Pages

Tuesday, March 19, 2013

Kami Takkan Terpisah



Assalamualaikum :D

Mood owner blog masih dalam praktikal. Adoi ! Bila lah nak abis ni. Sekarang baru minggu keenam. Ada lagi empat belas minggu. Makkk aiiii . Harap harap kejap je masa berlalu. Back to title. “Kami Takkan Terpisah”. Dah macam iklan Digi pulak aku ni. Kalau iklan Digi, ‘Kami buddies, kami takkan terpisah’.  Tapi entry kali ni bukan pasal iklan Digi taw. Takde kaitan langsung dengan Digi.



“Kami Takkan Terpisah” ? Apa yang korang pikir ? Haaa.. Biar aku cerita. First thing yang aku tak bole berpisah. Apa lagi HANDPHONE ler. Handphone ni mana bole tinggal. Nanti susah nak contact orang. Nak call ma + ayah. Ceewaaah ! Poyo je aku ni. Padahal nanti susah nak contact Mr N :) Even phone aku tu tengah bermasalah, aku still bawak. Kalau tak bawak, aku nak pakai phone apa kan. Aku pernah lah tukar phone dengan Mr N, berat hati tu memang ada lah kan. Tapi kuatkan semangat. Hahaha. Poyosss ! Hari hari pesan dekat Mr N jaga phone tu elok elok. Nampak tak betapa sayangnye aku dekat phone.




Second thing also gadjet. My LAPTOP Acer. Aku dah pakai dari sem 3 [ Jun 2011]. Alhamdulillah aku jaga dengan rapi. Hahaha. Laptop aku ni tak bole jauh dengan aku. Balik kampung aku bawak, weekend aku balik umah pon aku bawak. Berat tu tak payah cakap la kan. Name pon tak bole berpisah, sanggup bawak berat berat tu. Dalam laptop aku ni macam macam ada. Kalau hilang semua dalam laptop ni, memang menangis lah jawabnye. Aku pernah bagi Mr N pinjam laptop. Dah bagi pinjam, kejap kejap mesej Tanya pasal laptop. Kesian Mr N, mesti rungsing dengan aku. Tapi dia tawu aku susah nak bagi orang pinjam barang barang yang aku sayang.




One more thing yang tak boleh berpisah dengan aku. CAMERA. Bukan setakat tak boleh berpisah, orang nak pinjam pon berat hati nak bagi. Aku pernah lah berangan nak grab DSLR. Tapi tak mampu dapat grab Canon IXUS 23o je. Tapi Alhamdulillah dapat juga camera sendiri. Dah ada camera sendiri, tak payah nak pinjam pinjam dekat orang. Camera ni pulak, sentiasa aku bawak even tak guna. Mr N selalu mintak pinjam camera. Tapi aku bagi jawapan lambat yang teramat. Buat masa ni takde orang lagi yang pinjam camera aku. Maksud aku pinjam pastu aku tak nampak dia guna. Kalau guna depan mata aku ada lah.




Tiga tiga gadjet ni semua hasil titik peluh sendiri. Bukan senang tawu nak dapat. Laptop je guna duit PT + parents tambah sikit. Phone dengan camera guna duit gaji. Sanggup kau aku simpan duit tu. Lagi lagi time nak beli camera. Memang dah aim camera tu dah lame. Siap masuk dalam wishlist lagi. Erm.. Rasanye tu je kot nak share dengan korang.
See again :D


Assalamualaikum.



Friday, March 8, 2013

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan


Assalamualaikum.

Sekarang student-2 sume tengah kaya. Maklumlah dapat Baucer Buku 1 Malaysia [BB1M]. Ramai dah shopping aku rasa. Poli aku baru jugaklah bagi baucer dekat student. Poli, U lain sume dah berzaman dapat. Poli aku memang suka lambat-2 ni.

Sedia maklum, aku tengah praktikal. Ikutkan syarat student tak bole apply cuti melainkan MC dari klinik kerajaan dengan kematian. Tapi aku ni jahat sikit, aku apply cuti then company luluskan. Tapi boring apply cuti tu aku tak faks deekat poli pon. Lecehlah nak faks-2. Aku apply cuti 2 hari. Bukan aku je apply cuti, classmate aku pon apply jugak. So, jahat same-2.

Aku gerak dalam 9 lebih kot. Pagi taw, takkan malam pulak. Naik tren je takde transport. Gunalah public transport. Kalau naik tren kejap je dah sampai Tanjung Malim. Dekat ktm Tanjung Malim, aku mintak tolong bestie aku Seha Azaman amekkan. Dia bawak kete. Sampai poli dalam 10 lebih. Masing-2 motif apply cuti sebab nak amek BB1M. Amek baucer kejap je. Lepas tu, naik pergi Jabatan Kejuruteraan Awam. Nak amek buku report finak projek yang dah siap.

Dalam pukul 12 lebih, ktorang gerak pergi makan. Decide-2 makan dekat KFC BHp. Makan ramai ramai. Lepak dekat KFC lama lah jugak. Kalau tak silap sampai pukul 3 petang. Dekat Tanjung Malim apalah yang ada sangat. Pergi Jakel, Seha beli kain. Pergi butik MinnieMouse. Window shopping je. Tak beli pape pon. Last place CCY Bookstore pon window shopping.

Time dekat CCY ni, perghhhhh ! Wa cakap sama lu. Ada drama. HAHAHAHA. Dekat CCY lah titik perpisahan kami untuk pertemuan kali kedua. Dah tangkap-2 gambar, salam-2. Tibe-2 sorang ni cakap *aku tak ingat sape yang cakap* “nanti ada rezeki kita jumpa lagi.” Time tu aku gelak-2je. Tapi hati ? Sape tawu. Seha tegur aku “Asal mata kau berkaca?”. HAHAHA. Bile orang dah tegur, makin melarat la jawabnya. Aku sedih giler time tu. Serius tak tipu. Aku rase kejap sangat masa berlalu. Masing-2 gerak ikut haluan sendiri. Tu lah, bila dekat gaduh, bila jauh rindu.

Aku follow Nadia sebab nak jumpa Mr.N. Aku jumpa Mr.N dalam 5 lebih. Lepas tu dia hantar pergi ktm. Dengan Mr.N aku jumpa sekejap jugak. Sedih tu ada tapi tak tunjuk. Planning nak jumpa awal, tapi last minute Mr.N ada test nak jumpa awal. Nak buat macam mane. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Malam tu, senior aku [kak zana], dia hantar audio via whatsapp. Nak tawu audio apa ? Dia bagi lagu Perpisahan by Brothers. Pergh !! Menangis siot aku dengar lagu tu. Lagu dah kalau bagi time event perpisahan pape. Confirm-2 mengalir air mata.
That’s all. Penat dah menaip ni. See you later :D
 

Template by BloggerCandy.com