Pages

Wednesday, May 8, 2013

P R U 1 3


Assalamualaikum ^__^



Haa, sekarang ni semua tengah sibuk dengan PRU13. Masing-masing tunjuk handal bile parti pilihan dorang tak menang. Semua nak cakap pasal politik boleh, tapi berpada-pada la sikit. Tak payah nak OVER sangat nak berpolitik. Dengan PRU13 jugak lah aku deactive fb aku just for awhile. Sekarang mungkin terlalu PANAS lagi pasal PRU. Bile dah senyap pasal PRU13 mungkin aku active balik.

Malam keputusan PRU13, aku update status fb setelah berbulan-bulan tak update status. Status aku tak menyebelah mana-mana parti langsung. Dan status aku umum. Dan aku buat status, ada jugak yang kena unfriend bile cakap pasal status. Mungkin bole buat gurau. Hanya status. Tapi aku sorang MAMAT ni, Terlampau taksub dengan politik. Pastu senang-senang nak cakap orang BODOH. Kau tu pandai sangat ke ? Sebelum cakap. Cermin sikit lah diri tu. Tak pasal-pasal kan dah kena unfriend.

Datang lagi sorang MAMAT ni. Jadi penceramah bebas dekat wall aku. Cakap dekat aku ‘Tahniah anda telah putuskan hubungan persahabatan anda. Tiga hari tak bertegur berdosa. Bla bla bla.’ Serupa je, kalau setakat friend dekat fb tapi tak pernah bertegur. Bile pasal politik gelabah nak tegur. Nak tunjuk kau bagus.

MAMAT yang bagi ceramah bebas dekat aku ni, kalau bagus aku boleh terima. Dia ni photographer, ada je amek gambar perempuan seksi. Macam tu nak bagi aku ceramah ? Aku tak bole la nak respect kau. Aku dapat rasakan dua orang MAMAT ni  penyokong pembangkang.

Keputusan PRU13 dah keluar. Terima jela apa yang menang. Menang kalah adatlah. Pembangkang ke kerajaan ke sama je. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Kita teruskan perjuangan untuk masa depan kita.

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com