Pages

Saturday, December 29, 2012

FINAL PROJECT PART I

Assalamualaikum ^_~

Title ‘Final Project Part I’. Final project ney banyak part nak story. Banyak mane tak boleh bagitawu. Sedia maklum time aku sem 4, aku busy dengan final project. Macam2 nak buat, sampai sanggup datang poli time cuti sem nak buat final project. Sanggup ke ? *tangan di dada, mata ke atas*

Projek akhir ney kena present sem 5. Sebelum nak present, mesti ada preparation dulu. Dua hari sebelum, student projek akhir, busy gile gile nak siapkan apa apa yang kena siap sebelum present. Tido pon tak cukup time tu. Adat lah kan, student projek akhir. Sehari sebelum present, penyelaras projek buat perjumpaan untuk student projek akhir. Masa perjumpaan tu , lecturer bagi no meja ikut kumpulan.

:: Situasi semasa perjumpaan ::





Total group projek akhir sem5 + sem6 = 75 groups. Banyak kan ? Perjumpaan dengan penyelaras bersurai pukul 7 malam. Lepas Isya’ , student sem5 + sem6 Jabatan Kejuruteraan Awam [JKA] dah start busy prepare untuk presentation. Rumah pon dah macam buat kenduri doa selamat. Classmate buat projek dengan budak rumah akum ,means yang sama group dengan housemate aku. Benda yang paling sibuk, buat mounting board, pamplet + slide.

:: Situasi depan rumah sewa ::


:: Situasi dalam rumah sewa ::







Alhamdulillah group aku dah settle pasal slide + pamphlet. Tinggal mounting board je. Mounting board tu pon banyak keje. Aku takde lah kreatif mane nak decorated board. Rumah dah macam tongkang peca. Penuh dengan barang2 projek. Bilik aku pulak macam reban ayam pon ade, sarang tikus pon ade.









Punye lah leka buat keja, tup tup dah pukul 1a.m. Bile pukul 1 a.m , hati pulak tak tenang, memikirkan presentation. Dulu pernah pra-prsent dengan penyelia. Antara empat orang, aku lah dapat markah paling rendah :’( sedih taw. Padahal buat keje sekali. Erm.. kat situ aku tawu yang aku kurang pengetahuan am. Mana taknya, baca buku pon malas. *flashback* Malam tu takyah cakap la. Mata buat hal pulak taknak pejam. Jantung pulak laju macam nak race. Tak menentu dibuatnya. Sebelum tido aku baca jela report yang siap. Mr.N lah yang kena teman aku. Nak cari info lain, pon tak tawu. Khatam satu report, aku pon baring. Time tu dah pukul 3 a.m. Golek2 sampai pukul 4 a.m. Bila dah pukul 4 a.m, hati dah puas pakse mata pejam. Dalam pukul 4 lebih, mata dah pejam tapi jantung pulak nervous giler. #nite :*) 


:: baju untuk dipakai hari present ::




------------------------------------------Continue Part II--------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com