Pages

Saturday, December 29, 2012

Exam Week


Hye2 . Assalamualaikum peeps.

Even result dah keluar, aku still nak story pasal exam week. Peduli apa kan ? Blog aku. Update blog time ada masa, so sekarang baru aku ada masa.

Exam untuk sem5 ney, masyaallah hanya Tuhan je yang tawu. Final exam ada 7 paper. Maklumlah student civil engineering. Dalam masa 8 hari exam, 7 hari ada paper ktorang. Nak merungut ney ! Nak merungut ney ! Dah la DKA sem5 start exam hari Sabtu, ktorang jugaklah penutup exam sebab paper last hari Sabtu jugak. Ada gap sehari je. Otak ney tak sempat nak rehat langsung. Rasa mcam memory card 14GB. Time study, penuhkan memory card. Time exam, copy balik yang ada dalam memory card. Yang mampu jela. Hahaha. Habis exam, delete + format. Lepas tu guna balik memory card 14 GB tu. 7 paper, 7 kali format. Nak simpan je tak boleh nanti full. Kalau memory card betul2, selalu sangat format confirm rosak. Nasib baiklah otak tak macam tu.


:: Jadual final exam DKA sem5 ::


Hari ke 4 exam, sume frust + tension jawab exam. Balik exam ada pasar malam, apa lagi housemate dengan aku terus jadi harimau jadian. Beli macam macam nak hilangkan frust + tension jawab exam.

Selagi tak masuk kelas/ dewan, selagi tu lah study even nervous tahap gaban. Tak kesah duduk dekat mane2 pon still study. Kalau exam dekat kelas, siap bersila lagi nak study. Bukan rekaan semata2 taw. See .. kenyataan.


:: Anim[Assistant monitor] dengan Ayie[Class monitor] sempat buat discussion ::




:: Ena + Teha + D’nie + Anim + Ayie ::

Dalam minggu exam, adalah sehari takde paper. Takyah cakap lah, time tu student DKA sem5 macam dah habis paper. Relax bukan main. Memang gunakan masa untuk rehatkan otak :D Bila dah habis sehari tu, Ya Allah cepatnya masa berlalu. Nak study balik tu, aduyaii susah giler. Nak tak nak, kena study jugak. Time tu aku dengan housemate ada pegi cc, kalau tak silap Photostat nota kot. Sementara tunggu, apa lagi sempat lagi shopping dalam cc. Macam2 ada. Aku beli choki choki dengan gula gula asam masin. Kononnya, boleh bagi tenagalah time nak study tu. Mr. N aku pon dapat sebab nak suruh dia study.



:: Choki choki + gula gula asam masin ::

Last day paper, aku tak study dalam bilik. Aku study dekat hall dengan housemate. Last paper, paper teori takut tertido bila baca sorang sorang. Sebelum2 ney pon ada paper teori, aku study dalam bilik jawabnya tido lah. Orang lain belum tido, aku dah tido dulu. So, hari last exam nak cari kelainan sikit. Mengantuk tu memang ada jugak at least ada member yang boleh kejutkan. Malam tu aku tido dekat hall berlapikkan lantai je. Tido dengan buku buku sekali. Manelah tawu boleh masuk. Haa.. Bangun pagi, hujan pulak. Masyaallah !! Syoknya tido. Sejuk time tu sampai ke tulang. Nak mandi pon sejuk giler.

Paper last jugak siap awal. Punca takut tak sempat study. Tapi sempat bergambar lagi. Kalau study pon, belum tentu boleh masuk. Memory card dah full.


:: Last day exam pakai tudung Mr.N belikan. Thanks dear ♥ ::



:: Housemate ::

Pergi jawab exam, tinggalkan rumah yang bersepah. Balik nanti baru kemas. Okaylah dah penat menaip. See you again :D

:: Semangat study ::



FINAL PROJECT PART I

Assalamualaikum ^_~

Title ‘Final Project Part I’. Final project ney banyak part nak story. Banyak mane tak boleh bagitawu. Sedia maklum time aku sem 4, aku busy dengan final project. Macam2 nak buat, sampai sanggup datang poli time cuti sem nak buat final project. Sanggup ke ? *tangan di dada, mata ke atas*

Projek akhir ney kena present sem 5. Sebelum nak present, mesti ada preparation dulu. Dua hari sebelum, student projek akhir, busy gile gile nak siapkan apa apa yang kena siap sebelum present. Tido pon tak cukup time tu. Adat lah kan, student projek akhir. Sehari sebelum present, penyelaras projek buat perjumpaan untuk student projek akhir. Masa perjumpaan tu , lecturer bagi no meja ikut kumpulan.

:: Situasi semasa perjumpaan ::





Total group projek akhir sem5 + sem6 = 75 groups. Banyak kan ? Perjumpaan dengan penyelaras bersurai pukul 7 malam. Lepas Isya’ , student sem5 + sem6 Jabatan Kejuruteraan Awam [JKA] dah start busy prepare untuk presentation. Rumah pon dah macam buat kenduri doa selamat. Classmate buat projek dengan budak rumah akum ,means yang sama group dengan housemate aku. Benda yang paling sibuk, buat mounting board, pamplet + slide.

:: Situasi depan rumah sewa ::


:: Situasi dalam rumah sewa ::







Alhamdulillah group aku dah settle pasal slide + pamphlet. Tinggal mounting board je. Mounting board tu pon banyak keje. Aku takde lah kreatif mane nak decorated board. Rumah dah macam tongkang peca. Penuh dengan barang2 projek. Bilik aku pulak macam reban ayam pon ade, sarang tikus pon ade.









Punye lah leka buat keja, tup tup dah pukul 1a.m. Bile pukul 1 a.m , hati pulak tak tenang, memikirkan presentation. Dulu pernah pra-prsent dengan penyelia. Antara empat orang, aku lah dapat markah paling rendah :’( sedih taw. Padahal buat keje sekali. Erm.. kat situ aku tawu yang aku kurang pengetahuan am. Mana taknya, baca buku pon malas. *flashback* Malam tu takyah cakap la. Mata buat hal pulak taknak pejam. Jantung pulak laju macam nak race. Tak menentu dibuatnya. Sebelum tido aku baca jela report yang siap. Mr.N lah yang kena teman aku. Nak cari info lain, pon tak tawu. Khatam satu report, aku pon baring. Time tu dah pukul 3 a.m. Golek2 sampai pukul 4 a.m. Bila dah pukul 4 a.m, hati dah puas pakse mata pejam. Dalam pukul 4 lebih, mata dah pejam tapi jantung pulak nervous giler. #nite :*) 


:: baju untuk dipakai hari present ::




------------------------------------------Continue Part II--------------------------------------------

Sunday, December 9, 2012

Luahan Hati Kecil


Assalamualaikum .. 

You guys, dah lame sangatsangat tak update blog. Mood nak update blog makin lame makin hilang. Puas nak cari mood tu. Kalau mood tu datang pon, sekejap je tak lame. Tak macam dulu,sekali datang terus excited giler babun.

Ermm.. Sejak dua menjak ney aku selalu pening. Kalau pening boleh hilang terus bila makan ubat takpe. Ini tak, pening pon macam chips more. Dah lah pening, hati pulak tak tenang. Ya Allah , semua ini dugaan. Yang aku mampu bersabar je.

Esok [10 Dis 2012] result exam keluar. Lagi lah pening kepala pikir pasal result. Insyaallah everything gonna be okay. Kalau result okay, baru bole pergi praktikal. Hope sangat sangat result okay. Aku ney entri result dah buat . Entri exam tak siap siap lagi. Masya Allah malasnye aku ney. Dekat fb, dekat twitter semua cakap pasal result. Makin cuak lah aku ney .

Dalam kepala ney macam macam pikir. Yela, aku ini bukan perfect pon. Biaselah, kelemahan tu mesti ade punye. Tak semua orang puas hati dengan kita. Rase nak jerit kuat-kuat je. Tapi tahan + sabar selagi mampu. Tak semua orang percaya kan kita. Dekat blog ney, aku cerita pasal aku dengan si A. Aku dengan si A ney kawan je. Tapi si B ney bace, anggap aku cerita tak macam kawan pon. See, tak semua orang boleh paham kita. Aku tak baik pon, aku ney jahat. Aku tak ayu pon macam perempuan lain yang dekat luar tu. Aku ney ganas macam lelaki. Haa, ape lagi ? Aku tak pandai masak sangat. Kalau kawen dengan aku nanti, tak tawu aku boleh masak ke ape. Senang cerita, aku ney tak sempurna macam perempuan yang baik dekat luar tu. Kalau dah ade perasaan was was dengan aku, tak percaya dengan aku, musykil dengan aku, rase aku ney suka mainkan perasaan orang, satu je aku cakap. Cari lah perempuan yang lagi bagus + baik + ayu + lemah lembut dari aku.

Okaylah see you later. Assalamualaikum.

Saturday, October 13, 2012

Taklimat CIDB


Assalamualaikum ^_^

Cepat update sementara masa masih ada. Memandang aku dah sem 5, dan sem 6 nanti aku praktikal. Course pulak civil engineering. Confrim2 lah aku akan pergi site. Risiko dekat site macam2 bole jadi kan ? Takutnye. So, kalau kita dah tawu ada risiko dekat site, kenalah buat insurans. Sabtu baru2 ney aku pergi taklimat CIDB. CIDB ney kad hijau untuk jaminan kita bila kita jadi apa-apa dekat tempat kerja, especially dekat site construction, kilang and etc.

Name pon taklimat. Confirm2 mengantuk. Standard la tu kalau pergi taklimat. Hari sabtu dah kena bangun awal macam pergi kelas. Terganggu cuti aku. Huh ! Takpelah sanggup korban demi CIDB. Kalau takde kad CIDB,tak bole pergi praktikal. Sampai poli awal kot. Taklimat start 8.30a.m. Cakap pukul 8.00 a.m. Ney lah dy janji-janji Melayu. Dahl ah takde breakfast. Bukan nak bagitaw awal-awal takde breakfast. Kalau tawu, pergi breakfast dulu. Taklimat dah dari pagi sampai petang.

Kelas yang join, DKA 5A, 5B, 5C. DKA 5C yang join empat orang je. Yang selebihnya hari ahad. Penceramah tu baru cakap aku dah menguap. Nampak tak mengantuk datang taklimat. Mula-mula boleh control lagi. Air mineral aku dah bawak, konon boleh elakkan mengantuk. Tapi tak jalan. Sesi mengeluarkan bakat bermula :D Masing-masing nak tunjuk kreatif. Ada yang tulis nama sendiri dengan pelbagai bentuk, buat komik, main pas-pas surat. So, bukan aku sorang je yang mengantuk.

Penceramah tu suka berjalan-jalan. Adoi ! Satu hal nak kena cover bakat masing-masing. Pukul 10.20a.m , break. Breakfast time. Satu hal lagi nak pergi cari tempat makan. Kantin dah lah tutup. Okay makan dekat Sungai Behrang. Lepas break, masuk dewan lambat. Sape suruh tak bagi makan. Nasib ler. Lepas break takde lah rase lame sangat nak tunggu sampai pukul 1p.m. Sesi pagi sampai pukul 1p.m. Sesi petang start pukul 2p.m. Break satu jam, tapi tak pergi makan pon. Just solat dekat surau Jabatan Perdagangan[JP]. Bila sesi petang bermula, maka bermula lah, sesi mencungkil bakat masing-masing. Aku pergi taklimat tu dy banyak cakap pasal incident yang berlaku dekat tempat keje. Tangan masuk mesin lah. Besi cucuk badan lah. Arghh !! Taknak cakap pasal tu. Semua tu sem 2 dah tawu sebab pernah pergi CIDB dekat Cheras. *ceh, berlagak pulak aku ney.

Bila nak habis tu takyah tanye lah. Time-time nak habis taklimat, ada tiga muka yang student suka tengok. First, muka jam. Second, muka penceramah. And the last one, muka pintu. HAHAHA. Dah biase dah semua tu. Dalam masa yang same, bakat masing-masing ade je. Sampaikan penceramah tu tegur, “student poli ney semua kreatif-kreatif”. Sebelum bersurai, penceramah tu bagi tengok video kartun dekat site. Rasenye macam dah habis cite. Last but not least, let’s enjoy with this pictures :D

# Selamat Pagi Malaysia #

# Hasil nukiran pada sesi pagi #

# Siapakah jejaka idaman malaya ? Hasil kerja koko #

# Komik karya yaNnaSamad #

# Model yaNnaSamad dengan pelbagai gaya hijab #
# Dari kiri : Soleha, aku, Fatihah, Nurikhna & Sakinah@koko #

# Jabatan Perdagangan #

# Posing ikut arahan director : yaNnaSamad #

# Posing bersama-sama pereka gaya hijab. Dua dari kanan. #

# Sebelum masuk ke dewan kuliah sesi petang. #

# Sesi petang bermula #

# Kreatif tak ? Guy tu nama dy Izham #

# Hasil karya Soleha #

# Karya aku sepanjang kuliah #

# Hasil kerja Soleha & yaNnaSamad #
Nazirul : pengarang jantung saya ♥ 
Nadhir : my bff
Izham, Wan, Haidar : classmate

# Jom balik ! #

Thanks for reading my blog. See you later.
Assalamualaikum.

Monday, October 8, 2012

First Date


ASSALAMUALAIKUM

Hye you guys, Tengah syok meng-update blog. Kalau boleh nak je buat banyak2 entri. Tapi tak larat. Hihihi. Nak cite apa lagi erk ? Tibe2 jadi blur pulak. Haa, aku dah tawu nak cite dari mana. Story aku ney time September, sekarang dah Oktober. Alah baru seminggu bulan Oktober, bukan lambat sangat pon. Peduli ape aku, blog aku, cerita aku, suka hati aku lah:D Let’s start story.

Dalam hati ney, excited giler tapi tak tawu nak story dari mana. Aku cite dari mula lah . 28hb Sept , my first anniversary with Mr.N >,< So, ktorang decide 29hb Sept pergi kL. Takut tu ade jugak. Firstly takut sebab aku buat jahat lagi. Time sem 2 pergi kL dengan member kantoi. Sape2 yang rajin terjah blog aku ney, aku pernah letak entri aku kantoi tu. Enough ! Malas nak ingat balik. Continue our story.

Dah decide nak pergi kL, decide pakai baju warna ape pulak. Aku pilih MERAH ! I love red. Ktorang keluar awal jugak lah. Ktorang pergi kL by train. Naik train senang sikit. Keluar kali ney, FIRST DATE ktorang. Even couple dah setahun, biase keluar mesti berteman. Kalau takde teman, tak keluar lah. Dah sampai Rawang, tak decide lagi nak pergi mana. On the way pergi kL Sentral, baru decide nak pergi Times Square.

:: Sayang awak ::

Sampai sana jalan2, then cari lah ape yang patut. Baru sampai energy full lagi. So, boleh jalan puas2. Biasa perempuan yang cerewet. Bile lelaki cerewet, macam janggal sikit lah. Pengalaman aku shopping dengan Mr.N, sangat mencabar kesabaran aku. Pada mata aku dah cantik, tapi dy tak. Tapi yang PALING mencabar kesabaran aku time cari baju mr.N, aku dah berkenan dengan satu baju ney. Tapi takde saiz pulak. Next shop, aku pilih banyak baju prepare kalau2 takde saiz. Tengok2 sume baju tu takde saiz Mr.N. Time tu dah lah frust + penat + lapar pulak tu. Aku taknak pergi makan selagi tak jumpa baju Mr.N. Aku masuk satu kedai ney, mood nak cari baju tu dah takde sangat dah.Kepala still ingat design baju yang first aku berkenan. Baju tu bagi aku, simple+nice. Cantiklah di mata aku. Tengah2 car, nampak satu baju ney design ala-ala baju yang aku berkenan first tadi. Cepat-cepat grab, see.. Baju design same. Cepat-cepat tengok saiz. Then suruh Mr.N masuk fitting room. Alhamdulillah, ade jugak bajunye.Baju dah dapat, time refill energy. First date, refill energy dekat McD sebab tu yang paling senang.

:: Lunch kami ::

Energy dah full. Mr.N nak survey phone. Mr.N ney aku rase dy memang nak beli phone, tapi taknak mengaku. Bila aku suruh beli, alas an mesti nak beli same dengan aku. To Mr.N : Awak , kalau nak beli phone, awak belilah dulu. Nanti saya beli kemudian :*) Dah puas survey phone, cuci mata dengan window shopping, Mr.N ajak aku masuk kedai accessories. Dy suruh aku pilih nak accessories yang aku nak. Semua kedai accessories dy ajak masuk. Last kedai aku pilih lah jugak bracelet dengan necklace . Bracelet Mr.N yang pilihkan. Thanks dear ♥♥♥ Waa .. T_T Kaki dah cramp. Serius tak larat nak jalan. Mr.N ney tak puas nak shopping lagi. Dy bukan shopping barang dy. Tapi shopping barang aku. Barang dy, semua yang aku ajak cari semua tak berkenan. Mr.N nak belikan aku beg pulak. Aku suruh dy pilih sebab aku tengok semua daah tak cantik. Mane taknye, dah penat sangat. Finally, tak beli pon sebab aku dah letih. Bile beli je mane-mane bagg, nanti aku tak pakai pulak. Tu pon Mr.N tak puas shopping sebab beg dengan kasut aku tak beli. Okay time to back. On the way nak balik singgah beli crepe. Dulu first time aku beli crepe dekat Billion, Manjung. Nak makan crepe pon tak larat. Punya lah letih giler.

:: Kesian awak kena pilih beg untuk saya ::

:: Mr.N suka crepe 2U ::

Sampai rumah, hanya Tuhan je tawu. Beratnye mata ney. Malam tu, aku tido awal lah jugak dari hari biasa. Mr.N call pon aku tertido. Hee. Okaylah dah tak larat nak taip dah. That’s all my first date. See you later :D 

:: Thanks for maxi dress and bracelet ::

:: Baju pilihan saya ::

# Setiap hubungan ada suka & duka. Yang penting mesti ada keikhlasan, kejujuran, kesetiaan & kepercayaan. #



Anniversary With Mr.N


Assalamualaikum :D

Hye readers, lame tak update En. Blog *ayat klishe. Maklumlah student’s Civil memanjang ada assignment, kuiz,test, presentation. Tak macam student’s mechi, business, electric relax je dorang. Life dorang enjoy je tak macam student’s civil . Sebelum aku makin merapu lagi panjang, baik aku bagitawu PURPOSE entri aku ney. Purpose kau ! Biasalah baru lepas present pasal water & wastewater.

Back to normal :D Welcome October, bubye September. Even dah October , aku still nak story pasal SEPTEMBER. Caps lock lagi tu. Bile dah caps lock, that’s mean SEPTEMBER very important. Last week, 28 September 2012 [Jumaat] genap setahun aku dengan Mr.N.  Haa ? O_o  Baru setahun ? Aku rase macam dah lame. Hihihihi. Disebabkan first anniversary, aku pon bagilah hadiah. Hadiah aku takdelah branded tapi kreatif. Heee *masuk bakul angkat sendiri kan ? Sape lagi nak angkat kalau bukan aku sendiri. HAHAHA.



Okay ! okay ! Cerita pasal hadiah. Aku dah planning dari sem 4 lagi. Time tu Mr. N tengah praktikal. Persediaan awal kot aku buat. Sebab aku tawu sem ney confrim2 aku busy dengan final project, assignment, report sume bagai. Take time jugak lah nak buat something kreatif. Then, nak cari idea lagi. Korang nak tawu tak ape yang kreatif sangat hadiah tu ? Kalau taknak tawu takpe, tapi aku still nak gtaw sebab ney blog aku. Aku buat ORIGAMI BINTANG. Mesti  ada yang dah biasa dengan origami bintang ney. *Ape ? Tak kreatif ? Suka hati akulah nak cakap kreatif .


Serius, penat giler menghadap bintang2 ney. Tapi nak bagi orang yang kita sayang kan, sanggup buat ape je. Sampai gig aku pecah buat bintang ney. Pelik tak buat bintang sampai gigi pecah ? memanglah bintang tu buat dari kertas. Punca gigi pecah sebab aku gigit jarum yang ada benang. Jarum yang ade benang tu, aku cucuk dekat bintang, then tarik. Ade yang senang nak tarik. Ada yang susah. Sebab tu guna gigi.





:: Label untuk senangkan awak cari+baca nanti ::



Aku tak tawu bape biji bintang yang aku dah buat. Tapi nampat banyak sangat sebab nak muntah bile tengok bintang. Kalau bagi hadiah dekat perempuan okaylah. Ney bagi dekat lelaki macam pelik sikit. Hah, Peduli ape aku ! Aku sukakan kelainan. Bintang tu Mr. N ken abaca tulisan yang ada dekat bintang every 28hb. Awak, 28hb taw bukan 29hb. Lagi satu,saya dah labelkan dah untuk senangkan awak . Okaylah dah penat menaip.





p/s : Sorry gambar tak berkualiti sangat sebab guna camera phone je


Friday, September 7, 2012

4S


Assalamualaikum :D

Serius dah lame giler tak update En. Blog . Biasalah , dah semester 5 ney makin lama makin busy. Title entry ‘4S’ ? Ada cerita disebalik title tu. Tapi bukan nak cite pasal Iphone 4S taw. Bukan Iphone je ada 4S, aku pon ada :D  Kalau lah En. Blog ney hidup, aku nak nangis puas2 depan En. Blog.

 Aku nak bagitaw apa tu ‘4S’ . ‘4S’ tu maksud dy SURPRISE, SENTAP,SEDIH,SAKIT HATI. Hari ney 7 September hari Jumaat, Birthday Mr. N . Kononnya nak buat SURPRISE untuk birthday Mr.N maklumlah aku ney dah semester akhir dekat poli. Next semester tinggal nak pergi Latihan Industri je. Semester ne Tapi apa kan daya, kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. Dari SURPRISE tukar jadi SENTAP+SEDIH+SAKIT HATI.

Nak jadikan cerita semalam [3 Sept malam] , aku kena follow classmate aku pergi Hospital Slim River sebab nak bawak tablemate aku. Dy jatuh main roller blade. Ikut kan lepas Maghrib, aku dah janji dengan classmate [Seha] nak pergi beli kek. Time tu takde prepare pape langsung nak celebrate birthday Mr.N. Dah lah balik poli pukul 7p.m sebab ada taklimat Latihan Industri dengan aku puasa lagi. Semalam memang kelam kabut + letih. Balik dari hospital dah nak dekat pukul 10p.m. Lepas hantar tablemate balik rumah, baru lah aku gerak dengan Seha pergi kedai kek. Nasib baik kedai kek bukak lagi. Rupanya time sampai kedai kek tu, dorang tengah kemas nak closing.

 Sampai rumah dalam 11.15p.m. Aku ingatkan terus jela nak jumpa Mr. N, tapi dy lepak dengan housemate dy dekat kedai. Takpe la aku bagi lah dy lepak. Tengok2 Mr. N nak jumpa dalam 12.30a.m. Time tu nak marah pon ada. Tapi aku boleh sabar lagi. Janji pukul 12.30a.m , sampai depan rumah 1.00 a.m. Biasalah ‘janji melayu’ aku pon lebih kurang macam tu jugak :D Borak2 depan rumah, housemate bawak keluar kek yang aku beli tadi.  Aku nak bagi kek tu dekat Mr.N tapi dy makin jauh. Mybe takut kena baling dengan tepung. Dy cakap letak je kek tu atas moto dy. Seriously, time tu  aku automatic terus SENTAP. Kenapa nak letak atas motor ? Tak boleh ke aku nak pegang kek tu ? Aku letak kek tu atas boot kereta housemate. Masuk rumah memang tak boleh nak cakap pape dah. Air mata dengan hati je berfungsi time tu. Yang lain semua blur. Mr. N  nak jumpa tapi aku taknak. Bila jumpa nanti,  aku jugak yang SENTAP+SEDIH+SAKIT HATI. Aku pon tak tawu bila hati ney nak okay. Hurmm :'(


:: White Choc Macadamia :: 

:: Indulgence ::

See you later. Bye :’(


 

Template by BloggerCandy.com