Pages

Saturday, September 7, 2013

Aduhai LUPA

Assalamualaikum

Hye you guys. Aku ni ada je entry aku postpone. Tapi entry ni WAJIB aku update on the sport. Yang postpone tu nanti aku update.

Cite ni antara aku dengan Mr.N je. Bole dikatakan everyday ktorang contact tak dekat no digi , no maxis. Baru baru ni Mr.N topup no digi. Kalau topup no digi, memang selalu call sebab “Kami buddyz, kami takkan terpisah”. *menyelit iklan jap*. Nak dijadikan cerita, Mr.N bole pulak tinggal charge phone digi dekat Behrang, jadi ktorang contact dekat no maxis tak pon whatsapp.

Malam tadi Mr.N call guna no maxis. Masa tu dak pukul 12 something. Kiranya dah masuk 7 Sept. Aku ni suruh dia tukar sim digi sebab free kan. Mr.N taknak. Dia cakap takpe dia dah buat supersaver. Masa tu aku pon start membebel dah. Jangan nak membazir. Digi dah free call, kenapa nak buat supersaver lagi. Bla bla bla bla. Mr.N ni dengar jela aku membebel. Setahu aku supersaver sejam je. Kalau lebih, dia charged lain. Aku ni risau la topup dia habis. Belum sejam lagi, ada la dalam 45 minint, tetiba end call. Aku pikir kredit dia habis kot. Masa call, dia ada tanya jam dah pukul bape, aku pon jawab jela. Lepas end call, ktorang whatsapp sampai lah aku nak tido. Sebelum last whatsapp, aku suruh Mr.N tukar sim digi, pagi nanti. Dia pon janji lah nak tukar.

Dalam pukul 8 pagi, Mr.N call no digi aku tapi dia call guna no maxis dia. Mr.N suruh on no maxis. Tengok tengok patut la, no maxis dah kehabisan bateri. Aku ni mamai mamai lagi. Dia call lagi, beria la suruh aku pergi charge phone. Aku ikutkan aja. Masa call, pagi pagi lagi aku dah membebel. Bila aku tanye buat supersaver lagi ke, Mr. N jawab ada lebih lagi yang semalam tu. Aku pikir maybe lah ada dalam 10 – 15 minit balance supersaver.

Belum sempat aku nak membebel pasal supersaver, Mr.N tanya aku macam macam. Dia tanya aku:-
                # Sayang dia tak ?
                # Rindu dia tak ?
                # Ingat dia tak ?
                # Kalau ingat, buktikan.

Semua soalan tu aku jawab. Rasa macam musykil pulak. Aku ada buat hal ke ? Tapi bila ingat satu quote ni dia cakap :-

Jangan sesekali bosan untuk menjawab soalan kekasih walaupun ditanya berkali-kali. Mungkin mereka takut kehilangan.

Okay, aku pon think positive. Lepas dah jawab semua soalan, Mr.N tanya jam pukul berapa. Aku pon amek phone digi sebab phone maxis Mr.N tengah call dengan tengah charge. Aku jawab call pon guna earphone. Dengan mamainya lagi. Aku bagitawu Mr.N jam dah pukul 8 something pagi. Then, aku ternampak date dekat phone. Hah ? 0_0 7 Sept ? Ya Allah, macam mana aku bole lupa birthday sayang aku. Aku terus bangun, rasa mengantuk terus hilang. Sorry to my sayang Mr.N. Aku pon wish la birthday dekat dia.

Aku lupa ni mesti faktor duduk rumah je. Ada masa tarikh pon tak tawu. At least aku dah wish even lambat. Dari malam dia tunggu aku wish. Dah la dua kali Mr.N tanya jam pukul berapa, rupa-rupanya nak suruh tengok date. Sorry sayang.

Ni ada kek Cadbury dengan kek gitar untuk awak ^_^




è Happy birthday Ahmad Nazirul.
è Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
è Semoga menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab.
è Last sekali, semoga mendapat keberkatan dan berjaya di dunia dan di akhirat.

# Sorry, I cannot be the first person to wish your birthday sayang.

Thursday, September 5, 2013

E I D U L F I T R I

Assalamualaikum

Cepat cepat update story raya. Dah raya ke 29 baru nak update. Insya allah sempat lagi.

Biasa raya family aku ikut turn. Last year raya dekat Janda Baik, Pahang. This year sepatutnya, raya dekat Kampar,  Perak. Disebabkan adik aku yang matrik tu nak balik Perlis raya ke-3, raya tahun ni dekat Pahang. Dulu maybe aku rasa raya dekat Perak lagi best, tapi sekarang raya mana mana pon best jugak. Janji balik kampung.

Aku balik kampung malam raya. Settlekan rumah dulu baru balik kampung. Lagipon kampung dekat Pahang, tak jauh mana pon. Tahun niraya tak banyak gambar. Tapi ada la sikit. Balik kampung Pahang dua hari je. Raya ke-2 malam tu dah balik Batang Kali. Lagipon ayah keje. Tak banyak rumah pon aku pergi beraya. Satu hari dua rumah, dua hari empat rumah. Nak pergi beraya rumah kengkawan pon tak sempat. Ada la dalam empat orang kengkawan sekolah rendah datang tapi tak amek gambar pon.

# First syawal ayah keje

# Kakngah & makcik makcik ku

Yang paling best raya tahun ni, sebab dapat raya dengan adik-beradik kembar. Comel je gelagat dorang. Aku dengan kakngah selalu takeover jaga kembar. Tak pon adik kepada kembar.

# Abang Athif & Adik Afif

# Dapat main, seronok sangat

# Kembar ni anak second. Abang dia tak tawu ke mana masa ni.



# Ni adik kepada si kembar. Ayisy susah nak senyum tapi masuk kereta ayah dia, riuh dengar suara dia je.

Bila dah balik Batang Kali, mood raya dah takde. Bosan giler. Orang lain sekat kampung lagi. Aku dekat rumah je. Apa boleh buat. Hujung cuti sekolah baru balik kampung Perak. Tu pon sebab nak hantar adik laki balik asrama. Balik Perak ada pergi beraya rumah sedara sedara terdekat je. Balik kampung Perak hari Jumaat, hari Ahad tengah hari dah keluar sebab takut jammed. Sampai Ipoh lepak rumah adik ma. Lepas Asar hantar adik balik asrama then terus balik Batang Kali. Alhamdulillah, highway tak jammed.

Erm… Aku rasa bosan pulak taip entry raya. Ni je story aku. Tak menarik kan ? Bia jelah. Blog aku :D

Assalamualaikum ^_^

Wednesday, September 4, 2013

EifthorrrR di Resort World Genting

Assalamualaikum.

Entry ni tak payah mukadimah bagai lah. Takde idea nak buat intro terus nak start story eifthor kedua. Let’s start.

Second iftar dekat Resort Café , Genting. Iftar kali ni family aku je sebab ayah aku keje situ. Takde lah pangkat besar sangat nak bawak family ramai ramai. Ni pon kira okay lah ada untuk family sendiri. Ayah je keje sana, tapi takde lah selalu dapat makan situ. Ni pon request by adik aku no 2 [Auffa Najwaa] sebab di tak dapat join pergi Awana hari tu. Dia belajar dekat Perlis, bulan puasa dia balik masa cuti raya je. Request makan dekat tempat keje ayah hampir hampir tak jadi sebab nak tutup untuk renovation. Dorang extend masa nak tutup. Tapi sekarang dah tutup untuk sementara waktu. Family aku jenis, selagi tak cukup korum jangan harap lah dapat makan dekat tempat keje ayah. Nak makan special special pon tunggu sume ada dekat rumah. Buat masa ni yang selalu takde adik no 2 [Auffa Najwaa] dekat Perlis dengan adik no 3 [Izzat Ifwat] dekat Ipoh.

Masa pergi Resort Café, ayah keje pagi. Balik kerja, ayah amek ktorang. Lambat jugak gerak. Sampai sampai terus cari tempat. Macam biasa lepas cari tempat masing masing pergi amek juadah berbuka. Dekat situ memang buffet. Kalau biasa satu kepala mahal jugak la. Tapi aku tak tawu berapa. Siap amek makanan, ada fresh orange atas meja. Kaw kaw punye fresh orange. Meja ktorang jela yang ada fresh orange sebab ayah order. Sementara nak berbuka, macam biasa lah, klik klik ber’camwhoree.

# Baru sampai

# Ni gambar google tapi masa aku pergi tu lebih kurang macam ni jugak

# Sibuk cari wifi restoran

# One happy family. Sorang tengah jadi camerawoman

Masuk waktu berbuka , gap gap. Heh, baca doa dulu. Makin sikit then pergi sorau yang dekat tapi kena guna kad access staf. Masa dekat surau, ktorg request nak duduk Genting. Sesuka je kan. Maa buat donno je sebab dia dah boring duduk Genting mase bujang. Muka jadi merah kena air sejuk. Balik Resort sambung makan. Resort ada dua bahagian. Bahagian resort dengan kampung. Kalau kampung, semua masakan kampung. Kalau resort, semua makanan moden macam Chinese style, western.

Ktorang duduk dekat Resort sampai nak tutup. Bulan puasa Resort tutup awal, dalam 9.30 malam dah tutup. Ayah yang tutup hari tu. Ayah tutup restoran, ma borak dengan kawan dekat reception counter, kteorang ber’camwhoree lagi.






Balik rumah dengan perut kenyang. Best masa nak balik sebab sejuk gile. Adik aku yang kecik tu ajak ayah round Genting. Ayah bawak pusing area yang dekat je. Jalan nak turun tak same jalan nak naik. Dapat jalan kejap pon jadi la dari tak dapat langsung.




That’s all :D

See you again and again !
 

Template by BloggerCandy.com