cantik tapi hati busuk. Menyesal puji sebelum ney.

Hello, sape suruh kau puji aku. Aku tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Kalau ikutkan emosi time tu, memang nak lawan dah. Nasib baik lah bole fikir ikut waras. Takut masalah ney makin berpanjangan. So, silent is BETTER than to speak.

Fuh !! Penat menaip. Ney lah dy experience aku dua bulan berkhidmat sebagai cashier dekat Cinta Rasa 17.



See you later :)
                                                                                                           



 

Template by BloggerCandy.com