Pages

Tuesday, March 19, 2013

Kami Takkan Terpisah



Assalamualaikum :D

Mood owner blog masih dalam praktikal. Adoi ! Bila lah nak abis ni. Sekarang baru minggu keenam. Ada lagi empat belas minggu. Makkk aiiii . Harap harap kejap je masa berlalu. Back to title. “Kami Takkan Terpisah”. Dah macam iklan Digi pulak aku ni. Kalau iklan Digi, ‘Kami buddies, kami takkan terpisah’.  Tapi entry kali ni bukan pasal iklan Digi taw. Takde kaitan langsung dengan Digi.



“Kami Takkan Terpisah” ? Apa yang korang pikir ? Haaa.. Biar aku cerita. First thing yang aku tak bole berpisah. Apa lagi HANDPHONE ler. Handphone ni mana bole tinggal. Nanti susah nak contact orang. Nak call ma + ayah. Ceewaaah ! Poyo je aku ni. Padahal nanti susah nak contact Mr N :) Even phone aku tu tengah bermasalah, aku still bawak. Kalau tak bawak, aku nak pakai phone apa kan. Aku pernah lah tukar phone dengan Mr N, berat hati tu memang ada lah kan. Tapi kuatkan semangat. Hahaha. Poyosss ! Hari hari pesan dekat Mr N jaga phone tu elok elok. Nampak tak betapa sayangnye aku dekat phone.




Second thing also gadjet. My LAPTOP Acer. Aku dah pakai dari sem 3 [ Jun 2011]. Alhamdulillah aku jaga dengan rapi. Hahaha. Laptop aku ni tak bole jauh dengan aku. Balik kampung aku bawak, weekend aku balik umah pon aku bawak. Berat tu tak payah cakap la kan. Name pon tak bole berpisah, sanggup bawak berat berat tu. Dalam laptop aku ni macam macam ada. Kalau hilang semua dalam laptop ni, memang menangis lah jawabnye. Aku pernah bagi Mr N pinjam laptop. Dah bagi pinjam, kejap kejap mesej Tanya pasal laptop. Kesian Mr N, mesti rungsing dengan aku. Tapi dia tawu aku susah nak bagi orang pinjam barang barang yang aku sayang.




One more thing yang tak boleh berpisah dengan aku. CAMERA. Bukan setakat tak boleh berpisah, orang nak pinjam pon berat hati nak bagi. Aku pernah lah berangan nak grab DSLR. Tapi tak mampu dapat grab Canon IXUS 23o je. Tapi Alhamdulillah dapat juga camera sendiri. Dah ada camera sendiri, tak payah nak pinjam pinjam dekat orang. Camera ni pulak, sentiasa aku bawak even tak guna. Mr N selalu mintak pinjam camera. Tapi aku bagi jawapan lambat yang teramat. Buat masa ni takde orang lagi yang pinjam camera aku. Maksud aku pinjam pastu aku tak nampak dia guna. Kalau guna depan mata aku ada lah.




Tiga tiga gadjet ni semua hasil titik peluh sendiri. Bukan senang tawu nak dapat. Laptop je guna duit PT + parents tambah sikit. Phone dengan camera guna duit gaji. Sanggup kau aku simpan duit tu. Lagi lagi time nak beli camera. Memang dah aim camera tu dah lame. Siap masuk dalam wishlist lagi. Erm.. Rasanye tu je kot nak share dengan korang.
See again :D


Assalamualaikum.



2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com