Pages

Tuesday, May 14, 2013

Second Date

Assalamualaikum.

Mood datang dengan baik. Jom update Encik Blog. ‘Second date’ ? Ni cite 4th May 2013. Korang tawu tarikh ni ada event apa ? Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 26th April – 4th May 2013. Sepatutnya sampai 5th May tapi orang nak mengundi kan. Honestly, aku tak pernah pon pergi pesta buku ni. Mulanye akak Mr. N ajak aku teman dia  3rd May. Tapi aku keje. Kalau 4th May, insya Allah aku bole temankan. Lastly, confirm pergi PWTC 4th May. Kalau akak Mr.N pergi, confrim2 lah Mr.N pon pegi.



Planning asalnya, Mr.N suruh aku pergi Tanjung Malim dulu. Pastu gerak sekali. Kakak Mr.N, adik dia dgn kawan kakak Mr.N naik bas dari Taiping sampai Tanjung Malim. Aku okay je sebab takde lah jauh sangat nak ke Tanjung Malim. Pagi sebelum gerak Mr.n call gtaw kakak dia naik ETS dari Ipoh sampai Rawang. Tapi aku stay gerak pergi Tanjung dulu. Kesian pulak dekat buah hati gerak sorang2. Ngeh3x.


Kesian jugak dekat kakak Mr.N sebab tunggu ktorang dekat Rawang. Time nak g PWTC pon, I as tour guide again and again ! Padahal, aku pon tak pernah pergi PWTC taw. Aku pon gunalah konsep ikut je orang ramai pergi. Lagi2 time pesta buku ni kan. Confrim2 ramai pergi PWTC. Macam aku nak pergi Masjid India pon aku tak tawu jalan kalau turun dekat Bank Negara. Kalau naik lrt Putra, aku tawu lah. Sampai je dekat stesen Putra, Masya Allah ! Ramai giler orang. Ktorang ni baru sampai. Dah ada orang yang beratur panjang nak beli tiket balik. Pukul bape lah dorang pergi PWTC ni.

Dah nak sampai, kena naik tangga pulak. Orang dekat tangga, punye lah ramai. Macam semut bergerumun dekat gula. Naik tangga pon macam siput, slow giler. Sampai dalam PWTC, aku tak tawu lah hall no brape. Aku pon amek lah map dekat kaunter. Aku tawu pasal map tu sebab adik aku pergi PWTC hari Jumaat. Kakak Mr.N ni giler novel. Tempat first dia pergi Kaki Novel. Dalam kepala aku nak beli buku question past year UPSR. Yang lain tak terpikir lagi. Dorang sibuk dekat Kaki Novel, aku pergi tempat lain. Last2 dorang ntah ke mane, aku ntah ke mane. Call Mr.N, tak pasal2 dapat ceramah. Aku rase aku dah gtaw aku nak pegi mane. Dah jumpa Mr.N kena membebel lagi -__-


Lastly, aku jalan berdua je dengan Mr.N. Kakak, adik dgn kawan kakak Mr.N ni ntah ke mana. Dah penat berjalan, perut kosong lagi ni. Kesian Mr.N mengadu lapar. Lepas solat Zohor aku suruh dia teman aku pergi cari novel dulu. Banyak jugak lah novel aku beli. Dari tak tawu nak beli apa. Lepas tu aku pergi cari buku untuk adik lelaki aku. Dia nak pasal Peperangan Islam. Susahnya nak cari. Bila aku call tanye, bukan nak cakap. Last sekali, aku beli buku pasal Rasulullah.




:: Ni novel kakak Mr.N ::

Jam dah pukul bape ntah time tu, kaki aku pon dah tak larat nak berjalan. Aku ajak lah Mr.N pergi makan. Dah settle makan, tunggu lah kakak Mr.N dekat luar. Letih + mengantuk, semua ada. Dah jumpa, dah bergambar sume bagai. Aku gerak balik dengan Mr.N je. Kakak Mr.N ada nak jumpa member dia.



:: With Mr.N siblings ::

Aku drop dekat Rawang je sebab family aku pergi Rawang. Mr.N sampai Tanjung lah. Kesian buah hati balik sorang2. Nak buat macam mane. Insya Allah ada rezeki, boleh jumpa lagi. Mr.N cakap pergi PWTC ni ‘second date’ sebab yang nak keluar 1st May tu postpone. That’s why lah title entry ni ‘Second Date’.


# Abaikan muka yang bulat -_-


Okaylah, see you another entry. Bubye.
Assalamualaikum ^__^

Hari Pekerja di Berjaya Hill Resort

Assalamualaikum :D

Mood masih tak stabil lagi sebab praktikal belum habis. Kalau dah habis macam kawan-2 aku, mood aku baru lah back to normal. Confrim-2 aku rajin sikit update blog. Macam biase, aku draft blog dekat office. Aku dekat office ni, takde keje kan. So, aku draft lah entry aku ni.

Alkisahnya, cite ni event aku time cuti two weeks ago. Dah dua minggu baru nak update ? That’s why la aku cakap mood masih tak stabil. Nasib baik lah ada sikit mood nak update blog. Dua minggu lepas, 1st May 2013 semua orang tawu kan Hari Pekerja. Cuti sehari je aku decide tak balik Batang Kali. Sepatutnya aku ada ‘second date’ tapi postpone pulak. Heee :) Sepupu aku pulak ajak berjalan. Aku pon follow jela. Dorang ajak pergi Bukit Tinggi Resort. Dulu pergi Fraser Hill dengan dorang. Dorang tak puas hati, tu yang nak pergi Bukit Tinggi pulak.

Dan aku menjadi tourist guide tanpa pengikhtirafan. Maklumlah, dulu sekolah dekat Pahang. Padahal aku tak tawu sangat jalan dia. Last aku pergi dengan family kalau tak silap 13 years ago. Kalau pergi dengan member under sekolah, 6 years ago. Jalan nak pergi Bukit Tinggi sebenarnya tak lah susah sangat. Aku je yang tak perasan signboard. Punya la besar signboard tu. Masya Allah.

*sumber : google image

Baru masuk guard dekat Berjaya Hill Resort, sepupu excited giler nak pergi Colmar Topicale. Dah nampak sikit bangunan dekat Colmar Topicale. First place pergi Colmar Topicale. Nama pon berjalan kan, tipu lah kalau tak amek gambar. Orang takyah cakap lah. Memang ramai. Sesi berphotografi.









Next place rabbit park. Nak pergi rabbit park kena naik shuttle yang disediakan. Kalau tak silap aku bole je kalau pergi dengan transport sendiri. Tapi dorang ni nak had kan parking, kena lah naik shuttle. Nak tunggu punya lah lama. Sampai rabbit park, aku yang excited. Sukanya aku dengan rabbit. Tapi dekat area rabbit park tu, bukan rabbit je ada. Ada kancil, rusa, pig guinea, keldai dan kuda. Maybe next time dorang tambah lagi kot animal dekat situ. Dulu time aku pergi dengan family, rabbit park tu betul-2 ada rabbit je. Kawasan rabbit tu dilepaskan memang luas. Bole main kejar-2 lagi. Tapi sekarang kawasan dia dah kecik dah. Dekat rabbit park tu bole bagi makan. Tapi makanan tu ade jual. Rabbit dekat situ majoriti dah kekenyangan. Aku bagi je makan dekat rusa.








Lame jugak lah dekat rabbit park. Tunggu shuttle nak pergi balik dekat Colmar Topicale. Sepupu nak pergi Japanese Village. Decide nak naik transport sendiri. Sampai dekat simpang nak masuk, guard bangla tak bagi. Dia suruh naik shuttle jugak. Dekat kawasan tunggu shuttle tu, punyalah ramai nak mampus orang. Kalau tunggu, tak tawu lah sampai pukul bape baru dapat naik shuttle.

Takpe lah next time pergi lagi. Padahal sepupu nak ubat hati yang tak kesampaian tu. Kesian dia. Dah jalan-jalan dekat Berjaya Hill Resort, sepupu nak pergi beli barang pulak. Dorang nak cari barang dekat Econsave. Branch Econsave tak tawu dekat mana. Kalau tanya aku, satu je yang aku tawu Econsave ada dekat Batang Kali.

Tourist guide again ! Aku tunjuk jalan shortcut lah jugak nak pergi Batang Kali. Sepupu aku ni tawu jalan nak g Batang kali dari Ulu Yam dengan Rawang je. Aku yang decide tak balik, balik jugak tanpa dirancang. So, malam gerak balik kL. See you again :)

Entry ni banyak gambar aku dengan tudung yang siot -__-

Wednesday, May 8, 2013

P R U 1 3


Assalamualaikum ^__^



Haa, sekarang ni semua tengah sibuk dengan PRU13. Masing-masing tunjuk handal bile parti pilihan dorang tak menang. Semua nak cakap pasal politik boleh, tapi berpada-pada la sikit. Tak payah nak OVER sangat nak berpolitik. Dengan PRU13 jugak lah aku deactive fb aku just for awhile. Sekarang mungkin terlalu PANAS lagi pasal PRU. Bile dah senyap pasal PRU13 mungkin aku active balik.

Malam keputusan PRU13, aku update status fb setelah berbulan-bulan tak update status. Status aku tak menyebelah mana-mana parti langsung. Dan status aku umum. Dan aku buat status, ada jugak yang kena unfriend bile cakap pasal status. Mungkin bole buat gurau. Hanya status. Tapi aku sorang MAMAT ni, Terlampau taksub dengan politik. Pastu senang-senang nak cakap orang BODOH. Kau tu pandai sangat ke ? Sebelum cakap. Cermin sikit lah diri tu. Tak pasal-pasal kan dah kena unfriend.

Datang lagi sorang MAMAT ni. Jadi penceramah bebas dekat wall aku. Cakap dekat aku ‘Tahniah anda telah putuskan hubungan persahabatan anda. Tiga hari tak bertegur berdosa. Bla bla bla.’ Serupa je, kalau setakat friend dekat fb tapi tak pernah bertegur. Bile pasal politik gelabah nak tegur. Nak tunjuk kau bagus.

MAMAT yang bagi ceramah bebas dekat aku ni, kalau bagus aku boleh terima. Dia ni photographer, ada je amek gambar perempuan seksi. Macam tu nak bagi aku ceramah ? Aku tak bole la nak respect kau. Aku dapat rasakan dua orang MAMAT ni  penyokong pembangkang.

Keputusan PRU13 dah keluar. Terima jela apa yang menang. Menang kalah adatlah. Pembangkang ke kerajaan ke sama je. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Kita teruskan perjuangan untuk masa depan kita.

Assalamualaikum :)

Tuesday, May 7, 2013

Full House Wangsa Walk

Assalamualaikum semua yang sudi terjah blog aku. *macam ada je orang terjah.perasan sekejap.

Jam menunjukkan 11.49a.m ini bermakna, aku tengah keje. Tapi keje aku meng’update blog. Heee :) Sejuknye lah dalam opis ni. Dengan ber’sweater nye bagai. Tak payah nak naik genting. Dekat opis lagi sejuk. Hari aku pergi keje bawak laptop sebab nak buat report. Aku ni menyelam sambil minum air. Alang-alang dah bawak laptop, pantang free nak draft blog. Tu hobi aku dekat opis. Sebenarnya aku nak story-mory pasal last week. Last week, aku not in mood nak update blog. Hari ni baru la ada sikit mood tu.

Every Friday, aku balik rumah. W A J I B. Tak sah kalau tak balik. Tapi last week, aku dari opis terus pergi Wangsa Walk. Naik lrt Putra je. Aku memang tak tawu jalan sangat. Makcik aku suruh drop dekat Sri Rampai. Okay, aku pon follow je. Sampai sane memang aku jadi kutu mati. Tak tawu nak pergi mane. Orang cakap malu bertanya sesat jalan. Tapi aku tak bertanya, aku cari jalan sendiri. Lastly, aku sampai jugak dekat Wangsa Walk Mall.

Makcik aku pulak suruh aku jalan-jalan dekat mall dulu. Dia nak pergi amek anak dia dekat rumah pengasuh. Eh, lupa nak gtaw. Aku pergi Wangsa Walk sebab ada makan-makan dengan family belah ayah. Tak semua dapat datang. 5 falimy je yang datang. Sementara aku tunggu diorang yang tak sampai lagi tu, aku pon bawa diri sorang-sorang. Dah tak tawu jalan, tapi aku redah je. Alhamdulillah tak sesat. Dah penat berjalan, terpaksa la duduk, pastu tunggu lah diorang. Lama jugak lah aku tunggu. Makcik aku dah sampai, ktorang jalan-jalan. Pergi makan ice cream baru. Ala-ala baskin robbin gitu. Name kedai dia The Crean & Fudge Factory. Makcik sponser bole lah. Kalau sendiri, pikir banyak kali. Bagi aku expensive la. Kalau tak silap, lagi mahal dari Baskin Roobin. Tengah lepak-lepak dekat kedai ice cream, kedai makcik aku booked tu call. Diaorang risau tak jadi. Aku dengan makcik pon gerak lah pergi kedai tu. Makcik dengan pakcik belanja makan dekat Full 
House sempena birthday pakcik aku.





Tak lame lepas tu, baru lah adik beradik ayah sampai. Ayah paling last sampai sebab tersesat. Maklum lah tak biasa sangat jalan kL ni. Ma cakap dah lalu dekat Wangsa Walk Mall tapi salah simpang. Nak buat macam mane. Asalkan semua sampai. Bile dah ramai, nak order pon lame lah. Menu dekat situ semua western. Sampai tak tawu nak order ape. Khatam , khatam dah menu dekat situ. Aku order chicken chop sauce blackpaper dengan air ape mende ntah namenye. Tapi sedap la. Sesi bergambar sentiasa ada. Dari sampai, tengah makan, lepas makan. Haaa, semuanye giler lensa. Sebab tu time makcik kawen, photographer sampai tiga orang.
























Ktorang tengah borak-borak, ade staf tu datang bagi bil dekat ayah. Sebab nak closing dah. Terkejut ayah. Tu la pakai smart-smart lagi. Pakcik aku yang nak bayar ni, pakai sempoi giler tapi dalam poket sape tawu. HAHAHA. Kedai nak tutup dah, yang ktorang ni tak reti-reti nak balik. Sekali sekala keluar makan macam ni, best jugak. Aku sampai batang kali nak dekat pukul 1 kot. Sampai rumah, mandi dah zZzZzzzzzz ~~
Thanks for reading :D


#Entry ni draft 25 April. Tapi baru sekarang nak publish. Hee


 

Template by BloggerCandy.com