Pages

Tuesday, July 16, 2013

Akhirnya Part I

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kita kembali untuk mengupdate blog yang telah bersawang. Ada volunteer tak nak clean up aku punye blog ni ? Aku rase macam nak tinggalkan je blog ni. Mana taknye, makin hari makin malas. Eh, macam buat hipotesis sains sekolah rendah. Pape pon aku nak start bercerita.
Kenapa title “Akhirnya” ? Sebabbb… Akhirnya aku berjaya tamatkan latihan industri dengan sempurna dari 13 Feb - 28hb Jun 2013.



28hb June aku last day dekat Ranhill Bersekutu. Time lunch hour macam biase ikut akak opis shopping. Eh eh silap silap. Akak opis shopping. Aku window shopping je. Hari Jumaat lunch hour lame sikit. Dan dan time hari Jumaat tu ade Fossil clearance dekat Menara Atlan. Aku follow je :) Lepas pergi Menara Atlan, pergi makan area dekat situ then pergi KLCC pulak. Tak jauh sangat dah dari Menara Atlan nak ke KLCC. Ktorang jalan kaki je. Excersice sikit. Dekat KLCC pon aku window shopping je. Akak akak opis aku ye dorang shopping. Maklumlah dapat bonus :p




:: Ni gambar akak akak opis aku. ::

Dari kanan : Kak Sara, Kak Normah, Kak Odah, aku, Kak Linda & Kak Su

Aku nak introduce sikit la pasal officemate aku. Ceewaah !!


Kak Normah Khalid @ NK

Akak ni aku dah anggap macam mak aku sendiri. Aku selalu lepak dekat tempat kak Normah ni. Boring duduk tempat sendiri, so jenjelan lah dekat tempat orang lain. Kak Normah ni banyak tolong aku sepanjang aku praktikal. Lagi satu, lupe nak bagitaw. Kak Normah ni pernah teman aku lepak dekat Cool Blog, Ampang Park. Terima kasih kak Normah :) Masa dekat Ranhill, aku selalu suruh kak Normah beli phone baru. Aku dah habis, baru dia beli. So, senang lah nak ber-whatsapp whatsapp.  Segala jasa akak amat saya hargai. Dan saya tak pernah lupe nama glamour akak NK :D

 Kak Sumanah

Kak Su ni pon aku anggap macam mak aku jugak. Kak Su ni rajin masak. Selalu lah aku nampak dia cari resepi dekat internet. Paling aku tak lupa kak su ni kaki novel. Banyak giler novel dia dah baca. Ada sekali tu, kak su mintak tolong aku susun ape mende ntah. Pastu aku request dekat kak su, suruh dia bercerita mase aku susun tu at least aku tak mengantuk. Sepanjang aku susun kertas kertas tu, bole dikatakan satu novel kak su dah cerita dekat aku. Kak su ni kalau baca novel sedih sedih, boleh buat dia nangis taw. Aku pon ada mase macam tu jugak. Feeling lebih sikit. HAHAHA. Kak Su pon ada nama glamour jugak. Saya ingat nama glamour kak Su tu, anak kak Normah pernah lukis :)

Kak Linda & kak Sara

Dua orang akak ni, engineer ibarat isi dengan kuku. Sahabat yang tak dapat dipisahkan. Hehehe. Memandai je aku ni. Dorang ni satu university. Classmate, housemate, tablemate sampai jadi officemate. Kak Linda ni orang Perak, kak Sara orang Kelantan. Aku pon tak tawu nak cite ape pasal akak dua orang ni. Sebab aku biasa biasa je.

Kak Odah

Haaa, kak Odah ni peneman aku berjalan dari LRT Kampung Baru sampai lah ke opis. Kalau berjalan berdua, takde lah rase jauh sangat. Kalau jalan sorang sorang, memang terasa lame sangat. Bukan aku je rase, kak Odah pon rasa mende yang sama. Sian kak Odah takde teman berjalan kaki. Nanti jalan elok elok taw :)

Kak Ida

Akak ni aku tak tawu nak cite apa. Just nak bagitaw, aku selalu tumpang kak Ida half way dari opis nak ke LRT Kampung Baru. Terima kasih tumpangkan saya :D

Itu sahaja untuk kali ini. Ini pon dah cukup panjang. See you again.


-------------------------------------------------------------Continue Part II--------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com