Pages

Saturday, November 30, 2013

Konvo Part I : Check In

Assalamualaikum peeps !

Nak masuk sebulan dah aku postpone entry ni. Sejak jadi pengganggur tegar ni, malas makin membuak-buak. Let’s start my story.

Aku tak ingat bape hari bulan ntah dapat surat konvo. Sebelum tu dah tawu bile konvo sebab senior suruh check name. Dekat facebook, twitter, instagram sume student PSAS sibuk upload gambar surat konvo. Excited wey ! Tiga tahun perah otak nak dapatkan diploma. Dah dapat kad jemputan konvo, kena isi form soal selidik GEMS.






Ni jadual konvo.




Raptai hari selasa, konvo jabatan aku hari khamis pagi. Alhamdulillah housemates dapat konvo sekali. So, kiteorg decide nak datang Behrang awal sehari. Kiteorg booked resthouse awal sebulan kot. Takut homestay penuh. Selain housemates aku duduk homestay, bff aku pon join sekali. Sume gerak 16hb just mase lain lain. Aku orang paling lambat gerak. Aku ni dari sem 1 sampai dah habis belajar nak pergi poli kalau ada pape event, memang aku paling last. Bole dikatakan jugak lah dekat dengan rumah. Kalau naik kete dalam 45 minit. Kalau naik tren dalam 20 minit je kalau tak silap.

Sakinah dengan Seha gerak sekali naik kete. Sakinah dari Manjung, Seha dari Lumut. Ena dengan Teha gerak sekali naik tren. Ena dari Shah Alam, Teha dari Klang Lama. Tren Ena dengan Teha sampai dulu. Aku naik tren dari Batang Kali jam 6.30 petang. Aku baru naik tren, Teha dengan Ena dah sampai Tanjung Malim. Aku gerak lambat sebab sampai Tanjung Malim nanti Cik Abang a.ka Mr.N cakap nak amek. Teha dengan Ena, Sakinah amek.

Bila aku dah sampai Tanjung Malim, call lah Cik Abang ni gtaw dah sampai. Sekali dia cakap dia tak sampai lagi. Cik Abang ni gerak dari Taiping. Dia jammed dekat mane ntah. Yang pasti tak sampai Ipoh lagi. Geram betul aku ! Kalau tawu, aku gerak dengan Teha & Ena. Mase tu hangin aku memang tak terkate lah kan. Terus call Seha. Nasib baik dorang makan dekat area Tanjung Malim. Kalau dorang dah sampai Slim River, tak ke menyusahkan orang.

Lepas makan baru pergi check in bilik dekat resthouse Slim River. Sepatutnya ktorg ade 6 orang tapi yang pergi check in 5 orang je. Anim takde sebab dia kena daftar dekat UTHM. Btw congrats ! 

Resthouse Slim River
by google image





Okaylah bilik dia. Settle keluarkan beg dari kete. Rehat jap + solat maghrib. Lepas maghrib baru keluar. Nak pergi print pengesahan graduan KPT. Ena tak buat lagi, aku tak print lagi. Yang lain dah siap print. Sementara tunggu Ena, aku call lah Cik Abang tnye dah sampai ke belum. Tak lame tu Cik Abang amek aku dekat cc.


:: Sempat snap gambar before keluar bilik ^_^ ::

:: Separuh je muka aku ? Jadi lah dari takde :p ::

:: Pantang free, amek gambar je ::

Dah keluar dengan Cik Abang, malam tu tak boleh tido pulak. Biasalah beralih tempat tido kan. Bole pulak aku dengan Sakinah layan movie The Conjuring dalam gelap gelita. Seramm lah jugakkk. Dalam pukul 4 kalau tak silap, baru lah ktorang tido.


p/s : Dah lame sangat draft entry ni. Akhirnya publish jugak :)

To be continue Konvo Part II

1 comment:

  1. salam.. singgah sini. tahniah dh konvo.. soal selidik tu mmg byk nk kena jawab kan :)

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com