Pages

Tuesday, May 14, 2013

Second Date

Assalamualaikum.

Mood datang dengan baik. Jom update Encik Blog. ‘Second date’ ? Ni cite 4th May 2013. Korang tawu tarikh ni ada event apa ? Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 26th April – 4th May 2013. Sepatutnya sampai 5th May tapi orang nak mengundi kan. Honestly, aku tak pernah pon pergi pesta buku ni. Mulanye akak Mr. N ajak aku teman dia  3rd May. Tapi aku keje. Kalau 4th May, insya Allah aku bole temankan. Lastly, confirm pergi PWTC 4th May. Kalau akak Mr.N pergi, confrim2 lah Mr.N pon pegi.



Planning asalnya, Mr.N suruh aku pergi Tanjung Malim dulu. Pastu gerak sekali. Kakak Mr.N, adik dia dgn kawan kakak Mr.N naik bas dari Taiping sampai Tanjung Malim. Aku okay je sebab takde lah jauh sangat nak ke Tanjung Malim. Pagi sebelum gerak Mr.n call gtaw kakak dia naik ETS dari Ipoh sampai Rawang. Tapi aku stay gerak pergi Tanjung dulu. Kesian pulak dekat buah hati gerak sorang2. Ngeh3x.


Kesian jugak dekat kakak Mr.N sebab tunggu ktorang dekat Rawang. Time nak g PWTC pon, I as tour guide again and again ! Padahal, aku pon tak pernah pergi PWTC taw. Aku pon gunalah konsep ikut je orang ramai pergi. Lagi2 time pesta buku ni kan. Confrim2 ramai pergi PWTC. Macam aku nak pergi Masjid India pon aku tak tawu jalan kalau turun dekat Bank Negara. Kalau naik lrt Putra, aku tawu lah. Sampai je dekat stesen Putra, Masya Allah ! Ramai giler orang. Ktorang ni baru sampai. Dah ada orang yang beratur panjang nak beli tiket balik. Pukul bape lah dorang pergi PWTC ni.

Dah nak sampai, kena naik tangga pulak. Orang dekat tangga, punye lah ramai. Macam semut bergerumun dekat gula. Naik tangga pon macam siput, slow giler. Sampai dalam PWTC, aku tak tawu lah hall no brape. Aku pon amek lah map dekat kaunter. Aku tawu pasal map tu sebab adik aku pergi PWTC hari Jumaat. Kakak Mr.N ni giler novel. Tempat first dia pergi Kaki Novel. Dalam kepala aku nak beli buku question past year UPSR. Yang lain tak terpikir lagi. Dorang sibuk dekat Kaki Novel, aku pergi tempat lain. Last2 dorang ntah ke mane, aku ntah ke mane. Call Mr.N, tak pasal2 dapat ceramah. Aku rase aku dah gtaw aku nak pegi mane. Dah jumpa Mr.N kena membebel lagi -__-


Lastly, aku jalan berdua je dengan Mr.N. Kakak, adik dgn kawan kakak Mr.N ni ntah ke mana. Dah penat berjalan, perut kosong lagi ni. Kesian Mr.N mengadu lapar. Lepas solat Zohor aku suruh dia teman aku pergi cari novel dulu. Banyak jugak lah novel aku beli. Dari tak tawu nak beli apa. Lepas tu aku pergi cari buku untuk adik lelaki aku. Dia nak pasal Peperangan Islam. Susahnya nak cari. Bila aku call tanye, bukan nak cakap. Last sekali, aku beli buku pasal Rasulullah.




:: Ni novel kakak Mr.N ::

Jam dah pukul bape ntah time tu, kaki aku pon dah tak larat nak berjalan. Aku ajak lah Mr.N pergi makan. Dah settle makan, tunggu lah kakak Mr.N dekat luar. Letih + mengantuk, semua ada. Dah jumpa, dah bergambar sume bagai. Aku gerak balik dengan Mr.N je. Kakak Mr.N ada nak jumpa member dia.



:: With Mr.N siblings ::

Aku drop dekat Rawang je sebab family aku pergi Rawang. Mr.N sampai Tanjung lah. Kesian buah hati balik sorang2. Nak buat macam mane. Insya Allah ada rezeki, boleh jumpa lagi. Mr.N cakap pergi PWTC ni ‘second date’ sebab yang nak keluar 1st May tu postpone. That’s why lah title entry ni ‘Second Date’.


# Abaikan muka yang bulat -_-


Okaylah, see you another entry. Bubye.
Assalamualaikum ^__^

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com