Pages

Thursday, April 19, 2012

Farewell En.Mior & Pn.Ronina

Assalamualaikum !
Sekian lama blog aku menyepi, kini kembali .*saja nak bermadah-madah. Rindunya dekat En.Blog. IMISSYOUINFINITY sayang. Okay, aku tawu Mr.N sikit pon tak jealous :p Setelah selesai semua tugas2 sebagai student, kini bermula blogging tapi final belum lagi. HAHAHA. Ayat macam ape je. Aku ade banyak sangatsangat story, tapi tak berkesempatan nak update dekat blog. Simpan je dulu semua story tu, lepas final aku nak meng-update blog sampai lebam.

:: 1st entry selepas sekian lama menyepi ::

Farewell En.Mior & Pn.Ronina? Sapee follow blog aku, maybe korang tawu. Yang tak tawu, meh aku nak story ney :D En.Mior & Pn.Ronina ney lecturer aku sem ney [sem 4]. En.Mior lecturer Geotechnic dari sem 3. Pn.Ronina lecturer Hydraulic 2 untuk sem ney. Dorang ney hubby and wifey :) Dua orang lecturer ney ditukarkan ke Politeknik Kuching, Sarawak. Jauhkan ?

En.Mior & Pn.Ronina baik sangat dengan kelas aku. Kelas lain aku tak tawu. Aku rase baik jugak sebab dua orang lecturer ney memang baik orangnya. Dulu aku tak suka Geotechnic dengan Hydraulic. Lama2 jadi suka sebab En.Mior & Pn.Ronina ajar paham dan best :) Hebatkan dorang ? En.Mior ney jenis pendiam. Kalau cakap pon, slow je suara cik. Suara aku lagi kuat. Lain pulak dengan Pn.Ronina. Suara puan lagi kuat dari En.Mior. Hihihihi. Ape yang puan cakap, student ikut . Puan ney jenis mesra dengan student. Puan suka share story dekat kelas aku. Dulu puan ade story pasal mak puan sakit. Puan mintak budak kelas aku doakan mak puan takde pape. Alhamdulillah mak puan takde pape. Puan ade story pasal anak puan. Gelagat anak puan time puan sakit. Last puan share story yang puan dengan En.Mior ditukarkan ke Kuching. Puan sedih. Nangis-nangis lagi. Serius time tu aku pon sedih. Dalam kepale dah pikir “sape lah yang ganti nanti. Okay ke tak” hmmm. Time tu aku dah suka Hydraulic, bila puan pindah suka tu makin pudar. Rase hydraulic tu susah sangat nak skor. Macam geotechnic jugak :’(

Before En.Mior & Pn.Ronina berangkat ke Kuching, kelas aku planning nak bagi hadiah dengan makan2 sikit. Rumah encik & puan dekat area Behrang 2020. So, takdelah jauh mane nak buat surprise. Ktorg planning nak bagi hadiah yang boleh buat kenangan sampai bile-bile. So, bahagian hadiah aku handle. Selalunya classmate aku susah nak bagi kerjasama. Tiba2 kali ney senang pulak. Maybe dorang sayangkan encik & puan. Aku mintak tolong Cik Udy merangkap photographer PSAS ambil gambar kelas aku. Cik Udy tolong edit gambar dengan bagi suggestion nak beli frame macam mane.







Habis sesi photografi, aku dengan housemate pergi Tanjung Malim sebab nak beli frame , kek sume bagai yang tak complete lagi. Ktorang memang dah planning nak buat surprise. Ketua kelas sibuk text puan cakap nak jumpa lah. Puan bole tanye bape orang nak datang rumah. Uish, puan macam tawu2 je planning ktorang. Tapi Alhamdulillah ktorang pandai cover . So, tak kantoi lah :D Pukul 6pm, ketua kelas dengan sorang member pergi rumah En.Mior dengan Pn.Ronina. Tengah sibuk bagi kad, ktorang terjah rumah tu. Anak puan cakap “Umi, ramainya orang.” En.Mior & Pn.Ronina terkejut sebab ktorang datang tak bagi tawu. Kalau bagi  tawu tak surprise lah :D Time dalam rumah, muka puan sayup je. Nak nangis aku tengok. Tapi aku cool sebab boleh control lagi sebak tu. En.Mior sampai tak tawu nak cakap ape.




En.Mior & Pn.Ronina cakap kelas DKA4B bagus +baik. Best ajar ktorang sebab ajar budak2 baik. HAHAHA. Baiklah sangat. Terharunya bile encik & puan cakap macam tu. Tak semua lecturer suka kelas ktorang ney. En.Mior cakap kelas ktorang 1st kelas yang buat surprise untuk encik & puan selama dy mengajar. Waaaa ~~~ terharu lagiiii . Ktorg mintak En.Mior & Pn.Ronina baca kad, potong kek dengan bukak hadiah. Taraaaa ~~






Ney lah hadiah yang ktorang bagi. Saja bagi gambar siap frame nanti Encik & puan bole terus gantung je frame tu . hihihihi. En.Mior & Pn.Ronina suka hadiah yang ktorang bagi :D Dalam pukul 7, majlis bersurai. Time tu hujan renyai, ktorang buat sesi photografi sendiri bersama2 En.Mior & Pn.Ronina.






#Kami sayangkan En.Mior & Pn.Ronina. Serius, rindu gelak ketawa encik & puan. Doakan kami final exam tak lame lagi ney especially paper hydraulic 2 dengan geotechnic 2. Salam rindu daripada DKA4B   Kalau bole nak jerit macam ney “ En.Mior & Pn.Ronina, kami rindu encik & puan. Nak encik & puan ajar kelas kami !!!” Student Politeknik Kuching tolong jaga En.Mior & Pn.Ronina kami taw :D

p/s : Sorry entry kali ney panjang giler sebab excited nak update blog yang dah lame ditinggalkan.
Okay see you next entry. Assalamualaikum !







 

Template by BloggerCandy.com