Assalamualaikum
everyone.
Let’s
continue my story. Entry sebelum ni pasal K E R J A. So, entry ni pasal S T U D
Y pulak. Mood nak menaip tengah ada, tu pasal boleh update second entry. Mata
pon tak boleh tidur lagi. Mana taknya, tadi sambil tengok cerita Coffee Prince
pekena secawan LA coffee. Ntah pukul bape lah aku tidur kejap lagi. Esok kerja
pulak tu. Jangan ke laut sudah. Sorry terlari topik pulak.
Tahniah
untuk kengkawan yang dapat sambung study full time. Sekarang ni pon, yang full time
majoriti dah grad dah pon. Tahniah lagi sekali. So, untuk yang takde rezeki
sambung full time, mungkin ada rezeki lain. Salah sorang yang tak dapat study
full time tu aku lah. Nak buat macam mane, rezeki masing masing. Sedih jugak
lah sebenarnya bila tak dapat study full time. Altenatif lain buat pjj [Pengajian
Jarak Jauh]. Masa tu sorang housemate aku dah start buat pjj. Time tu belum
setahun lagi kerja dekat Perodua. Dalam pertengahan 2014, aku dah start survey
tempat yang buat pjj dengan course dia. Ayah aku pon selalu tanya, jadi ke tak
nak buat pjj. Lama jugak aku nak buat keputusan. Mana taknya, aku fikir mampu
ke nak buat assignment. Balik kerja dah la penat. Bukan penat buat kerja dekat
office. Tapi penat menghadap traffic jammed. Pergi kerja, balik kerja, traffic
jammed tak dapat dipisahkan. Dah fikir pasal pjj, nak amek course apa nak amek.
Yang paling penting kena fikir kewangan. Kena buat kira-kira jugak tu, kang
tengah tengah buat pjj tiba tiba tak boleh bayar. Tak kan nak berhenti, mesti sayang.
Aku
nak bagitahu apa yang aku survey masa nak pilih tempat buat pjj. Firstly, aku
tengok course apa yang ditawarkan. Bila dah ada list, boleh lah tengok course
apa yang kita nak. Masa tu boleh lah fikir arah tuju korang ke mana. Second
things, aku tengok fees dia. Satu sem bape ringgit. Dengan total fees untuk
complete kan study. Yang aku survey Uitm, UTM Space dengan Open University. Aku
ada lah ipta yang boleh buat pjj. Dulu ada beberapa ipta yang buat pjj untuk Degree,
tapi sekarang majoriti dorang buat untuk Master je. Ni based on apa yang aku
survey lah. Third, aku tengok jadual kelas. Macam Uitm ada dua kategori pjj.
Aku tak ingat nama spesifik dia. First kategori, kelas Sabtu dan Ahad. Lagi
satu, kelas Isnin sampai Jumaat waktu malam. Untuk kelas Sabtu Ahad ni, banyak untuk
course business administration. Kelas Isnin sampai Jumaat tu, untuk course
engineering. Contoh project management, contruction management. Course yang
lain tak ingat. UTM Space pulak kelas dia Sabtu dan Ahad. Sabtu kelas start
pukul 2 petang sampai malam. Ahad pulak kelas dari pagi sampai malam. Pastu
kalau ada subjek yang kena buat amali, kena pergi UTM Skudai. Last one, Open
University Malaysia (OUM). Oum ni flexible. Untuk semester pertama, oum akan
tetapkan kelas dan kelas hari Sabtu. Next semester dan seterusnya, kelas hari
Ahad, jadual kelas student yang tetapkan.
Setelah
beberapa bulan aku buat survey dan fikir fikir dan terus berfikir, aku buat
keputusan aku pilih Oum. Sebab apa ? Sebab utama pilih Oum jadual dia flexible.
Macam aku kerja Isnin sampai Sabtu. Kalau Sabtu aku pergi kelas, confirm la
kena tolak annual leave. Aku masa tu baru lagi kerja. Nak guna annual leave
sepanjang pjj memang tak cukup. Lain la kalau dah kerja lama, annual leave pon
banyak. Untuk semester pertama boleh lagi lah nak cover dengan annual leave. Next
semester, kelas hari Ahad. Ahad aku memang cuti. Boleh aku kumpul annual leave
pastu guna untuk pergi exam, siap assignment.
Masa
aku nak buat pjj, hampir tiap tiap hari google tips pengajian jarak jauh. Bukan
apa, masa tu level confident tak berapa tinggi sangat. Takut pon ada. Takut tak
mampu nak balancekan kerja dengan study. Bukan setakat google, aku mintak
pendapat orang lain. Macam macam lah aku baca. Benda yang banyak kali mention,
mental dengan pengurusan masa. Dua benda ni penting sangat sangat. Walaupun aku
dah beberapa tahun, pengurusan masa aku bukan lah tahap baik tapi tahap “boleh
lah”. Mental kena kuat. Serius tak tipu. Mental ibarat menguasai semua benda.
Kadang kadang mental aku tak stabil jugak. Tapi cuba untuk kuat. Dan fikir
balik kenapa buat pjj. Apa matlamat buat pjj. Sebab pjj ni kita sendiri yang
pilih. Macam aku, aku yang pilih. Bukan atas dasar paksaan atau tawaran. Mental
ni kena tegas, kuat. Kalau ada anasir anasir jahat yang berfikiran negatif
pasal pjj ni, abaikan je. Saja je nak
share pasal pjj ni. Pengalaman pjj next entry pulak ye.
Bye.