Pages

Sunday, October 13, 2013

No title

Assalamualaikum :D

Hari Ahad yang kejap mendung, kejap cerah aku nak feeling feeling dekat blog aku ni. Dah lame dah tak feeling feeling sedih. Biasa update blog sume yang happy je. Dulu pernah lah feeling sedih dekat blog. Selalu aku membebel dekat tweet kalau sedih ke, marah ke, sakit hati ke, macam macam lah. Tapi dekat tweet ni susah jugak, takut ada yang terasa. Tuju dekat orang lain, orang lain yang terasa. Pastu dah tak bertegur sapa. Alahaiiiiii.

Aku pon tak tawu kenapa mood hari ahad ni macam tak best satu hal. Pastu rasa nak nangis je. Banyak sangat berfikir kot. Hurmmm.. Dah lah malam tadi nightmare. Bagi aku nightmare lah. Banyak kali jugak aku nightmare mende yang sama. Adakah penanda ? :’( Bangun je dari tido, rasa nak nangis ingat nightmare tu. Aku sekarang ni cepat sentap. Lambat reply whatsapp, aku terus sentap. Dengan someone ni lah. Dengan orang lain aku tak kesah sangat kalau reply lambat. Lantak lah orang nak cakap aku menggedik ke, mengade ke, nak buat macam mane. Aku dah try nak control diri tu taknak cepat sentap. Tapi bila aku control sampai satu tahap aku akan menangis. Tension gak bila jadi macam tu.

Bangun tido tengok phone. Ada email jobstreet. Sedia maklum aku ni penganggur tegar. Majority vacancy dekat area Johor. Aku ni dah la baru nak masuk alam pekerjaan. Scroll email tu ada vacancy dekat genting. Dari lepas SPM lagi mak aku tak bagi keje genting. Vacancy dekat genting tu position engineering officer. Aku bagi tawu dekat mak aku pasal vacancy tu, tapi respon tak memuaskan. Sedih jugak lah. Orang cakap jangan memilih sangat nak keje ni. Aku tak memilih, tapi mak aku yang pilih. Dah banyak sangat keje aku apply, tapi takde satu pon yang bagi feedback. Berharap jugak lah dapat feedback yang menggembirakan.

Bila dah jadi holder diploma ni, macam macam nak pikir. Nak sambung degree, nak keje. Semua susah nak dapat. Upu hari tu apply tak dapat. Rayuan pon still tak dapat. Mana taknya, yang nak sambung belajar bukan sikit ramai. Pointer aku pon biasa biasa je. Degree under politeknik pon aku apply tapi tak dapat. Paling latest, aku apply directly under uitm. Dapat ke tak, wallahualam. Berdoa + tawakal jela. Itu je mampu.

Tension jugak bila jadi macam ni. Sampai bila aku nak jadi penganggur ? Kawan kawan lain, macam senang je dapat keje. Aku ? Maybe belum rezeki aku lagi kot. Arghhh !!!! Rasa nak nangis dah ni. Tapi kena kuat semangat :)

Okay lah see you later.

Wednesday, October 9, 2013

Interview

Assalamualaikum

Hye, readers ! Aku ni sekarang penganggur tegar. Duduk rumah, makan, online, mandi, tidur. Tu je keje aku. Serius rasa bosan dengan life ni. Haish ! tapi nak buat macam mana, apply degree tak dapat. Tunggu yang rayuan pulak. Kalau ada rezeki, Insya Allah. Bole dikatakan 24/7 aku online. Masa online, aku cuba cari sifat rajin untuk update blog. Rasa macam dah tak sanggup nak postpone cerita cerita ku. Let’s start :)

Cerita ni keluaran Ogos tapi Oktober baru keluar promote. Ceewahh. Dalam cerita aku ni ada tiga pelakon. Pelakon tu termasuk aku sendiri, Koko dengan Teha. Malas nak amek ramai-ramai, nanti nak kena bayar banyak. *berangan macam pengarah pulak aku ni* Ktorang classmate + housemate + car-mate. Ni cerita reality taw, BUKAN rekaan semata-mata. Masih dalam bulan Syawal lagi, kalau tak silap aku 17hb Ogos. Masa tu aku dekat kampung Perak. Teha call aku gtaw pasal interview keje. Biasalah, kami ni senasib *penganggur tegar* . Masa tu aku buat relaks je. Tak tawu nak pergi ke tak.

Dah balik Batang Kali, baru lah decide nak pergi. Interview ni walk-in je, 21hb Ogos dekat Stesen LRT Dang Wangi. Contact dengan Teha tanya lah pape yang patut, then Koko dari Manjung pon follow. Ena tak dapat nak follow sebab dia keje. Aku gerak 20hb macam biasa naik tren. Koko naik bas. Teha amek ktorang dekat KL Sentral. Sebelum balik rumah, jenjalan cari barang sikit. Sampai rumah Teha, rasa nak masak pulak. Parents Teha keje. Planning nak masak spaghetti. Eh, bukan spaghetti. Shell shell la name dia. Aku pon tak ingat. Aku pon takde la reti sangat nak masak. Dekat rumah Teha tetiba aku reti pulak kan.


:: Semua putih je. Hahaha ::


Malam ktorang tak pergi mane mane pon just prepare untuk interview. Maklumlah first nak pergi interview. Malam tu dah macam study untuk final pulak. Dengan mengantuk tak terkatanya. HAHAHA




:: Buku ni dah lame beli ::





Interview time !!! Hambek kau !! dapat turn 94, 95, 96. Datang lagi lambat. Ramai giler pergi interview. Majoriti lelaki yang datang interview. Terkejut beruk jugak lah. Tapi apa salahnye kita mencuba nasib. Ktorang dapat interview sesi petang. Keje time tunggu turn interview, ktorang naik lrt je. Ktorg lunch dekat Central Market.












Mengantuk weh tunggu turn. Sampai nebes nak interview tu pon hilang. Bila tiba masenye. Jeng jeng jeng. Turn aku dulu, pastu koko last teha. Masa turn aku interview, aku sempat cakap introduce pendidikan aku je. Yang selebihnya, orang yang interview aku cakap. Apa yang sampai dekat ktorang bertiga, lebih kurang je. Company tu memang nak cari kelulusan civil, dah seboleh-bolehnya lelaki. Tapi civil yang datang, ktorg lah, perempuan. Maybe lelaki yang ramai giler tu, mekanikal dengan elektrik kot. Aku pon tak sure. Ni lah pengalaman untuk first interview. Boleh lah dari takde pengalaman.





Dah habis interview, pergi makan McD dekat KL Sentral. Dalam pukul 6ptg, aku balik Batang Kali. Koko balik rumah Teha.

Okay, see you next entry ^_^


 

Template by BloggerCandy.com