Pages

Saturday, December 29, 2012

FINAL PROJECT PART IV

Assalamualaikum :D

Part IV pulak. Kali ney presentation final project peringkat poli pulak. Means present + bertanding dengan jabatan lain. Kalau dekat U, fakulti. Dekat poli, panggil jabatan. Untuk Jabatan Kejuruteraan Awam [JKA] ade empat course. Diploma Kejuruteraan Awam [DKA] ade dua kategori. Satu kod baru, satu kod lama. Takde banyak beza pon. Kod lama belajar guna Bahasa Melayu, kod baru guna Bahasa Inggeris. Lagi dua course Diploma Perkhidmatan Bangunan [DPB] dengan Diploma Ukur Bahan [DUB]. Ikutkan setiap jabatan hantar dua je group untuk bertanding. Tapi JKa dapat peluang hantar tiga group. Course DKA [kod lama], DUB dengan DPB ney kira senior ktorang. Ktorang batch kod baru + super senior. HAHAHA. Lecturer kena buat keputusan nak hantar group mana. Lastly, lecturer pilih DKA [kod baru], DKA [ kod baru] dan DPB yang dapat 1st prize dalam JKA.

Time tu aku memang taknak kena present sebab nanti letih. Macam macam mende kena prepare lagi. Dah lah hari yang sama ada tiga test. Tak pasal2 kena tangguh hari lain. Dah la time nak dekat exam. Sebelum present, macam biase lah kena cari balik barang2 present hari tu. Lepas tu study sikit untuk present. Penyelia projek suruh datang poli awal dalam 7.30 a.m.

Memang 7.30 a.m pagi, ktorang dah sampai poli. Dalam dewan takyah cakap memang takde orang. Biasala janji Melayu. Dalam 8 lebih baru pendaftaran bukak. Pendaftaran nak sign + no ic untuk dapatkan sijil. Dalam pukul 9 a.m baru start present. Sebelum present tu, memang nervouslah. Tengah present nervous pon hilang. Kalau tak silap masa untuk present 15 minit + 5 minit sesi soal jawab. Present sekejap je. Tapi duduk dalam dewan tu punyelah lame. Nasib baik ade aircond. Sejuk sikit.










Dalam dewan bukan student je present, lecturer pon ada present. Bila dah habis present, ape lagi bergambar je keje ktorang. Kalau ade junior + senior datang dekat booth, explain je. Rase nak muntah taw bile explain banyak kali.












Program bersurai pukul 5 p.m, dalam pukul 3 lebih majlis penyampaian hadiah dengan ucapan dari panel. Tanpa disangka dan diduga,  group aku dapat no 2. No 3 senior yang aku rapat dengan aku. No 1 budak meki. Dapat no 2 pon Alhamdulillah. Tak mungkin dapat no satu sebab produk JKA suma mati. Fungsi dia tak nampak dengan mata kasar, tapi nampak dengan mati hati. Ceewaaahhh !!! Hahahaha .. Tapi memang kenyatan, student civil belajar mende yang tak nampak dengan mata kasar. Hebat kan ktorang ? Opss .. sorry yang bukan student civil. Kalau Jabatan kejuruteraan Mekanikal [JKM], produk dorang hidup means boleh bergerak macam enjin. That’s all about final project. See you later J Enjoy with the picture.





p/s : sorry gambar ada yang tak clear

--------------------------------------------------THE END------------------------------------------

FINAL PROJECT PART III


Assalamualaikum ..

Haa .. Let’s continue ! Saje je buat suspen. Suspen tak ? Suspen tak ? Alaaa.. Tolonglah suspen. Penat taw buat cerita ney. Dah2 jom sambung.

-------------------------------------------------------Continue----------------------------------------------------

Lecturer call member yang stay dekat kelas dengan aku. Have a good news !! Mesti dah tawu kan kan ? Haa ...

We are the winner !!

Tapi kan, time tu aku tak tawu happy ke tak ? Sebab ? Nanti aku cite lain. Insyaallah kalau ade mase nak mengupdate Encik Blog ney. Dah tawu menang, diam jela. Keputusan rasmi hari Jumaat time Majlis Santai JKA. Entry kali ney ade dua cerita. 2 in 1. First thing pasal menang final project. Second thing, Majlis Santai JKA.



Majlis Santai JKa ney, berjulung-julung kali buat taw. Tak pernah JKA baik hati sangat nak buat majlis untuk student. Not bad jugak lah majlis ney. Pembukaan majlis ade persembahan tarian budak budak tadika kemas. Majoriti sume anak lecturer. Comel giler dorang. Biasalah kalau majlis mesti tak sah kan kalau takde orang bagi ucapan panjang berjela. Hihihi. Time majlis tu ade pertandingan lecturer terbaik, persembahan lakonan Ali Baba dari student Diploma Perkhidmatan Bangunan Sem5. Macam sekolah pulak ada berlakon-lakon ney. Tak lupa jugak ade cabutan bertuah. Aktiviti yang dinanti-nantikan, penyampaian hadiah untuk projek akhir.


 ♪ Persembahan adik adik comel


♪ Lecturer terbaik pilihan DKA5B En. Zulkurnain


♪ Lakonan Ali Baba




♪ Trofi


Entry ini aku rase tak best sangat. Sebab no more idea. Let’s enjoy with picture :D


♪ Seha + Yana + tablemate




♪ Let’s to eat



♪ With mek kelate Nur Amalina Sabri


♪ Pemenang pemenang


♪ Akak senior Nurul Farzana [kak zana]


♪ With penyelia projek



p/s : Sorry ada gambar yang goyang + tak clear



-------------------------------------------------------Continue Part IV----------------------------------------------------

FINAL PROJECT PART II


Assalamualaikum.

Final project Part II. Hari yang dinanti-nantikan student sem5 dan sem6 JKA telah muncul. Tanggal 1 November 2012, adalah tarikh hari pembentangan projek akhir. Ayat skema pulak. Ngee .. bosan.  HAHAHA.. 75 group ney kena present dengan panel yang dah ditetapkan. Pergi poli macam biase. Then kne angkut barang projek.

Awal pagi tu, sume sibuk decorate tempat masing masing. Siap decorate tunggu panel. Panel untuk projek akhir JKA, sume panel jemputan. Ada 13 orang panel, enam orang engineer + dua supplier + dua doktor falsafah + dua orang arkitek + sorang cikgu. Sementara tunggu panel, aku sibuk ingat apa yang aku kena explain. Time tu meman butterfly in my stomach. Giler lah. Makan pon takde selera. Asyik pergi toilet je. Dalam pukul 10 a.m, ade sorang panel masuk kelas. Tapi bukan datang dekat group aku, dy pergi dekat group lain. Time tu nervous lagi lah makin menjadi-jadi. Sampai turn group aku. Alhamdulillah present selesai dengan baik. Panel tu dari Sekolah Menengah Teknik [SMT] Slim River.



è Nervous + baca point2 yang penting


Beberapa minit lepas present dengan panel kedua. Panel kedua ney dia menilai bahagian sosial komunikasi. Nervous tu takyah cakap lah. Memang tak hilang lagi. Time present, panel tu senyum je. Habis present, dia cakap dia suka cara presentation kitorang. Alhamdulillah. Panel ney doktor falsafah.



è Group final project


Lepas panel2 datang, member2 + junior2 + senior2 datang tanye pasal projek. Nak taknak, kena cakap jugak lah. Tekak ney dah sakit sangat sebab banyak cakap. Air mineral pon empat botol dah habis. Dahl ah kena berdiri. Lenguh giler kaki. Time panel tak datang, time tulah sempat pergi tengok projek orang lain. Sambil2 tu tangkap gambar.



è Ney Syawal punye keje. Belum ready nak snap gambar lagi.



è With bff Nor Soleha binti Nor Azaman. Already taken :D




è Ena + D’nie + Seha



è With housemate



è Explaination dekat member2 yang datang



è Aku suka projek ney sebab aku suka pokok2 yang kecil + kereta kecik


Lepas Zohor, sume student muka dah layu je sebab penat. Muka panel + lecturer pon tak muncul2. Tak lama lepas tu, baru Nampak muka lecturer. Semua panel tengah meeting untuk selection lima group terbaik. Tanpa diduga, group aku salah satu group yan terpilih. Alhamdulillah. Tak sangka pulak terpilih. Bila dah tawu, just get ready untuk present lagi.

Waaaa... kena serbu dengan panel. Ramai giler !!! Jantung time tu dah jatuh sampai perut. First present ikut turn macam present awal pagi tadi. Masuk je orang ketiga present, panel dah tanye macam macam. Padahal presen tak habis lagi. Lastly, kitaorang berpecah nak explain dekat panel.

Program bersurai dalam pukul 5p.m. Time tu letih giler giler. Dah kena present, kena kemas kelas pulak. Adoii.. Hujan pulak tu. Nak angkat barang2 present confirm confirm basah. Time tunggu groupmate pergi amek kete, penyelia call member.

è Ney gambar final project Diploma Perkhidmatan Bangunan. Sempat ambik gambar dorang sebab dorang present sehari selepas Diploma Kejuruteraan Awam.



è Projek : Pembuka lampu pendaflour
è Pencapaian : 2nd prize



è Projek : pintu apa ntah *sorry ajim lupe
è Pencapaian : 3rd prize



--------------------------------------------------Continue Part III------------------------------------------
 

Template by BloggerCandy.com