Pages

Saturday, October 13, 2012

Taklimat CIDB


Assalamualaikum ^_^

Cepat update sementara masa masih ada. Memandang aku dah sem 5, dan sem 6 nanti aku praktikal. Course pulak civil engineering. Confrim2 lah aku akan pergi site. Risiko dekat site macam2 bole jadi kan ? Takutnye. So, kalau kita dah tawu ada risiko dekat site, kenalah buat insurans. Sabtu baru2 ney aku pergi taklimat CIDB. CIDB ney kad hijau untuk jaminan kita bila kita jadi apa-apa dekat tempat kerja, especially dekat site construction, kilang and etc.

Name pon taklimat. Confirm2 mengantuk. Standard la tu kalau pergi taklimat. Hari sabtu dah kena bangun awal macam pergi kelas. Terganggu cuti aku. Huh ! Takpelah sanggup korban demi CIDB. Kalau takde kad CIDB,tak bole pergi praktikal. Sampai poli awal kot. Taklimat start 8.30a.m. Cakap pukul 8.00 a.m. Ney lah dy janji-janji Melayu. Dahl ah takde breakfast. Bukan nak bagitaw awal-awal takde breakfast. Kalau tawu, pergi breakfast dulu. Taklimat dah dari pagi sampai petang.

Kelas yang join, DKA 5A, 5B, 5C. DKA 5C yang join empat orang je. Yang selebihnya hari ahad. Penceramah tu baru cakap aku dah menguap. Nampak tak mengantuk datang taklimat. Mula-mula boleh control lagi. Air mineral aku dah bawak, konon boleh elakkan mengantuk. Tapi tak jalan. Sesi mengeluarkan bakat bermula :D Masing-masing nak tunjuk kreatif. Ada yang tulis nama sendiri dengan pelbagai bentuk, buat komik, main pas-pas surat. So, bukan aku sorang je yang mengantuk.

Penceramah tu suka berjalan-jalan. Adoi ! Satu hal nak kena cover bakat masing-masing. Pukul 10.20a.m , break. Breakfast time. Satu hal lagi nak pergi cari tempat makan. Kantin dah lah tutup. Okay makan dekat Sungai Behrang. Lepas break, masuk dewan lambat. Sape suruh tak bagi makan. Nasib ler. Lepas break takde lah rase lame sangat nak tunggu sampai pukul 1p.m. Sesi pagi sampai pukul 1p.m. Sesi petang start pukul 2p.m. Break satu jam, tapi tak pergi makan pon. Just solat dekat surau Jabatan Perdagangan[JP]. Bila sesi petang bermula, maka bermula lah, sesi mencungkil bakat masing-masing. Aku pergi taklimat tu dy banyak cakap pasal incident yang berlaku dekat tempat keje. Tangan masuk mesin lah. Besi cucuk badan lah. Arghh !! Taknak cakap pasal tu. Semua tu sem 2 dah tawu sebab pernah pergi CIDB dekat Cheras. *ceh, berlagak pulak aku ney.

Bila nak habis tu takyah tanye lah. Time-time nak habis taklimat, ada tiga muka yang student suka tengok. First, muka jam. Second, muka penceramah. And the last one, muka pintu. HAHAHA. Dah biase dah semua tu. Dalam masa yang same, bakat masing-masing ade je. Sampaikan penceramah tu tegur, “student poli ney semua kreatif-kreatif”. Sebelum bersurai, penceramah tu bagi tengok video kartun dekat site. Rasenye macam dah habis cite. Last but not least, let’s enjoy with this pictures :D

# Selamat Pagi Malaysia #

# Hasil nukiran pada sesi pagi #

# Siapakah jejaka idaman malaya ? Hasil kerja koko #

# Komik karya yaNnaSamad #

# Model yaNnaSamad dengan pelbagai gaya hijab #
# Dari kiri : Soleha, aku, Fatihah, Nurikhna & Sakinah@koko #

# Jabatan Perdagangan #

# Posing ikut arahan director : yaNnaSamad #

# Posing bersama-sama pereka gaya hijab. Dua dari kanan. #

# Sebelum masuk ke dewan kuliah sesi petang. #

# Sesi petang bermula #

# Kreatif tak ? Guy tu nama dy Izham #

# Hasil karya Soleha #

# Karya aku sepanjang kuliah #

# Hasil kerja Soleha & yaNnaSamad #
Nazirul : pengarang jantung saya  
Nadhir : my bff
Izham, Wan, Haidar : classmate

# Jom balik ! #

Thanks for reading my blog. See you later.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com