Assalamualaikum
peeps !
Nak
masuk sebulan dah aku postpone entry ni. Sejak jadi pengganggur tegar ni, malas
makin membuak-buak. Let’s start my story.
Aku
tak ingat bape hari bulan ntah dapat surat konvo. Sebelum tu dah tawu bile
konvo sebab senior suruh check name. Dekat facebook, twitter, instagram sume
student PSAS sibuk upload gambar surat konvo. Excited wey ! Tiga tahun perah
otak nak dapatkan diploma. Dah dapat kad jemputan konvo, kena isi form soal
selidik GEMS.
Ni
jadual konvo.
Raptai hari selasa, konvo jabatan aku hari
khamis pagi. Alhamdulillah housemates dapat konvo sekali. So, kiteorg decide
nak datang Behrang awal sehari. Kiteorg booked resthouse awal sebulan kot.
Takut homestay penuh. Selain housemates aku duduk homestay, bff aku pon join sekali.
Sume gerak 16hb just mase lain lain. Aku orang paling lambat gerak. Aku ni dari
sem 1 sampai dah habis belajar nak pergi poli kalau ada pape event, memang aku
paling last. Bole dikatakan jugak lah dekat dengan rumah. Kalau naik kete dalam
45 minit. Kalau naik tren dalam 20 minit je kalau tak silap.
Sakinah
dengan Seha gerak sekali naik kete. Sakinah dari Manjung, Seha dari Lumut. Ena
dengan Teha gerak sekali naik tren. Ena dari Shah Alam, Teha dari Klang Lama.
Tren Ena dengan Teha sampai dulu. Aku naik tren dari Batang Kali jam 6.30
petang. Aku baru naik tren, Teha dengan Ena dah sampai Tanjung Malim. Aku gerak
lambat sebab sampai Tanjung Malim nanti Cik Abang a.ka Mr.N cakap nak amek.
Teha dengan Ena, Sakinah amek.
Bila
aku dah sampai Tanjung Malim, call lah Cik Abang ni gtaw dah sampai. Sekali dia
cakap dia tak sampai lagi. Cik Abang ni gerak dari Taiping. Dia jammed dekat
mane ntah. Yang pasti tak sampai Ipoh lagi. Geram betul aku ! Kalau tawu, aku
gerak dengan Teha & Ena. Mase tu hangin aku memang tak terkate lah kan.
Terus call Seha. Nasib baik dorang makan dekat area Tanjung Malim. Kalau dorang
dah sampai Slim River, tak ke menyusahkan orang.
Lepas
makan baru pergi check in bilik dekat resthouse Slim River. Sepatutnya ktorg
ade 6 orang tapi yang pergi check in 5 orang je. Anim takde sebab dia kena
daftar dekat UTHM. Btw congrats !
Okaylah
bilik dia. Settle keluarkan beg dari kete. Rehat jap + solat maghrib. Lepas
maghrib baru keluar. Nak pergi print pengesahan graduan KPT. Ena tak buat lagi,
aku tak print lagi. Yang lain dah siap print. Sementara tunggu Ena, aku call
lah Cik Abang tnye dah sampai ke belum. Tak lame tu Cik Abang amek aku dekat
cc.
Dah
keluar dengan Cik Abang, malam tu tak boleh tido pulak. Biasalah beralih tempat
tido kan. Bole pulak aku dengan Sakinah layan movie The Conjuring dalam gelap gelita. Seramm lah
jugakkk. Dalam pukul 4 kalau tak silap, baru lah ktorang tido.
p/s : Dah lame sangat draft entry ni. Akhirnya publish jugak :)
To be continue Konvo Part II
salam.. singgah sini. tahniah dh konvo.. soal selidik tu mmg byk nk kena jawab kan :)
ReplyDelete