Pages

Wednesday, July 18, 2012

GEMUK !!

Assalamualaikum !!

Hye korang. Sihat ? hope korang sihat. Aku ney baru baik dari virus selsema. Aku baru lepas makan. Kat sini ada pasar malam. Dah2 mukadimah takyah panjang2. Story panjang takpe.

Isu hari ney, *isu lah sangat*. Pasal GEMUK. GEMUK ? Aku GEMUK ke ? Perkataan GEMUK ney bagi aku sensitive sikit. Naik sem 3 lepas cuti dua bulan, member ada tegur aku dah GEMUK. Time tu tak kesah sangat sebab aku selalu lah jugak pergi jogging. Naik sem 4, aku stop jogging, stop join olahraga. Bukan sebab orang yang teman aku tu pergi praktikal. Aku stop sebab dah start busy dengan final project. Kalau aku join, malam nanti aku letih nak buat assignment pon tak larat.

Nak masuk sem 5, dah makin ramai cakap aku GEMUK. Aku dah mula sensitive dengan perkataan GEMUK. Bila cakap je GEMUK, dalam kepala otak dah fikir macam mana nak diet +.+ Bukan setakat member cakap aku GEMUK, sedara mara, cikgu aku pon sama. Siap bagi advise suruh jaga badan. Adoiii, lagi runsing aku dibuatnya. Selain perkataan GEMUK, dorang cakap aku BERISI, TEMBAM, BULAT. Macam sopan lah sikit. Tadi pergi pasar malam pon ada member yang baru balik praktikal tegur aku cakap dah TEMBAM. Serius weh, tak boleh terima. Tak tawu kenapa. Pipi aku pon makin BULAT. Dah lah part time dekat restoran, memang GEMUK lah jawabnya kalau makan je kejenya.

Bila aku Tanya Mr.N aku, dy akan cakap “ BERISI sikit je ” “GEMUK sikit je ”. Huh.. semua ayat nak jaga hati. Sabar jela. baru-baru ney aku ada tweet dengan sorang senior aku. Tak lama lagi dy nak pergi Tanah Suci Makkah. Aku suruh dy doakan aku. First things, abang nak doakan aku kawen. Second things, abang tu nak doakan aku SLIM balik. Cayalah abang. Macam tawu-tawu je aku nak KURUS. HAHAHA. Selain doa, aku pon kena ada usaha nak KURUS. So, sekarang proses diet. Harap2 berbaloi usaha aku. HAHAHAHA. Wish me luck :)







1 comment:

 

Template by BloggerCandy.com