Pages

Friday, November 22, 2013

Muncul Kembali

Assalamualaikum.

Hye, peeps !

Setelah kian lama aku menyepi. Blog ni kalau hidup, ntah ntah dah mati. Lama sangat tak update. Macam biasa alas an aku “MALAS”. Malas aku ni susah nak dibendung. Entry ni aku terpaksa draft dulu sebab internet problem dekat rumah. Biasalah cuaca tak okay, internet pon problem la. Ni pon buat keje 3 in 1. Mesej, update blog dengan layan cite Hindustan ‘Hum Saath Saath Hain’. Gigih kan jugak diri ni nak update blog.

Dah banyak sangat sangat aku postpone entry blog. Lagi lagi entry pasal konvo. Malasnya nak menaip. Dulu bukan main lagi rajin. Sekarang ntah ke mana rajin tu pergi. Sekarang ni, masa amat mencemburui aku. Ceewah, ayat aku macam apa je. Sekarang aku dah keje tapi not related with my study.

Dulu aku part time dekat kedai makan. Sapa yang memang follow blog aku, dia tawu la kisah kisah aku dekat kedai makan. Sekarang aku dah tukar citarasa pulak. Aku keje dekat Happy Home Superstore. Alhamdulillah dah nak sebulan aku keje. Sejak aku keje, rasa macam takde life sangat lah. Maybe sebab masa aku keje kot. Kalau Isnin sampai Jumaat, 11 pagi – 10 malam. Sabtu ahad, 10 pagi – 10 malam. Tapi kira okay jugak lah ada keje. Dari duduk rumah tak buat pape, duit pon takde. Takde life pon, at least ada duit poket.

:: Sorry gambar tak clear sangat sebab google image je ::


Tempat keje baru, so far alhamdulillah everything okay :D Masa mula mula masuk keje, ramai jugak lah. Mula mula keje aku jadi silent worker kot. Diam je aku. Mana taknya, masuk keje memang lah ade kawan. Tapi  nak borak pon, nak cakap pasal apa kan. After one week aku training, sume okay. Aku pon takde lah jadi silent worker sangat. Biasa biasa je. Sekarang dah ramai berhenti, sambung belajar. Alhamdulillah sempat kenal dengan Kak Ila yang happy go lucky, Jue yang baik hati, Azi yang friendly, Am yang rajin tolong orang dengan Din yang caring :) Even baru kenal tapi terasa kot bila dorang takde. Rasa sunyi je. Sekarang ada budak part time. Sorang Zarul, sorang lagi Shahir. Ada ke patut Shahir cakap muka aku, muka budak nerd. Haish ! Tak bole bla betul.

Aku pon tak tawu nak taip ape dah. Saje nak muncul dekat blog balik sambil vaccum blog ni. Renovate mane yang patut. Eh, lebih lebih pulak aku ni. Okay, see you later :)

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com