Pages

Tuesday, May 7, 2013

Full House Wangsa Walk

Assalamualaikum semua yang sudi terjah blog aku. *macam ada je orang terjah.perasan sekejap.

Jam menunjukkan 11.49a.m ini bermakna, aku tengah keje. Tapi keje aku meng’update blog. Heee :) Sejuknye lah dalam opis ni. Dengan ber’sweater nye bagai. Tak payah nak naik genting. Dekat opis lagi sejuk. Hari aku pergi keje bawak laptop sebab nak buat report. Aku ni menyelam sambil minum air. Alang-alang dah bawak laptop, pantang free nak draft blog. Tu hobi aku dekat opis. Sebenarnya aku nak story-mory pasal last week. Last week, aku not in mood nak update blog. Hari ni baru la ada sikit mood tu.

Every Friday, aku balik rumah. W A J I B. Tak sah kalau tak balik. Tapi last week, aku dari opis terus pergi Wangsa Walk. Naik lrt Putra je. Aku memang tak tawu jalan sangat. Makcik aku suruh drop dekat Sri Rampai. Okay, aku pon follow je. Sampai sane memang aku jadi kutu mati. Tak tawu nak pergi mane. Orang cakap malu bertanya sesat jalan. Tapi aku tak bertanya, aku cari jalan sendiri. Lastly, aku sampai jugak dekat Wangsa Walk Mall.

Makcik aku pulak suruh aku jalan-jalan dekat mall dulu. Dia nak pergi amek anak dia dekat rumah pengasuh. Eh, lupa nak gtaw. Aku pergi Wangsa Walk sebab ada makan-makan dengan family belah ayah. Tak semua dapat datang. 5 falimy je yang datang. Sementara aku tunggu diorang yang tak sampai lagi tu, aku pon bawa diri sorang-sorang. Dah tak tawu jalan, tapi aku redah je. Alhamdulillah tak sesat. Dah penat berjalan, terpaksa la duduk, pastu tunggu lah diorang. Lama jugak lah aku tunggu. Makcik aku dah sampai, ktorang jalan-jalan. Pergi makan ice cream baru. Ala-ala baskin robbin gitu. Name kedai dia The Crean & Fudge Factory. Makcik sponser bole lah. Kalau sendiri, pikir banyak kali. Bagi aku expensive la. Kalau tak silap, lagi mahal dari Baskin Roobin. Tengah lepak-lepak dekat kedai ice cream, kedai makcik aku booked tu call. Diaorang risau tak jadi. Aku dengan makcik pon gerak lah pergi kedai tu. Makcik dengan pakcik belanja makan dekat Full 
House sempena birthday pakcik aku.





Tak lame lepas tu, baru lah adik beradik ayah sampai. Ayah paling last sampai sebab tersesat. Maklum lah tak biasa sangat jalan kL ni. Ma cakap dah lalu dekat Wangsa Walk Mall tapi salah simpang. Nak buat macam mane. Asalkan semua sampai. Bile dah ramai, nak order pon lame lah. Menu dekat situ semua western. Sampai tak tawu nak order ape. Khatam , khatam dah menu dekat situ. Aku order chicken chop sauce blackpaper dengan air ape mende ntah namenye. Tapi sedap la. Sesi bergambar sentiasa ada. Dari sampai, tengah makan, lepas makan. Haaa, semuanye giler lensa. Sebab tu time makcik kawen, photographer sampai tiga orang.
























Ktorang tengah borak-borak, ade staf tu datang bagi bil dekat ayah. Sebab nak closing dah. Terkejut ayah. Tu la pakai smart-smart lagi. Pakcik aku yang nak bayar ni, pakai sempoi giler tapi dalam poket sape tawu. HAHAHA. Kedai nak tutup dah, yang ktorang ni tak reti-reti nak balik. Sekali sekala keluar makan macam ni, best jugak. Aku sampai batang kali nak dekat pukul 1 kot. Sampai rumah, mandi dah zZzZzzzzzz ~~
Thanks for reading :D


#Entry ni draft 25 April. Tapi baru sekarang nak publish. Hee


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com