Pages

Thursday, July 18, 2013

Akhirnya Part II

Assalamualaikum.

Fuhh ! Panjang betul entry “Akhirnya Part I”. kan dah cakap, kalau dapat menaip tak ingat dunia bercerita. Part I tu, aku menaip ikut kepala aku je. Nasib lah kalau ada lari tajuk sikit. Alah, bukan dalam exam pon nak lari tajuk.

Entry Part II, insya Allah tak sepanjang Part I. Let’s started ^_^ Entry ‘Akhirnya’ ada part part. Nak tawu sebab apa aku buat part by part ? Sebab Part I aku cerita ‘Akhirnya aku berjaya tamatkan latihan industri selama 5 bulan’.Pastu aku cite pasal officemate aku. Part II pulak aku nak cerita pasal ‘Akhirnya report final LI siap dibinding’. Then cite sikit pasal report siap binding plus siapkan powerpoint.

Report final LI aku dah siap dibinding. Bukan siap diprint taw. Report final Li aku binding dengan readymade hardcover. Bukan semua kedai bole binding hardcover readymade. Macam member aku pergi satu kedai ini, kedai tu tak amek binding hardcover readymade. Dorang cakap susah gune hardcover readymade. Ni  gambar hardcover yang dah siap tampal dengan nama aku. Terima kasih ayah sebab tolong tampalkan nama :) Asal dia, dekat bahagian nama tu kosong just ada plastic je.

*Bahagian depan hardcover*

*Bahagian tetulang hardcover / bahagian tepi*


Dekat area Batang Kali, aku memang dah survey kedai yang boleh binding tapi takde. Last sekali decide hantar report dekat kedai area Tanjung Malim. Aku tak sempat nak survey kedai tu. Aku mintak tolong jasa baik classmate aku `Aizat Kamaruzzaman. Thanks Ijak.

Report settle pergi hantar, tinggal nak buat power point untuk present dengan lecturer. Dah lame tak usik power point, rase macam susah sikit. Nak siapkan pon amek mase dalam beberapa hari jugak lah. Dengan balik kampungnye. Sebelum last day praktikal, ada lah aku dah buat sikit sikit powerpoint. Lepas habis, pulun semua. Tak tenang hati kalau tak siap. Alhamdulillah sempat siap.

Pasal report pulak, lepas dah hantar dekat Tanjung Malim. Tinggal nak amek je. Tak lame pon hantar binding. Tak lama sebab guna hardcover readymade. Ayah dengan maa yang pergi amek report tu, sebab on the way nak balik kampung. Masa tu aku dekat kL lagi. Tak sempat kalau aku yang amek. Dah amek report dekat Tanjung Malim, maa bagitahu akak kedai tu puji report aku kemas teliti. Ceewaah !! Bangga la sekejap. Alhamdulillah hasil titik peluh sendiri.

*Ketebalan report - Minimum 50m/s, maksimum 80m/s*


Masa dekat kampung, aku still busy dengan kerja kerja aku yang tak siap. Especially, power point untuk present. Menghadap tu je sabtu ahad. Aku request nak balik rumah awal, tapi ayah dengan maa nak tengok adik lelaki aku dekat Mahhad Tahfiz Qiraat Addin dekat Ipoh. Memang aku pulun habis la. Risau weh, kalau tak sempat siap mati aku T_T Alhamdulillah, akhirnya siap juga :)



Okay, guys nanti kita jumpa lagi. Stay tuned for next entry.

Bubye ! Assalamualaikum.

Wednesday, July 17, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com




Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai puasa ke-7. Bulan puasa ni aku busy tolong maa buat biskut raya. Bisnes kecil-kecilan je. Pagi sampai petang memang busy. Malam je free. Sambil aku lipat baju + menghadap laptop, jari jemari aku ni gatal sangat nak bukak blog Nisa Kay. Kenal Nisa Kay ? Alaa.. Tipu la tak kenal yang gorgeous tu. Haaa…

Nisa Kay baru lancarkan giveaway dia. Nampak tak banner yang aku letak dekat atas sekali ? Haa… Tu lah banner giveaway Nisa Kay. Aku ni malas nak mengupdate blog. Disebabkan Nisa Kay punye giveaway, aku gigihkan jugak update blog + join I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com. Mana lah tawu aku ada rezeki nak menang hadiah giveaway dalam bulan yang baik ni. Heee.

Senang je nak join giveaway Nisa Kay. Kalau rajin, memang senang lah nak join. Tapi kalau malas, memang susah lah nak join. Giveaway ni sampai 22nd July 2013, 8.00pm.

Step untuk join :

1.     Name pon blog, kenalah buat entry. entry tu bertajuk : I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

2.    Letak banner giveaway dekat atas dalam entry. Saiz banner tak kesah. Asalkan Nisa Kay boleh nampak banner dia :)

3.    Follow + like kesemua sponser hadiah giveaway. Senarai penaja hadiah giveaway.

4.    Korang kena back link ke entry I LOVEGIVEAWAY by www.nisakay.com

5.    Korang submit link entry I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com korang dekat komen Nisa Kay. Nanti Nisa Kay boleh check sape yang join.

Apa tunggu lagi, jom join I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com. Jangan tunggu lama lama, nanti takut tak sempat nak join.

Tuesday, July 16, 2013

Akhirnya Part I

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kita kembali untuk mengupdate blog yang telah bersawang. Ada volunteer tak nak clean up aku punye blog ni ? Aku rase macam nak tinggalkan je blog ni. Mana taknye, makin hari makin malas. Eh, macam buat hipotesis sains sekolah rendah. Pape pon aku nak start bercerita.
Kenapa title “Akhirnya” ? Sebabbb… Akhirnya aku berjaya tamatkan latihan industri dengan sempurna dari 13 Feb - 28hb Jun 2013.



28hb June aku last day dekat Ranhill Bersekutu. Time lunch hour macam biase ikut akak opis shopping. Eh eh silap silap. Akak opis shopping. Aku window shopping je. Hari Jumaat lunch hour lame sikit. Dan dan time hari Jumaat tu ade Fossil clearance dekat Menara Atlan. Aku follow je :) Lepas pergi Menara Atlan, pergi makan area dekat situ then pergi KLCC pulak. Tak jauh sangat dah dari Menara Atlan nak ke KLCC. Ktorang jalan kaki je. Excersice sikit. Dekat KLCC pon aku window shopping je. Akak akak opis aku ye dorang shopping. Maklumlah dapat bonus :p




:: Ni gambar akak akak opis aku. ::

Dari kanan : Kak Sara, Kak Normah, Kak Odah, aku, Kak Linda & Kak Su

Aku nak introduce sikit la pasal officemate aku. Ceewaah !!


Kak Normah Khalid @ NK

Akak ni aku dah anggap macam mak aku sendiri. Aku selalu lepak dekat tempat kak Normah ni. Boring duduk tempat sendiri, so jenjelan lah dekat tempat orang lain. Kak Normah ni banyak tolong aku sepanjang aku praktikal. Lagi satu, lupe nak bagitaw. Kak Normah ni pernah teman aku lepak dekat Cool Blog, Ampang Park. Terima kasih kak Normah :) Masa dekat Ranhill, aku selalu suruh kak Normah beli phone baru. Aku dah habis, baru dia beli. So, senang lah nak ber-whatsapp whatsapp.  Segala jasa akak amat saya hargai. Dan saya tak pernah lupe nama glamour akak NK :D

 Kak Sumanah

Kak Su ni pon aku anggap macam mak aku jugak. Kak Su ni rajin masak. Selalu lah aku nampak dia cari resepi dekat internet. Paling aku tak lupa kak su ni kaki novel. Banyak giler novel dia dah baca. Ada sekali tu, kak su mintak tolong aku susun ape mende ntah. Pastu aku request dekat kak su, suruh dia bercerita mase aku susun tu at least aku tak mengantuk. Sepanjang aku susun kertas kertas tu, bole dikatakan satu novel kak su dah cerita dekat aku. Kak su ni kalau baca novel sedih sedih, boleh buat dia nangis taw. Aku pon ada mase macam tu jugak. Feeling lebih sikit. HAHAHA. Kak Su pon ada nama glamour jugak. Saya ingat nama glamour kak Su tu, anak kak Normah pernah lukis :)

Kak Linda & kak Sara

Dua orang akak ni, engineer ibarat isi dengan kuku. Sahabat yang tak dapat dipisahkan. Hehehe. Memandai je aku ni. Dorang ni satu university. Classmate, housemate, tablemate sampai jadi officemate. Kak Linda ni orang Perak, kak Sara orang Kelantan. Aku pon tak tawu nak cite ape pasal akak dua orang ni. Sebab aku biasa biasa je.

Kak Odah

Haaa, kak Odah ni peneman aku berjalan dari LRT Kampung Baru sampai lah ke opis. Kalau berjalan berdua, takde lah rase jauh sangat. Kalau jalan sorang sorang, memang terasa lame sangat. Bukan aku je rase, kak Odah pon rasa mende yang sama. Sian kak Odah takde teman berjalan kaki. Nanti jalan elok elok taw :)

Kak Ida

Akak ni aku tak tawu nak cite apa. Just nak bagitaw, aku selalu tumpang kak Ida half way dari opis nak ke LRT Kampung Baru. Terima kasih tumpangkan saya :D

Itu sahaja untuk kali ini. Ini pon dah cukup panjang. See you again.


-------------------------------------------------------------Continue Part II--------------------------------------------------------------

Sunday, July 14, 2013

Double Triple Awesome

Assalamualaikum guys.

Double Triple Awesome ? Haaa.. Ni lah dia title entry aku. Nak tawu apa dia yang double triple awesome tu ? Taraaaa …..



Ni lah dia kerja-kerja nak siapkan report. Dulu final project ada empat orang, so tak terasa sangat banyak keje nak buat. Bile praktikal, confirm confirm kite buat sorang. Masa tu la baru tawu, awesome giler babun nak buat report. First nak start buat report final untuk praktikal, otak aku memang blurr giler %#&^* Sebab tak tawu nak cite ape dalam report. Dekat tweet jugak la aku selalu merungut. Aku selalu cite pasal masalah report aku ni dekat senior poli aku, kak zana dengan sapa lagi kalau bukan Mr.N aku :) Sepanjang praktikal, kalau rase susah sikit, ade masalah ke, mesti aku rase nak nangis. Tak tawu lah kenape sensitive sangat.

Masa aku dah buat banyak lah jugak untuk report, tibe tibe macam macam idea keluar dari kepala otak yang blurr. Time tu kalau tak silap aku ade lagi sebulan kot nak praktikal. Tapi aku dah target dua minggu sebelum habis praktikal, report mesti siap. Nak dijadikan cerita pulak, dua minggu sebelum habis, family busy buat kenduri sambut Ramadhan + tahlil. Maa pon dah pesan awal awal, aku kena siapkan report.

Report yang aku dah buat tu banyak teori, so buat keputusan padam yang teori nak tambah idea baru bahagian teknikal. Time gigihkan jugak la hari hari buat report. Nampak macam sikit je tapi bile nak touch up tu, makk aiiii banyak giler. Risau tak dapat siap dua minggu sebelum habis praktikal.

Pergi opis, hari hari bawak laptop. Berat tu takyah cakap lah. Dari Pantai Dalam naik KTM sampai KL Sentral. Lepas tu naik Putra LRT sampai Kampung Baru. Dari Kampung Baru tu kena jalan kaki dalam 20 minit baru sampai opis. Tu lah rutin aku dalam masa 5 bulan. Nak buat macam mane, berkorban untuk diri sendiri. Sebelum sebelum ni aku takde lah serius sangat nak buat report. Mane taknye, blurr je nak buat report. Bila dah dapat idea + confident idea tu bernas, aku betul betul concentrate. Sampaikan akak opis aku tegur sebab aku tak bangun bangun dari tempat aku. Punyelah focus, orang datang interview pon tak tak perasan.





# Gambar gambar ni semua dekat opis time siapkan report final LI

Bila dah settle semua bab, nak edit page, setup page, numbering, macam macam lagi lah. Time serabut jugak lah. Nak buat numbering tu memang kena alert. Takut takut tersalah letak numbering. Kalau banyak sangat numbering pon tak okay jugak. Kena tukar alphabet pulak. Aku siap buat list dekat kertas lagi, takut tersalah.



Alhamdulillah, target nak siapkan report final latihan industri (praktikal) dalam mase dua minggu awal berjaya. Tinggal nak buat powerpoint untuk present dekat poli nanti. Report siap print, then hantar dekat kedai buku are Tanjung Malim sebab nak binding. Terima kasih banyak banyak dekat dua orang akak opis aku, kak normah dengan kak su. Diorang banyak tolong aku print report dengan macam macam lagi.

That’s all for this entry. Stay tune for next entry. ^_^
Assalamualaikum

Saturday, July 13, 2013

July

Assalamualaikum 

Hi uolls, dah July da. Bukan setakat July, dah masuk puasa ke-4 da. Rase macam baru lagi update blog. Rupenya last update untuk entry June -_- Bile dah lame tak update blog, mood nak start tu memang susah lah nak cari. Tapi bile dah datang mood nak update, menaip tak ingat dunia. Lumrah kehidupan memang macam tu.

Entry ni Insya Allah jadi mukadimah segala entry. Ceewahh !! Poyo je aku ni. Ade jugak junior ex-sbee request update blog. Ade follower rupenye blog aku ni. Heee. Maklumlah En. Blog ni macam dah diabaikan sejak praktikal. Mr.N aku ni pulak tak habis2 cakap blog aku ni dah banyak sangat sawang.

Aku ni ade je mende nak story, tapi bab bab nak menaip ni aku malas sikit. Suruh Mr.N updatekan blog aku, jangan haraplah. Dia boleh tolong tengok + tolong bace je. Lebih dari tu takde maknenye.

Aku pon tak tawu nak start story dari mane. Almaklum lah, banyak sangat story story dah tertinggal. Pape pon aku akan cari mase + mood untuk update En.Blog aku ni.

Stay tune !
 

Template by BloggerCandy.com