Pages

Saturday, December 29, 2012

Rawang Kami Datang


ﺑﺳﻢﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﺣﻣﻥﺍﻠﺭﺣﻴﻢ

Assalamualaikum

Rawang Kami Datang ? Hah, tu title entry aku. Kalau Yuna setiap gambar ada cerita. Kalau aku, setiap tajuk ada cerita. Sorry kak yuna jangan saman saya :p Sekarang sibuk cerita Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Suriani + Shah Indrawan [tomok] + Beto Kusyairy. Cerita tu pengarah dy Bernad Chauly. Sebelum berlakon, dorang siap buat skrip sume bagai. Aku pon ada cerita jugak. Pengarah dy aku sebab aku ada blog. HAHAHA *takde kena mengena langsungkan. Tapi aku tak buat skrip + bukan lakonan. Semua ney secara spontan tanpa skrip. Watak yang terlibat aku + Mr. N + Soleha [ Seha] + Razif [Ajib]. Lokasi Rawang.

I will start my story. 24hb November 2012. Tarikh ney, last paper final exam untuk aku + Mr.N + Seha + Ajib. Takdir ktorang habis paper hari yang sama, just masa je berbaza. Janji dah habis paper. Actually, memang dah planning dengan Seha nak spend time dengan dy lepas habis paper. Planning  dua orang je. Tapi pergi empat orang. Of course ler I ajak Mr.N. HAHAHA. Poyoss kan ??

Rawang Kami Datang ! Gerak pergi Rawang dalam 5 lebih. Tunggu Ajib habis paper. Sampai Rawang terus serbu AEON Rawang. Wayang jom !! Istanbul Aku Datang ? Cantik sangatlah tu. Sementara tunggu nak tengok wayang, aku pon ajaklah Mr. N pergi Hinode Shop. Aku ingat nak window shopping je. Tapi Mr. N ney tak reti window shopping, dy reti shopping. HAHAHA. Thanks dear 





Lepas tengok wayang, serbu toilet !! hihihihi. Beku weh duduk dalam tu. Serius tak tipu. Okay Seha ikut jalan dy, aku + Mr.N ikut jalan ktorang. Jalan-jalan teringat nak buy something untuk Seha. Nasib baik dy takde dengan aku. So, senang sikit nak cari barang. Dah shopping, eh , takde lah shopping sangat. Biasa biasa je. Aku pergi cari sushi. Sebab aku dah janji dengan Mr.N nak belanja dy. Dah janji  
 kena tunaikan.


Next location ! Domino’s Pizza. We are come ! Ngeh3x Aku dah janji nak treat Seha+Ajib+Mr.N makan pizza. Aku beli Aloha Pizza dengan apa ntah lagi satu pizza tu. Tapi pizza yang latest punya. Ktorang take away je sebab nak lepak McDonald. Kalau dekat McD bole lepak lama lama, kata nak spend time kannnnn.



Dekat McD, ktorang bukan makan tapi mentekedarah *tak tawu lah betul ke salah eja tapi nak sebut tu lepas lah. Aku tak ingat Seha dengan Ajib makan apa. Kalau tak silap, ada MacChicken. Aku pon tak ingat makan apa. Mana taknya dah sebulan yang lepas. Memang tak ingatlah. Yang pasti ada McFlurry.  Mr.N belanja aku McD. Hihihi :D Fair and square




Port makan ktorang amek dekat luar. Nak amek udara segar. Ceeewaahh *celah mana ntah udara segarnya ntahlah. Taknaklah duduk dalam, dah tak larat beku. Dekat luar ada tv. Lepas tu, ada bola pulak. Huh ! Memang aku dengan Seha diabaikan. Nasib baiklah keluar berempat. Dua orang tengok bola, dua orang berborak. Kalau keluar berdua, aku duduk sorang2 lah jawabnya.



Lepak dekat McD sampai tak tawu nak buat apa. Macam2 gambar dah tangkap. Kononnya photography lah sangat. Angan2 Mat Jenin. Hahaha.




Miss them so much :)

Terima kasih kepada : -

Pemilik kereta MAR **
AEON Rawang
Domino’s Pizza Rawang
McDonald Rawang
Pengarah
Nassha D’nie binti Mohd Rostam




See you next time :D


FINAL PROJECT PART IV

Assalamualaikum :D

Part IV pulak. Kali ney presentation final project peringkat poli pulak. Means present + bertanding dengan jabatan lain. Kalau dekat U, fakulti. Dekat poli, panggil jabatan. Untuk Jabatan Kejuruteraan Awam [JKA] ade empat course. Diploma Kejuruteraan Awam [DKA] ade dua kategori. Satu kod baru, satu kod lama. Takde banyak beza pon. Kod lama belajar guna Bahasa Melayu, kod baru guna Bahasa Inggeris. Lagi dua course Diploma Perkhidmatan Bangunan [DPB] dengan Diploma Ukur Bahan [DUB]. Ikutkan setiap jabatan hantar dua je group untuk bertanding. Tapi JKa dapat peluang hantar tiga group. Course DKA [kod lama], DUB dengan DPB ney kira senior ktorang. Ktorang batch kod baru + super senior. HAHAHA. Lecturer kena buat keputusan nak hantar group mana. Lastly, lecturer pilih DKA [kod baru], DKA [ kod baru] dan DPB yang dapat 1st prize dalam JKA.

Time tu aku memang taknak kena present sebab nanti letih. Macam macam mende kena prepare lagi. Dah lah hari yang sama ada tiga test. Tak pasal2 kena tangguh hari lain. Dah la time nak dekat exam. Sebelum present, macam biase lah kena cari balik barang2 present hari tu. Lepas tu study sikit untuk present. Penyelia projek suruh datang poli awal dalam 7.30 a.m.

Memang 7.30 a.m pagi, ktorang dah sampai poli. Dalam dewan takyah cakap memang takde orang. Biasala janji Melayu. Dalam 8 lebih baru pendaftaran bukak. Pendaftaran nak sign + no ic untuk dapatkan sijil. Dalam pukul 9 a.m baru start present. Sebelum present tu, memang nervouslah. Tengah present nervous pon hilang. Kalau tak silap masa untuk present 15 minit + 5 minit sesi soal jawab. Present sekejap je. Tapi duduk dalam dewan tu punyelah lame. Nasib baik ade aircond. Sejuk sikit.










Dalam dewan bukan student je present, lecturer pon ada present. Bila dah habis present, ape lagi bergambar je keje ktorang. Kalau ade junior + senior datang dekat booth, explain je. Rase nak muntah taw bile explain banyak kali.












Program bersurai pukul 5 p.m, dalam pukul 3 lebih majlis penyampaian hadiah dengan ucapan dari panel. Tanpa disangka dan diduga,  group aku dapat no 2. No 3 senior yang aku rapat dengan aku. No 1 budak meki. Dapat no 2 pon Alhamdulillah. Tak mungkin dapat no satu sebab produk JKA suma mati. Fungsi dia tak nampak dengan mata kasar, tapi nampak dengan mati hati. Ceewaaahhh !!! Hahahaha .. Tapi memang kenyatan, student civil belajar mende yang tak nampak dengan mata kasar. Hebat kan ktorang ? Opss .. sorry yang bukan student civil. Kalau Jabatan kejuruteraan Mekanikal [JKM], produk dorang hidup means boleh bergerak macam enjin. That’s all about final project. See you later J Enjoy with the picture.





p/s : sorry gambar ada yang tak clear

--------------------------------------------------THE END------------------------------------------

FINAL PROJECT PART III


Assalamualaikum ..

Haa .. Let’s continue ! Saje je buat suspen. Suspen tak ? Suspen tak ? Alaaa.. Tolonglah suspen. Penat taw buat cerita ney. Dah2 jom sambung.

-------------------------------------------------------Continue----------------------------------------------------

Lecturer call member yang stay dekat kelas dengan aku. Have a good news !! Mesti dah tawu kan kan ? Haa ...

We are the winner !!

Tapi kan, time tu aku tak tawu happy ke tak ? Sebab ? Nanti aku cite lain. Insyaallah kalau ade mase nak mengupdate Encik Blog ney. Dah tawu menang, diam jela. Keputusan rasmi hari Jumaat time Majlis Santai JKA. Entry kali ney ade dua cerita. 2 in 1. First thing pasal menang final project. Second thing, Majlis Santai JKA.



Majlis Santai JKa ney, berjulung-julung kali buat taw. Tak pernah JKA baik hati sangat nak buat majlis untuk student. Not bad jugak lah majlis ney. Pembukaan majlis ade persembahan tarian budak budak tadika kemas. Majoriti sume anak lecturer. Comel giler dorang. Biasalah kalau majlis mesti tak sah kan kalau takde orang bagi ucapan panjang berjela. Hihihi. Time majlis tu ade pertandingan lecturer terbaik, persembahan lakonan Ali Baba dari student Diploma Perkhidmatan Bangunan Sem5. Macam sekolah pulak ada berlakon-lakon ney. Tak lupa jugak ade cabutan bertuah. Aktiviti yang dinanti-nantikan, penyampaian hadiah untuk projek akhir.


  Persembahan adik adik comel


Lecturer terbaik pilihan DKA5B En. Zulkurnain


Lakonan Ali Baba




Trofi


Entry ini aku rase tak best sangat. Sebab no more idea. Let’s enjoy with picture :D


Seha + Yana + tablemate




Let’s to eat



With mek kelate Nur Amalina Sabri


Pemenang pemenang


Akak senior Nurul Farzana [kak zana]


With penyelia projek



p/s : Sorry ada gambar yang goyang + tak clear



-------------------------------------------------------Continue Part IV----------------------------------------------------
 

Template by BloggerCandy.com